Monday, 7 April 2014

KENAPA PROJEK ECER DIBANTAH?ALASAN YANG DIBERIKAN KURANG MEYAKINKAN!


PROJEK PERTERNAKAN IKAN 

STURGEON DIKUALA TAHAN, 

JERANTUT ,PAHANG.












Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifik: 

(Acipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun 
Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah 
spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan 
Laut Hitam, Laut Azov, dan Laut Caspian, 
tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik. 

Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 
7 kaki) panjangnya, dan sehingga 
80 kilogram (lebih kurang 180 paun) 
beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk 
spesies ini ialah 27 tahun.

Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak 
berbahaya dan merupakan spesies komersil yang 
penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies 
yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon 
Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, kerana kaviarnya. 

Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa 
yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan 
untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, 
atau salai. Harga pasaran telur Kaviar boleh mencecah 7,000 
USD sekilogram (Harga terkini : USD4000/kg).

Terdapat banyak percubaan di Rusia, Iran, Itali, dan Amerika 
Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi 
tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. 
Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda 
populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon 
Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, 
dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada 
bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Ikan Sturgeon Bintang ialah ikan dasar laut yang hidup 
antara 10 hingga 100 meter dari permukaan air. Ia juga 
merupakan ikan anadromi, iaitu ia hidup di dalam lautan 
dan membiak di kawasan air tawar. 

Suhu yang disukainya antara 10 – 20°C. 
Ikan Sturgeon Bintang biasa dapat ditemui berhampiran 
pantai pasir dan lumpur. Ia mengekalkan diri di dasar 
laut pada waktu siang dan hanya timbul ke permukaan air 
pada waktu malam untuk mencari makanan. Ikan ini makan 
ikan yang lain, selain daripada moluska, krustasea, dan 
cacing.

Bahagian belakang ikan Sturgeon Bintang berwarna kelabu 
tua sehingga hampir hitam. Warna rusuknya lebih muda, 
dengan perutnya berwarna hampir putih. Ikan Sturgeon 
Bintang mempunyai 40-46 ruji dorsal serta 24-29 ruji 
dubur. 

Muncungnya panjang dan tajam pada hujungnya. Bibir 
bawah ikan ini tidak berselanjar tetapi terpisah pada 
bahagian tengah. Sesungutnya pendek dan tidak sampai 
mulut tetapi lebih dekat kepada mulut daripada 
muncungnya.

Info berkaitan Projek Penternakan 
Ikan Sturgeon di Kuala Tahan, 
Jerantut. 

Lokasi projek penternakan Ikan Sturgeon ini di Kuala 
Tahan, Taman Negara , Jerantut, Pahang. 

Tanah seluas 8 hektar diperuntukkan untuk 
memaksimunkan pendapatan dan penggunaan kos 
secara efisien. 

Taman Kaviar secara konsep kolam satelit yang akan 
diusahakan oleh generasi baru peneroka dan kampung 
tradisional melalui buyback 
guarantee. 

Diantara kemudahan yang disediakan:

-Sebuah kolam penternakan pusat dan beberapa kolam 
pembiakan satelit kapasiti pengeluaran 30MT Kaviar    

-Sebuah Bangunan Pejabat Pentadbiran, Pemasaran, 
Kajian dan Pembangunan (R & D)

-Sebuah Bangunan yang dilengkapi Kemudahan Seminar 
& Pengajaran, Show Rooms, Mini Akuarium dan 
Kemudahan tempat tinggal.

Dengan harga pasaran kaviar yang mencecah RM9,000 
hingga RM15,000 sekilogram, projek ini dijangka menjana 
pendapatan bulanan sebanyak RM10,000 kepada warga 
Felda yang menyertai projek ini, tempoh bayaran balik 
ialah selama tujuh tahun," kata kenyataan tersebut di 
sini hari ini.

Projek ternakan ikan sturgeon merupakan satu 
daripada 10 projek pelaburan baharu yang diumumkan 
ECER dalam majlis pertukaran MoU pelaburan antara 
pelabur dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi 
Pantai Timur (ECERDC) hari ini. 

Menurut kenyataan ECER, kompleks ternakan ikan 
sturgeon seluas lapan hektar tersebut yang dilengkapi 
kawasan pameran, akuarium dan pusat penyelidikan 
dijangka menjadi sebuah pusat tarikan pelancong 
utama di ECER. 

Pembangunan kompleks ini akan bermula pada 2014 
dan dijangka siap dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. 
Konsep ladang ikan sturgeon ini akan diperluaskan 
untuk meliputi peneroka Felda di kawasan berhampiran 
bagi mewujudkan sebuah ladang akua ikan sturgeon 
serantau.

Bagaimana pun, projek ini juga mendapat bantahan 
daripada penduduk setempat. Anda boleh melawati 
page facebook ini :  

Kami Bantah Projek Penternakan Ikan Sturgeon di 
Kuala Tahan Sturgeon

Pasti projek ini ada pro dan kontranya. 

Soalan yang pertama akan ditanya "Kenapa projek ini 
dibantah?" Ini adalah kata-kata mereka, bagi peluang 
pekerjaan ( lebih kepada pekerja asing sebab penduduk 
disini lebih 50% terlibat dalam pelancongan), kerosakan 
kawasan tadahan sumber minuman penduduk kampung, 
jarak terlalu dekat dengan taman negara, ikan ini sejenis 
ikan yang dilarang bawa masuk ke Malaysia. Species ikan 
ini akan membawa penyakit yang merosakkan ikan- ikan 
tempatan yang lain-AAP.

No comments: