“Saya Tak Boleh Terima Wanita Tak Pakai Tudung Masuk Neraka”- Raja Azmi
Dalam laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin menyebut Penerbit kontroversi, Raja Azmi tetap dengan pendiriannya mengenai isu pemakaian tudung.
Katanya, pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan kesediaannya bertudung selepas menunaikan umrah baru-baru ini telah menerima pelbagai reaksi negatif.
Hujung minggu lalu, penerbit filem ‘… Dalam Botol’ ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan berbunyi:
“Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu.”
Ada yang beranggapan, kenyataan Raja Azmi yang juga selesa dipanggil Kak Mi itu sebagai kurang waras dan cetek ilmu agama.
Sementelah memakai tudung atau menutup aurat itu merupakan suatu kewajipan yang nyata untuk setiap wanita beragama Islam.
Begitupun, Kak Mi berkata, beliau telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung dan berusaha untuk melakukan perubahan tersebut sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.
”Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain”, ujarnya yang sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman orang ramai.
SuaraTV
KD: KIHKIHKIHKIHKIHKIH!!!!!
3 comments:
Apa apa perintah wajib yg sepakat para ulama', masyhur diketahui oleh umum umat Islam akan kewajipannya, bila sengaja enggan dipatuhi, ditolak kewajipannya, bersingkap sombong dan angkuh terhdpnya, mk merbahayakan aqidah sendiri, kerana boleh tergolong kufur terhdp perintah wajib itu. Jika sengaja diabaikan, dan diperdulikan, tak ambil tahu, dilupakan begitu sahaja, tp tidak menolak kewajipan, mk telah berbuat fasik kpd Tuhannya, dekat sekali fasik itu dgn kekufuran, walaupun tidak semestinya kufur.
Jika tidak spt dua yg disebutkan, menerima kewajipannya, tidak juga mengabaikannya, tp masih belum mentaatinya atau melakukannya, tiada pula uzur syar'ie, atas apa sbb sekali pun mk telah berbuat zalim kpd dirinya sendiri, mengundang murka Allah swt. Masuk Neraka atau tidak, itu semata mata hak Allah swt. Tp dah dijanji Allah swt dlm Al Quran, jika kufur, pasti ke Neraka. Fasik dan zalim belum tentu, waAllahu'alam.
Ada bnyk dosa yg kita lakukan, ada bnyk kewajipan juga yg kita tinggalkan, sentiasalah kita bertaubat dan minta keampunanNya, mudah mudahan kita selamat dr segala azabNya. Azab Tuhan bukan hanya di Neraka, bnyk tmpt, dan bnyk masanya Allah swt boleh membalas dosa dosa hambaNya, even di dunia lg.
Wanita ini kekurangan ajaran.
Kalau Wardina Safiyya terjumpa kat pasar ke apa, tegur2 le...
KITA DOAKAN DIA AGAR TERBUKA HATINYA MENERIMA HUKUM ALLAH!
Post a Comment