Thursday, 20 March 2014

RAHSIA YANG UMAT ISLAM WAJIB TAHU!!!



TIGA RAHSIA BESAR YANG PATUT DIKETAHUI SETIAP UMAT ISLAM.



Setiap orang masing-masing ada kelemahan. 
Dan kelemahan itu pula terpaksa 
disembunyikan sehingga ia menjadi rahsia 
yang sangat rahsia.

Saya ada rahsia pribadi saya sehingga tak 
ada orang yang mengetahuinya. Begitu 
juga anda dan orang-orang lain sekitar anda.

Bangsa Yahudi juga ada rahsia kelemahan 
diri mereka. Adakah anda tahu apakah rahsia 
mereka?

Mereka (Yahudi) sangat takut kepada jihad 
umat Islam. Mereka tahu umat Islam itu 
sangat berani, kuat dan sangat cintakan syahid.

Tetapi mereka juga tahu kelemahan umat 
Islam. Umat Islam ini mudah terbuai oleh 
dunia bila agama dijauhkan daripada mereka. 
Sebab itulah, mereka menyediakan dan 
membanyakkan hiburan untuk umat Islam.


Saya tak payah cerita banyak perkara 
tentang itu. Sebagai contoh, semasa 
waktu maghrib, akan banyak siaran TV 
yang mengasyikkan para ibubapa & 
anak-anak sehingga mereka terpaku di depan 
TV sehingga jam 8 pm. Solat berjemaah 
tidak, dan mungkin solat Maghrib pun tidak.

Sebenarnya ramai orientalis Barat (termasuk
 Yahudi) yang mengkaji kelemahan tentang 
perangai umat Islam.

Memang realiti..kebanyakannya tak tahu sejarah dan malas membaca....novel, citer hindustan, konsert dan hiburan itu yg kita utamakan...

Salah seorangnya ialah Moshe Dayan, seorang 
penulis Yahudi. Dia pernah menggariskan 
tiga kelemahan utama umat Islam dalam satu 
artikelnya.


Anda tahu apa dia? Mari kita tengok satu-
persatu.


PERTAMA : UMAT ISLAM TAK PERNAH 
BELAJAR DARI SEJARAH LAMPAU.

Dengan kata lain, umat Islam mudah lupa 
(pelupa). Dalam bahasa yang lebih lembut, 
orang Islam mudah terjerumus secara 
berulang-ulang ke dalam lubang biawak.

Rasulullah SAW jelas melarang sifat 
“mudah terkena” (terjerumus) ke dalam 
lubang biawak itu sampai 2X. Sebab itu, 
umat Islam mesti berhati-hati selalu. 
Jangan mudah percaya kepada seseorang. 
Dan jangan terlalu bodoh mempercayai 
seseorang.


KEDUA : UMAT ISLAM TIDAK 
MERANCANG DENGAN TELITI.

Itulah sikap umat Islam yang telah 
menyebabkan kelemahan hidup mereka. 
Mereka lebih suka berkerja sambil lewa 
atau acuh tak acuh.

Kelemahan ini sebenarnya berpunca 
dari sikap mereka yang mengabaikan 
solat berjemaah.

Kalau mereka benar-benar menjaga solat 
berjemaah, maka mereka mempunyai 
3 keistimewaan berikut.

[1] Mereka akan berkerja awal waktu & 
tidak bertangguh-tangguh sama sekali.

[2] Menjaga kualiti kerja untuk 
menghasilkan produktiviti yang positif. 
Ini dapat dirujuk kepada disiplin mereka 
dalam solat.

[3] Berpasukan, yang membawa maksud 
berkerja dalam satu pasukan untuk mencapai 
satu tujuan. Berkerja berpasukan akan 
meningkatkan pestasi kumpulan dan 
peningkatan mutu.

Ini dapat dirujuk kepada nisbah pahala 
(27 : 1)  dalam solat berjemaah berbanding 
solat bersendirian.

Demikian juga, kerja berpasukan lebih 
baik daripada kerja berseorangan.  


KETIGA : UMAT ISLAM TERDIRI 
DARIPADA ORANG-ORANG YANG 
MALAS MEMBACA.

Umat Islam tidak menitikberatkan ayat 
pertama dalam Al-Quran. IQRA 
(bermaksud membaca, mengkaji, 
dan seumpamanya) adalah sumber kekuatan 
sesuatu bangsa.


Orang Jepun maju kerana mereka suka 
membaca. Begitu juga orang Eropah. 
Membaca akan meluaskan cakrawala 
pemikiran & membawa kepada pengetahuan 
yang luas.

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai 
orang Yahudi marah kerana mereka berfikir 
orang Islam akan mengubah kelemah-
kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun apa yang dijawab oleh Moshe Dayan ?
"Tak payah risau, orang-orang Islam takkan 
tau...Dia orang bukannya baca pun.. "


JAWAPAN & SINDIRAN

“Dia orang bukannya baca pun.. ". Itu 
merupakan satu sindiran yang sangat tajam 
kepada kita, umat Islam.

Saya merasa terpukul. Anda juga terpukul.  
Tetapi kita patut menerima hakikatnya. 
Memang kita umat Islam (terutama bangsa 
Melayu) malas membaca.


Saya beri contoh mudah yang terdapat di hadapan 
mata.

Kaum lelaki suka bersembang di kedai-kedai kopi. 
Kalau pun membaca, hanya surat khabar sahaja 
pada ruangan sukan (terutama bola sepak). 
Lain-lain bahagian, tak tengok pun.

Kaum ibu pula suka berborak di atas tangga. 
Dalam pada itu, suka pula mengumpat. 
Membaca? Sikit je.

Pemuda-pemudi Melayu lebih suka melayari 
internet dan chatting dalam facebook. Jumlah 
yang membaca memang ada, tetapi peratusnya 
sangat kecil.

Marilah kita semua mengubah diri.

No comments: