Sunday, 9 March 2014

Perempuan Tak Pernah Puas!!!


9 Nafsu - Perempuan Tak Pernah Puas

















Puas. Perempuan sememangnya tak pernah puas, dek kerana itulah selalunya perempuan yang akan mencari sesuatu yang lebih daripada sepatutnya semata-mata untuk kepuasan diri. Boleh dikatakan apa sahaja perkara dalam hidup, perempuan selalunya mahu lebih.

Anda mungkin biasa dengar, perempuan punyai 1 akal dan 9 nafsu. Nafsu ini melebihi akalnya, lalu menjadikan mereka sering terdorong dengan keinginan dan kehendak. 


Aku bukan berkata soal seks, kerana mungkin sesetengah dari anda yang baca blog aku ini fikir aku akan ketengahkan soal seks. Tapi sebenarnya, nafsu perempuan lebih daripada itu. Lihat sahaja cara perempuan berpakaian. Ada rantai, ada gelang, ada talipinggang, kasut, itu dan ini... banyak benda yang memungkinkan mereka akan terdorong untuk keinginan dan kehendak yang melebihi daripada seorang lelaki.
 

Hinggakan kepada seluar dalam dan baju dalam pun perlu memenuhi kehendak kepuasan mereka.
 

Kalau mahu cantik, mereka mahu cantik sampai ke dalam kubur.
 

Andai mahu bergaya, mahu bergaya sampai ketika bersholat pun mahu pakai telekung renda berbunga.
 

Apabila menutup aurat dengan memakai tudung, fesyen tudung mesti yang terkini.
 

Mungkin kerana inilah, mereka ini sering dilabel sebagai golongan makhluk yang kurang bersyukur, yakni kufur dengan apa yang mereka telah ada. Lalu, kerana sebab inilah, mereka bakal menghuni banyak isi tingkatan neraka.
 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (H.R Bukhari)

Wahai perempuan, belajarlah cara untuk berpuas hati dan kenal diri dengan rasa syukur. Mahu cantik boleh, mahu kaya boleh, mahu jadi hebat boleh, tapi jangan sampai berlebih, jangan sampai anda kufur dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada anda.

1 comment:

Unknown said...

JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-321-606-847) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]