Tuesday, 29 April 2014

Anak Pelacur Dikahwinkan Beramai-Ramai Di India.


Di India, kegiatan pelacuran telah menjadi 

sebuah kegiatan ekonomi yang terbesar di 
negara tersebut..Berikutan itu, masalah sosial 
yang lain turut berlaku iaitu lambakan anak-
anak hasil kegiatan pelacuran ini..Oleh itu, 
bagi menyelamatkan nasib anak-anak malang 
ini, sebuah tindakan drastik telah pun 
diambil..Kalau nak tahu apa dia, meh baca 
kat bawah ni.. 














Satu majlis besar-besaran perkahwinan dan 
pertunangan telah diadakan di sebuah kampung 
di negeri Gujarat India untuk anak-anak perempuan
pekerja seks di bawah pelan untuk menyelamatkan 
mereka daripada menjadi pekerja seks.Acara ini 
dianjurkan oleh Vicharta Samuday Samarthan di 
Manch(VSSM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan 
yang bekerjasama dengan masyarakat terpinggir 
nomad.

Jurucakap VSSM berkata tiada siapa sebelum ini 
yang mahu mengahwini seorang gadis dari Vadia 
kerana orang-orang lelaki di kampung ini dikenali 
kerana membuat duit melalui kerja pelacuran wanita.
Aktiviti sosial yang dianjurkan ini menelan 
belanja 900,000 rupee ($ 18,000) dan dikatakan 
bakal menamatkan perdagangan wanita di kampung 
Vadia.

Tujuh pasangan yang telah dikahwinkan dan 15 
yang lain terlibat dalam acara pertunangan pada 
hari Ahad di kampung Vadia dalam daerah 
Banaskantha. Vadia sering dipanggil "kampung pelacur".
Pengantin selalunya berumur 18 tahun 
ke atas.Acara pertunangan pula untuk mereka 
yang berumur 18 ke bawah.Setelah berkahwin, 
perempuan-perempuan ini tidak boleh dipaksa 
melacur.

Sebelum ini, gadis-gadis yang datang dari 
masyarakat Saraniya (gadis asal Vadia) tidak 
berkahwin dan bekerja sebagai pelacur di 
bandar-bandar yang berdekatan. 




















Sumber: MalaysianTabloid

p/s: Dengan kesempitan hidup, pelacuran 
sahaja menjadi jalan penyelesaian untuk 
mencari makan..

No comments: