Friday, 21 March 2014

MEMBEZAKAN ANTARA DAGING LEMBU DAN DAGING BABI!!!



Daging Babi secara fizikalnya sama sahaja seperti daging lembu, kerbau, kambing dan sebagainya. Kenapa daging

ini diharamkan Allah???



Soalan ini agak berat untuk dijawab. Ia memerlukan 
kajian & penyelidikan bertahun-tahun untuk 
mendapatkan jawapan yang memuaskan hati.

Akan tetapi, sebagai seorang Islam, jawapan mudahnya 
begini sahaja. KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH. 
Kami patuh kepada semua suruhanNya. Dan kami 
akan meninggalkan semua laranganNya. Habis cerita. 
Noktah.


Memang terdapat beberapa perbezaan antara daging 

lembu dan daging babi. . Sekurang-kurangnya 5 
perbezaan. Di Malaysia, daging lembu biasanya 
dijual oleh penjual Melayu yang majoritinya 
beragama Islam. Daging babi pula biasanya dijual 
oleh peniaga Cina yang kebanyakannya bukan islam.

Walau bagaimanapun, di negara-negara tertentu, 

peniaga beragama Islam dan bukan Islam sukar 
dibezakan. Kalau mereka berniaga di tempat terbuka, 
agak sukar untuk membezakan antara daging lembu 
dan daging babi.



Sekarang, mari kita ikuti 5 perbezaan 

utama. BAGAIMANAKAH CARA NAK 
MEMBEZAKAN ANTARA DAGING LEMBU 
DAN DAGING BABI?

Awas....!! Ambil perhatian ini agar anda tidak mudah 

ditipu..

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging 

babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, 
Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di 
Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, 
terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara 
daging babi dengan daging lembu  iaitu warna, 
serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. 
Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka 
diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. DARI SEGI WARNA. 


Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang 
lebih pucat dari daging lembu , warna daging babi 
seolah-olah seperti warna daging ayam. Ia mempunyai 
warna merah pucat.

Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, 

kerana warna pada daging babi biasanya 
disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah 
lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan 
merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian 
tertentu pada daging babi, warnanya mirip 
sekali dengan daging lembu sehingga sangat 
sukar membezakannya.

2. DARI SEGI SERAT DAGING. 

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua 
daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan 
padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. 

Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan 
samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas 
ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.

3. DARI SEGI LEMAK YANG KELIHATAN. 

Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. 
Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih 
elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan 
berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat 
basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya 
sementara lemak daging agak kering dan kelihatan 
berserat.

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada 
bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi 
kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. DARI SEGI TEKSTUR. 

Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku 
dan padat berbanding dengan daging babi yang 
lembik dan mudah diregangkan.

Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita 
memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang 
nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan 
daging babi lebih kenyal dan mudah 
direnggangkan. Sementara daging lembu terasa 
solid dan keras sehingga cukup sukar untuk 
diregangkan

5. DARI SEGI AROMA. 

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. 
Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, 
sementara aroma daging lembu adalah hanyir 
seperti yang telah kita ketahui. Daging babi 
mempunyai bau yang meloyakan tekak & sukar 
diterima.

Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling 

penting untuk membezakan antara kedua-dua 
daging ini. Kerana walaupun warna telah 
ditukar dan dicampur antara keduanya, namun 
aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. 

Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui 
aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang 
kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

SAYA MEMPUNYAI PENGALAMAN tentang bau 

babi ini. Sekitar tahun 2000, saya mengikuti  sebuah 
lori menuju ke Ipoh, Perak. Saya tercium bau sesuatu 
yang menyebabkan saya loya dan hampir muntah. 
Rupa-rupanya, lori di hadapan saya mengangkut puluhan 
ekor babi untuk dibawa ke Ipoh.

6. CIRI-CIRI SECARA UMUM. 


Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak 
dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara 
daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak 
dengan daging lembu. 

Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut 
telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan 
dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan 
lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

No comments: