Thursday, 13 March 2014

Tuan Guru Nik Aziz Dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang Pun Akan Hadir Ke SelawatPerdana...


Syukur Alhamdulillah... 


Syukur alhamdullillah... Sejuk hati bila dengar berita Nik Aziz dan Hadi Awang pun akan hadir sama ke majlis keagamaan Selawat Perdana yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 21hb Mac nanti. 


Impian umat Islam di negara ini untuk melihat pemimpin utama Pas ini akan bersama Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan pemimpin UMNO lain.

Sejuk hati bila akhirnya dapat melihat pemimpin pembangkang yang sememangnya kita tahu keras hati akhirnya atas nama penyatuan ummah turut akan hadir ke majlis tersebut. 


Adalah diharapkan apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas ini menjadi teladan dan ikutan kepada pengikut-pengikut mereka yang terdiri dari ahli Pas. 


Semoga dengan kehadiran pemimpin utama Pas ini bakal membuka sama hati pemimpin-pemimpin Islam dari Pas dan PKR (DAP ada ker pemimpin Islam) untuk turut sama hadir ke satu majlis keagamaan atas nama syiar Islam seperti mana yang dilaungkan oleh mereka sebelum ini. 


Ayuh anak muda kita beramai-ramai hadir ke Selawat Perdana ini bersama-sama Pak Sheikh Habib sambil mendendangkan qasidah memuji dan berselawat ke atas nabi junjungan kita Muhammad Rasullullah swt. 


p/s : inilah contoh yang kita mahu apabila ketepikan buat seketika perbezaan ideologi politik demi satu keutamaan iaitu syiar Islam. Pas sudah melakukannya... anda yang lain bila lagi... kulaanNiring!!!

3 comments:

Anonymous said...

Antara tanda cinta kita kpd Allah swt adalah kita mencintai dan menyukai apa yg dicintai dan disukaiNya, dan kita benci apa yg dibenciNya.
Rasullullah saw adalah manusia yg paling dikasehiNya, Allah swt dan MalaikatNya juga turut menselawati Baginda saw, mk hendaklah kita mencintai dan menyukainya serta bersama menselawati junjungan kita saw ini, yg berkesempatan jgnlah ketinggalan, yg jauh boleh ikut serta melalui media, berselawat dgn semua ahli keluarga biar bergema rumah kita dgn kalimat kalimat selawat dan zikrullah. Permusuhan sesama ahli Shahadah, dan memutus persaudaraan Islam adalah perkara yg dibenci Allah swt dan RasulNya saw, mk hendaklah juga kita membencinya.
Allah swt suka org org memaafkan, tidak berdendam dan berbuat baik.

Anonymous said...

Malam ni berselawat dan bersembahyang. Malam esok joget. Siang hari buat rasuah/pilih kasih. Time lain plak sentuh/peluk laki perempuan. Orang nak berjudi dia benarkan konon itu hak orang!!! Lesen perjudian bukan makin berkurang dari dulu. Tapi bertambah. Rasanya kebaikan yang dibuat tu tak boleh cover dosa dia yg banyak tu akhirat nanti.

Bukan kita nak putuskan hubungan. Tapi dia yg sebenarnya putuskan hubungan takut nanti pengikutnya semua jadi alim. Itu yang betulnya.

Anonymous said...

Jgn umpat mengumpat, jgn cela mencela, jgn mencari cari salah, jgn gelar menggelar dgn gelaran yg buruk, jgn hina menghina, jgn bersangka buruk, antara intisari pengajaran ayat ayat 11 dan 12 Surah Al Hujurat.
Manusia semmgnya bnyk berdosa dan kesalahan, moga berkesempatan minta ampun dan rahmatNya serta bertaubat.
Perbuatan baik jgn diperkecilkan.