Saturday, 8 March 2014

PADAH PENYAKIT KELAMIN!!!


Remaja Terima Padah,Gemar Amalkan 

Sex Bebas!!! 



Hari ini  terjumpa satu artikel menarik berkenaan 
seks bebas. Ini adalah kejadian sebenar yang 
berlaku pada remaja perempuan dan remaja 
lelaki sekarang.

INI ADALAH KISAH BENAR


Mini, 19, mendapatkan rawatan doktor setelah 
mulutnya dijangkiti kudis yang teruk. Pada 
mulanya Mini enggan memberitahu hal sebenar 
tetapi apabila diasak dengan pelbagai soalan 
barulah remaja ini membuka rahsia.

Katanya bagi mengekalkan dara, dia sering 
melakukan seks oral dan seks anal dengan pasangan.

Malah remaja berkenaan juga mengaku sering 
bertukar pasangan atas alasan tidak cool jika kekal 
dengan satu pasangan saja.

Katanya, ini adalah trend baru dalam kalangan 
remaja yang ingin mengekalkan dara untuk suami 
masing-masing.

Apabila keadaan tidak terkawal, remaja terutama 
perempuan akan terdedah kepada pelbagai masalah 
sosial seperti seks di usia muda dan mempunyai 
banyak pasangan seks.

Mereka bukan saja terdedah kepada penyakit 
kelamin tetapi juga boleh merebakkan penyakit 
kepada orang lain.

Remaja perempuan ini akan terdedah kepada 
penyakit kelamin seperti herpes yang menyebabkan 
kudis di bahagian badan.

Mereka yang sering bertukar pasangan juga terdedah 
kepada virus human papillomavirus (HPV) 
meningkatkan kebarangkalian kanser serviks.

Remaja ini juga jelas Dr. Dharmini juga terdedah 
kepada hepatitis B dan C serta HIV akibat sering 
bertukar pasangan serta pasangan yang 
mempunyai ramai pasangan lain.

Mereka juga terdedah kepada bakteria dan fungus 
yang menyebabkan pelbagai penyakit kelamin kerana 
sering bertukar pasangan dan tidak menjaga 
kebersihan.

Apa yang menyedihkan perkara sebegini telah mula 
menjadi gaya hidup apabila terdapat gadis remaja 
yang melakukan seks luar tabii semata-mata untuk 
menyimpan dara mereka.

Remaja juga perlu dididik mengenai bahaya 
mempunyai banyak pasangan seks demi kesihatan 
fizikal, mental dan masa depan mereka.Di bawah 
ini pula adalah beberapa keping gambar yang kami 
jumpa dari bantuan Tan Sri Google. 

Gambar-gambar ini mungkin tidak sesuai dengan 
anda dan mungkin juga akan meloyakan tekak anda.

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes


penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

penyakit-kelamin-seks-bebas-virus-human-papilloma-vph-condylomes

Kami juga ada mencari beberapa link lain yang 
mungkin boleh merawati HPV ini. Tetapi kami tak 
cukup masa untuk cerita semuanya. Sila lah lawat 
link yang kami sertakan iaitu cara rawatan HPV
juga nasihat kami terakhir...

PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA TIDAK 
TERJEBAK DENGAN AKTIVITI TIDAK 
BERMORAL BEGINI..bertindak sekarang!!.

 Sumber: Utusan

No comments: