Friday, 28 March 2014

Russia Mendakwa MH370 dirampas Tentera Laut US!!!


Mesti Baca! 


Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang 
disediakan oleh Main Intelligence Directorate 
of the General Staff of the Armed Forces 
(GRU) menyatakan bahawa ibupejabat 
Aerospace Defence Forces (VKO) "hairan" tentang 
situasi di mana Tentera Laut Amerika Syarikat 
(US Navy) "menangkap dan kemudian mengalihkan" 
sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia 
Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai 
terletak di Atol Diego Garcia dalam kawasan 
Lautan Hindi.

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali 
dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan 
China Southern Airlines) merupakan penerbangan 
komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, 
China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER 
ini secara tiba-tiba "ghaib" dalam penerbangan berserta 
227 penumpang dari 15 buah negara yang 
kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 
anak kapal.

Sesuatu yang menarik utk diberi perhatian, laporan ini 
menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada 
di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima 
maklumat terdapat kargo “sangat mencurigakan” yang 
dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles 
yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal 
kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka 
GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja 
pemunggahan kargo “sangat mencurigakan” itu dilakukan 
dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang 
Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark 
Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 
dijumpai mati di dalam "keadaan yang mencurigakan"

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma 
keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US 
Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior 
US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama 
diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi 
pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan 
atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo "sangat 
mencurigakan" berada di atas kapal Malaysia Airlines 
Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera 
memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri 
China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima 
"jaminan” bahawa "semua langkah" akan diambil bagi 
memastikan apa yang telah disimpan akan kekal 
tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang 
udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas 
sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap 
sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari 
destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan 
International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah 
Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army 
(PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali 
juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 "ketara 
menyimpang" dari laluan penerbangannya dan telah 
dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau 
Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 
3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika 
penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar 
GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses 
komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China 
Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan 
Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang 
ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-
kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan 
perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan 
untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut 
mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk 
mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego 
Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan 
dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi 
dengan sistem terbang-dengan-wayar (fly-by-wire - FBW) 
yang berupaya menggantikan manual kawalan 
penerbangan pesawat konvensional dengan antara 
muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara 
jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu 
dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh 
dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden 
Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah 
ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder 
(alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah 
ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari 
analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat 
masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan 
Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal 
ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera 
AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia 
kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi 
lorong udara dan perkapalan.

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat 
suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya 
menyembunyikan fakta "kehilangan" Penerbangan 
MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat 
demikian selepas peristiwa 11 September 2011 apabila 
rejim Bush "menghilangkan" penerbangan American 
Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak 
kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam 
Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN 
perkara berkenaan tidak berlaku.

No comments: