Sunday, 16 March 2014

TANYA SAMA POKOK, SABAH KENA SERANG!!!SOLAT HAJAT DI KAJANG, PESAWAT MAS TERBANG HILANG!!!


SEGALA PERISTIWA BESAR DI MALAYSIA SECARA KEBETULAN SEAKAN-AKAN ADA TERSELIT WATAK DIA.


Kapten Zaharie: Penyokong Kuat Anwar Ibrahim


Teori kehilangan misteri Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) 
B777-200ER MH370 pada pagi 8 Mac 2014, kini dikaitkan 
dengan juruterbang berpengalaman dan pilot pesawat itu 
sendiri Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Sumber menyatakan bahawa sebelum pesawat malang itu 
hilang misteri, beberapa jam sebelum itu pilot pesawat itu 
menghadiri perbicaraan sodomi II di Putarajaya, dimana 
Ketua Pembangkang dijatuhi hukuman penjara 5 tahun 
atas sebab meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari 
Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominum, Bukit 
Damansara Kuala Lumpur.

Zaharie dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Kehilangan pesawat malang MH370 secara misteri itu besar kemungkinan 
dirampas oleh juruterbang itu sendiri, atas dasar protes. Senario ini 
mendekati kebenaran, karena sifat semulajadi manusia, apabila dalam 
keadaan emosi, apatah lagi penerbangan pesawat MH370 laluan Kuala 
Lumpur Beijing hanya selang beberapa jam Anwar dijatuhi 
hukuman penjara.

Dalam satu posting di wall facebook beliau, sebelum penerbangan pada 
8 Mac jam 12.41 pagi Sabtu, pilot itu adalah menulis "bye Bye Paris", satu 
signal atau kod bahawa ada tindakan daripada beliau diluar dugaan. Selain 
itu, dikhabarkan bahawa keluarga beliau telah meninggalkan rumah mereka 
sehari sebelum beliau terbang dengan pesawat 
malang itu.

Menganalisis data yang menyelubungi pesawat malang itu: Selepas terbang 
pada 12.41 pagi Sabtu, pesawat naik ke paras 35,000 kaki kemudian terputus 
hubungan dengan radar. Transponder diputuskan sebaik sahaja 
pesawat mengudara. Transponder pertama terputus penuh pada pukul 1.07 
pagi, transponder ke dua 1.21 pagi, selepas sahaja pilot mengucapkan 
selamat malam kepada menara Subang sebelum check in ke ruang 
udara Vietnam.

Data menunjukkan, bahawa pesawat naik mendadak pada ketinggian 45,000 
kaki atas permukaan laut sambil berpusing ke arah barat, melampui limit 
ketinggian pesawat itu.Tujuan naik mendadak dengan ketinggian itu, agar 
supaya penumpang dan krew yang tidak menggunakan corong oksigen akan 
pingsan. Selepas itu pesawat terbang 23,000 kaki atas permukaan laut.

Cata pengendalian pesawat sedemikian, hanya boleh dilakukan oleh 
penerbang berpengalaman, atau pesawat terbang tanpa pilot, namun 
kemungkinan tanpa pilot tidak disokong data, atas sebab pesawat 
terbang sekurang-kurangnya 6 jam selepas terputus hubungan dengan 
menara trafik udara pukul 1.30 pagi. Pesawat itu mampu terbang selama 
7.5 jam, sesuai dengan bekalan minyak yang ada pada pesawat. 
Penerbangan laluan pesawat itu KUL-Beijing hanya 5 jam 40 minit.

Kini, pesawat malang itu kemungkinan memilih dua laluan, samada North 
west atau south west. laluan North West perlu melalui berberapa negara, 
seperti Thailand, Mnymar, India sebelum sampai di salah negara bekas 
kesatuan Soviet. laluan North West, kemungkinan tidak akan diambil, 
memandangkan kawasan itu dipenuhi radar tentera. kemungkinan besar 
adalah terus ke Diego Garcia, pengkalan tentera Amerika di Lautan 
Hindi. 

Penerbangan daripada Kuala Lumpur- Diego Gracia memerlukan masa 8 jam. 
Melihat kepada bekalan minyak pesawat itu, maka secara teorinya, pesawat 
tidak akan sampai, namun pelu diingat, tidak semestinya 7.5 jam bekalan minyak 
maka, tangki akan kosong langsung. Ambil contoh pada sebuah kereta, walaupun 
panel minyak menunjukkan kosong, bagi setengah kereta boleh berjalan berpuluh
kilometer. 

Jika benarnya, tindakan protes pilot merampas pesawat MH370 dan menuju 
pengkalan tentera Amerika, sudah tentu ada kolaborasi antara pilot itu dengan 
pemilik pengakalan itu. Kawasan tentera Diego Garcia adalah kawasan 
larangan bagi sebarang pesawat asing. Sejauh mana kebenaran teori ini, 
sama-sama kita tunggu.

Keluarga Pilot Berpindah Sehari Sebelum MH370 Hilang Misteri






















Laporan daripada China, mendakwa bahawa keluarga Kapten Zaharie 
Ahmad Shah, pilot MH370 yang hilang misteri sejak 8 Mac 2014, telah 
berpindah sehari sebelum kehilangan pesawat malang itu.

Kapten Zaharie, menjadi fokus utama kehilangan misteri pesawat 
Penerbangan Malaysia (MAS) B777-200ER MH370 yang berlepas 
daripada KLIA pada pukul 12.41 Sabtu dengan 239 penumpang 
termasuk krew laluan Kuala Lumpur Beijing, apabila terputus hubungan 
dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang pada 1.30 pagi Sabtu. 
Pesawat itu sepatutnya mendarat di destinasi akhirnya Beijing pada pukul 
6.30 pagi hari yang sama, namun hingga kini tidak sampai-sampai.

No comments: