Wednesday, 19 March 2014

Tips Untuk Menjaga Kesihatan Mata Bila Di Depan Monitor.




mata
Monitor adalah salah satu faktor utama yang dirasakan ramai orang di dunia dengan kesan pada kesihatan mata yang semakin berkurang. 


55% kerosakan pada indra penglihatan ini dialami oleh anak umur 12 - 15 tahun yang lebih suka menghabiskan masa bermain game di depan monitor dan selebihnya adalah mereka yang bekerja dengan menggunakan waktunya di depan monitor untuk menyelesaikan tugas pejabat.

Pada awalnya kita hanya sedikit bimbang terkena sinaran yang dipancarkan oleh skrin monitor kerana kesannya tidak boleh kita rasakan dalam waktu sekejap, melainkan daya pandang kita akan ber-ansur - ansur merosot seiring dengan waktu. 


Tidak hanya pada daya pandang, bahkan terlalu lama di depan skrin monitor juga akan memberi kesan kepada masalah kesihatan seperti,  lelah, sakit belakang, sakit bahu, dan kesakitan pada leher.

Berikut ini adalah beberapa tips untuk kesihatan mata bila di depan komputer yang dipetik dari harian terbaru.com.  


Mungkin sudah banyak yang mengetahuinya, tapi tak ada salahnya kembali menyemak dan mungkin boleh anda share ke beberapa orang terdekat sebagai langkah pencegahan terjadinya gangguan pada mata.
 menjaga kesihatan mata


Aktiviti Dalam Bilik Yang Cukup Cahaya.

Faktor lampu dalam melakukan aktiviti anda saat berhadapan dengan latar monitor adalah faktor utama yang cepat merosakkan mata.  
Cuba jangan terlalu berada pada ruangan yang terlalu terang atau terlalu gelap. Bila bilik anda terlalu terang, sebaiknya gunakan pelindung matahari untuk mengatur cahaya dari tingkap.  
Bila terlalu gelap, maka gunakan lampu penerangan dan taruhlah tepat di atas kepala anda.Usahakan bilik anda cukup terang agar mata anda tidak bekerja terlalu keras.

Gunakan Penapis Skrin

Untuk mengurangkan jumlah cahaya yang menyilaukan mata atau radiasi dari skrin monitor, anda boleh menggunakan penapis glass monitor yang boleh anda pasang pada depan skrin monitor anda.  
Kalau boleh carilah penapis glass yang boleh mengurangkan kesan radiasi, bukan yang hanya meredupkan cahaya monitor.

Perhatikan Jarak Pandang Mata Dengan Monitor
Jika setiap hari anda memang selalu di hadapkan di depan skrin monitor, maka kami cadangkan anda untuk menetapkan jarak pandang antara mata anda dengan skrin monitor.  
Sesuaikan jarak sekurang-kurangnya 1 meter agar kesan negatif cahaya monitor anda boleh berkurang.

Susun Atur  Monitor
Perlu anda perhatikan juga bagaimana peletakan kedudukan monitor pada meja kerja anda.  
Sekurang-kurangnya usahakan dalam meletakkan monitor akan menghasilkan sudut antara 10-15 darjah dari kedudukan sejajar dengan pandangan mata anda.  
Ini dilakukan bertujuan untuk tidak melelahkan mata anda, selain itu juga menjaga bahu dan leher anda cukup selesa dalam bekerja.

Rehatkan Mata Anda
Untuk beberapa minit, cubalah untuk membuat mata anda sedikit rileks.Pejamkan atau kelip - kelipkan, akan tetapi jangan terlalu sering.  
Dengan berkelip akan menurunkan ketegangan dan menjaga mata anda agar tetap basah dan sejuk.  
Bila anda terlalu lama menatap ke arah jarak dekat, cubalah alihkan pandangan ke arah yang lebih jauh. Lakukan ini selama beberapa minit setiap 30 minit sekali.

Semak Monitor anda
Ya, cubalah untuk memeriksa monitor anda. Perhatikan apakah monitor anda berkelip - kelip, warnanya mulai kabur, muncul garis - garis tipis, atau mungkin seperti ada bayang-bayang.  
Jika memang seperti begitu, cubalah untuk menserviskan skrin monitor anda atau menukar dengan yang baru. Lebih baik membeli monitor baru, daripada membuat mata anda sakit.

Perhatikan Faktor Kacamata Atau Lensa anda

Jika anda pengguna kacamata atau kanta sentuh, cubalah untuk berunding dengan doktor optik anda untuk mendapatkan cermin mata yang sesuai, baik pada saiz lensa dan framenya.  
Bila anda mula berasa letih memakai kacamata, anda boleh mengeluarkannya beberapa saat dan biarkan mata anda sesekali melihat bebas.  
Namun,kenakan kacamata anda bila itu mula membuat mata anda merasa tidak selesa. Jangan terlalu memaksa melihat tanpa menggunakan bantuan cermin mata.

No comments: