Wednesday, 12 March 2014

CINTA ASYIK MAHSYUK,PUTUS TERBELAH JIWA!!!


Fasa selepas putus cinta







Fasa putus cinta memang berbeza-beza. Berikut ini adalah Fasa setelah patah hati 
alias putus cinta yang boleh saya tuliskan semula menurut beberapa pengalaman orang. 

Tentu saja kita tau bahawa Putus cinta adalah hal yang menyakitkan bagi setiap orang. Kesal, marah, merasa kesepian dan terasing merupakan perasaan yang wajar dirasakan setiap orang selepas putus cinta.













Sama seperti fasa dalam cinta berkasihan (kenalan, pendekatan, dating, menjadi kekasih), putus cinta pun mempunyai tahap atau fasanya sendiri. 


Setiap orang pasti mengalaminya selepas putus cinta dan itu sangat wajar. Pastikan anda boleh sanggup melewati setiap tahapnya, dan hidup baru yang lebih baik akan dapat diraih. 


Berikut ini enam fasa yang akan anda alami setelah putus cinta , dan tips mengatasinya, seperti yang dipetik dari She Knows. 


Fasa Pertama: 




Kejutan Saat jalinan asmara berakhir, mungkin anda akan shock, merasa tidak
sanggup menghadapi apa yang akan terjadi selanjutnya. Bingung, merana, sakit hati dan takut kesepian biasanya dirasakan saat fasa ini. 

Perasaan itu boleh saja berlangsung hanya satu minit, tapi juga boleh seminggu bahkan berbulan-bulan; bila putus cinta berlaku secara mendadak.

Secara fizikal, mungkin anda akan mengalami sukar bernafas dan tidur tak nyenyak.Jangan terburu panik jika mengalami hal-hal di atas. Terkejut atau shock merupakan reaksi alami DAN MERUPAKAN Fasa normal selepas putus cinta , sebagai perlindungan tubuh dari rasa sakit. 

Untuk mengurangkan keterkejutan dan kemurungan, cubalah tenangkan diri dengan meditasi atau berjalan-jalan di sekitar kompleks rumah, taman bandar dan kawasan hijau lain. 

Fasa Kedua: 



Penafian "Tidak, ini tidak benar-benar terjadi". Mungkin kata-kata itu yang terlintas dalam fikiran ketika masih diliputi kesedihan kerana putus cinta. Anda berusaha menolak keadaan yang sebenarnya, dengan harapan masih boleh kembali pada sang kekasih. 

Pada fasa ini, biasanya seseorang yang baru putus cinta masih sering menelefon, menghantar e-mail, melakukan chat online atau mengintip mantannya melalui Facebook. 

Terimalah keadaan bahawa anda dan pasangan sudah tidak boleh lagi bersama. Ada baiknya mencari orang lain(keluarga atau sahabat) agar boleh melepaskan semua yang anda rasakan. 

Tidak usah berusaha tegar atau tenang. Memendam perasaan hanya akan membuat anda semakin emosional dan terperangkap dalam perasaan tidak menentu. 

Fasa Ketiga: 



Menyendiri Walaupun perlu dorongan dari teman atau orang terdekat untuk tetap optimis melangkah ke depan, ada kalanya anda ingin menyendiri. 

Enggan bertemu teman, malas datang ke acara-acara khas atau cuba mengelak dari orang-orang yang anda kenal. Boleh saja cuba 'menikmati' kesedihan seorang diri. Tapi jangan biarkan anda terlindung daripada dunia luar terlalu lama. 

Berhentilah meratapi diri sendiri dan memikirkan hal-hal negatif, seperti, "Tidak akan ada lelaki yang mencintai saya lagi". 

Segarkan badan dan fikiran dengan mandi air hangat, lalu merancang jadual ke mana anda akan pergi seharian. Boleh menonton filem, ke kafe, atau ajak teman-teman ke arena game station dan bowling. 

Fasa Keempat: 

Simpan Amarah Pada fasa ini, anda mungkin sudah boleh menerima kenyataan kalau hubungan sudah berakhir. Anda pun tak lagi mengasingkan diri. 

Namun kemarahan masih bersarang di hati anda. Segala sesuatu yang mengingatkan anda pada dia; makanan kesukaan, barang-barang pemberian dan tontonan kegemarannya membuat anda lekas kesal atau marah. 

Anda mungkin berniat membakar foto-fotonya, bahkan menjelekkan bekas kekasih di depan orang yang mengenalinya. 

Melakukan tindakan kasar agar sang mantan menyesal memutuskan anda, tidak akan membawa keuntungan apa-apa selain-mungkin-rasa puas. Tapi apakah kepuasan yang benar-benar anda cari? 

Pada akhirnya, anda akan selalu terjerat dalam masa lalu dan sukar melangkah ke depan. Jika amarah tak boleh anda kawal, cuba luahkan ke dalam tulisan atau ajak teman-teman berkaraoke dan nyanyikan lagu-lagu kegemaran. Anda pasti akan merasa lebih baik.

Fasa Kelima: 

Berharap Si Dia Akan Kembali anda berharap masih boleh memperbaiki hubungan yang telah rosak. Terkadang juga anda cenderung menyalahkan diri sendiri, kenapa asmara ini boleh berakhir. Keadaan atau Fasa selepas putus cinta ini, seseorang yang putus cinta biasanya akan berusaha tampil semenarik mungkin untuk mencuri kembali perhatian bekas kekasihnya. 

Yang berlalu biarlah berlalu. Kalaupun anda ingin tampil cantik, lakukanlah demi diri sendiri, bukan orang lain. Bayangkan hal-hal yang membuat anda bahagia dan buatlah rencana anda ke depannya. 

Mungkin anda boleh lebih fokus pada kerjaya atau hobi. Dengan begitu, anda perlahan-lahan akan melupakan bekas kekasih dan menjadi orang baru yang lebih optimis. 

Fasa Keenam: 

Penerimaan Di tahap ini, anda sudah mula mengerti kenapa putus dengannya, dan menekankan pada diri sendiri kalau boleh menjadi orang yang lebih baik lagi. 

Anda pun menyedari bahawa masa lalu dan pengalaman adalah guru terbaik untuk melangkah lebih baik di masa depan. Mencapai fasa ini, mungkin bukan sesuatu yang mudah dan perlu masa hingga berbulan-bulan. 

Setelah mencapainya, tidak ada salahnya meraikan kejayaan dengan membeli hadiah untuk diri sendiri. Boleh sesuatu yang sudah anda idam-idamkan sejak lama, atau makanan kesukaan. 

Dan mungkin anda perlu waktu khusus agar boleh mendapatkan kekasih yang lebih
cantik lagi. 

Mungkin akan ada sedikit kenangan pahit yang terlintas, tapi itu adalah hal yang wajar. Yang penting, harus tetap berfikir positif. 

No comments: