Wednesday, 23 April 2014

MUZIK DAPAT TINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH!

MENDENGAR muzik sewaktu bersukan ternyata dapat meningkatkan daya tahan tubuh hingga 15 peratus. 

Okay,ini bermaksud, muzik dapat membantu kau 
orang mengoptimalkan manfaat sewaktu bersukan dan membuat kegiatan tersebut semakin menyenangkan.






Okay, korang bacakan penjelasan di bawah ini....



Fakta tersebut dinyatakan oleh pengkaji dari Brunel University, Britain. Mereka mengkaji hubungan antara motivasi muzik dalam bersukan. Kajian tersebut menunjukkan lebih mudah bersukan sambil melayan lagu-lagu kegemaran.


Kajian melibatkan orang yang aktif melakukan sukan dan memilih muzik atau lagu seperti pop atau rock. Ternyata, musik dapat membantu merelekskan otot, terutama nya sewaktu tengah berlari dan berjalan.


Dari hasil yang mereka terima, para penyelidik mengkonklusikan, teknik mendengar muzik dapat digunakan sepanjang terapi menenangkan diri sebagai tambahan dalam teknik penyembuhan yang membantu menjaga kesegaran orang-orang yang menghadapi penyakit jantung dan kelebihan berat badan.


Apa yang kita dapat tau di sini adalah muzik atau lagu juga baik untuk kesihatan, tetapi jangan pulak terlalu over pasang kuat-kuat atau pon lagu yang terlampau ganas.


Selain itu juga nak nasihatkan adalah berbahaya kalau korang mendengarkan lagu sewaktu tidur nak tau lebih lanjut pasal tu pulak korang baca kat [SINI]


"Sharing is caring, share to the one you care" huhu!