Friday, 14 March 2014

HIKMAH TERSEMBUNYI DI SEBALIK MUSIBAH YANG MELANDA!!!!

Saya telah banyak membaca sejarah kehilangan 
kapal terbang dan kejadian kehilangan kapal 
terbang kita amat-amat mengharukan....


Dulu Malaysia hanya negara kecil dan hanya 
dikenali kerana nama Tun M. Tapi, kali ni 
Malaysia hampir menjadi tajuk utama di hampi
setiap berita dunia luar. 


Dan paling menyebakkan hampir sebahagian 
besar negara-negara berkuasa besar dan 
berpengaruh datang menghulurkan bantuan. 



Malah paling mengejutkan dua negara berkuasa 
besar dunia iaitu China dan Amerika bergabung. 
Jepun dan India juga turut serta.



Australia, Singapura, Vietnam, Thailand juga 
tidak mahu ketinggalan.. 



Malaysia tak sebesar mana pun.Jauh lebih kecil 
daripada kesemua negara besar tadi. 



Namun lihatlah dunia, negara sekecil kami 
mampu MENYATUKAN dunia yang berbeza fahamannya....



Betapa kini Malaysia disenangi kerana 
menjadi rujukan perhatian keprihatinan 
dunia...


Tidak sia-sialah sikap kerajaan Malaysia selama
ini yang begitu prihatin pada setiap bencana yang
melanda negara sahabat dan segera menghulurkan bantuan pada kadar yang termampu!!!



Semuanya ini kuasa Allah S.W.T....Sesungguh
nya ada hikmah terbesar disebalik "kehilangan" 
ini....



Ya Allah, sesungguhnya hanya padaMu kami 
berserah.....

No comments: