Tuesday, 8 April 2014

AIR GIAN PENUH DI KEPALA, ISTERI UZUR JADI MANGSA!!!


BELASAH ISTERI YANG TENGAH HAID



Suami bangang. Begitulah tindakan dilakukan seorang penjawat awam yang sanggup mencakar isterinya di bahagian leher dan dada selain memukul wanita berkenaan hanya kerana menolak pelawaannya mengadakan hubungan seks walaupun isterinya sedang haid, kelmarin.

 
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa berusia 27 tahun bekerja sebagai jururawat berada di rumah mereka diajak suaminya berusia 30-an mengadakan hubungan seks.

Sumber berkata, mangsa yang sedang haid ketika itu menolak pelawaan suaminya dengan sopan, namun tindakan mangsa menyebabkan suaminya naik angin.

Menurutnya, akibat berang, suami mangsa mula memaki- hamun mangsa selain menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Tindakan itu tidak berhenti di situ, malah suami mangsa bertindak lebih ganas mencakar mangsa di leher dan dada meskipun mangsa merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.


Beliau berkata, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahannya cuba membakar kertas semata-mata untuk mengalih tumpuannya, namun tidak berjaya.

Sebaliknya, dia tiba-tiba memaki semula mangsa selepas memadamkan api kertas itu sebelum menampar dan memukul mangsa.

“Akibat tidak tahan, mangsa mengugut menceritakan kejadian itu kepada majikan suaminya menyebabkan lelaki itu bertambah marah dan terus membelasah mangsa di hadapan anak mereka berusia lima tahun sebelum mangsa dihalau keluar dari rumah,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di balai polis berdekatan kerana bimbang keselamatan diri dan anaknya.

No comments: