Monday, 24 March 2014

HINDARI SYIAH,KEMBALI KEPADA SUNNAH WAL JAMAAH!!!




Foto Ng Que Ayla.







Baca ni, ambil fakta ni wahai bijaksana.. 


Untuk pengetahuan semua pas ialah syiah, baca sejarah latar belakang pas, dan syiah dicela Rasulullah saw, yang extreme, rasist, bawa kesesatan dan perpecahan serta kerosakan akidah. 


Ingat Allah swt memerintahkan menjadikan Nabi Muhammad dan alquran panduan utama dijadikan contoh dan panduan. 


Syiah cuba menyorokkan beberapa fakta perjuangan Rasulullah saw yang ada. Mereka hanya menunjuk puncak peperangan, tetapi tidak mencontohi tindakan dan step dakwah rasulullah saw di Makkah. 


Perasan tak wahai para cerdik pandai.. Islam tak suruh rasist atau kafir mengkafir umat islam. Islam tak ajar menjadi punca pecah belah.Pemimpin adalah tergolong dalam golongan hati yang hitam kerana menyeru perpecahan dan bersekutu dengan perjuangan PR yang sesat memperjuangkan kebebasan murtad dan gay dalam resolusi comango. 


Sedarlah bahawa  perjuangan Anwar disokong media Israel yahudi.. Pengasas syiah yang dicela Rasulullah saw iaitu Abdullah bin Sabak adalah seorang ulamak keturunan yahudi, yang membawa kerosakan akidah dan perpecahan.  


Iran ialah syiah, dan Iraq kini ialah syiah yang menjatuhkan Saddam Hussien pengamal sunnah waljamaah.Walaupun Saddam Hussien membunuh ramai rakyatnya,kita harus tahu dan faham kenapa dia bertindak sedemikian.


Telah berlaku pada zaman Khalifah Harun al Rashid pembunuhan beramai-ramai puak syiah kerana mereka memberontak dan menentang Khalifah Harun al Rashid untuk mendirikan kerajaan Syiah!!!


Khalifah Harun al Rashid tidak rela kerajaannya dijatuhkan dan digantikan dengan kerajaan Syah yang jelas dan nyata telah rosak akidah dan terkeluar dari agama Islam!!!


Oleh kerana itu tidak salah tindakan Saddam Husien membunuh pemberontak syiah yang mengancam kerajaan sunni pimpinannya.Tindakannya selari dengan tindakan Khalifah tersohor Khalifah Harun al Rashid.


Jadi fikirkanlah sebaik mungkin semua akibat. Amerika yang dulunya menyokong syiah dan yahudi beralih pandang dan tertarik pula dengan negara kita yang mengamal pentadbiran yang masih mengamal sunnah, tak extreme,dan yang masih menggunakan kaedah dakwah Nabi Muhammad, seperti dakwah baginda di Makkah. 


Walaupun penganut minoriti dan diancam bunuh ketika itu, Nabi Muhammad tidak melawan dengan kekuatan minoriti  tetapi menyelamatkan penganut Baginda dengan berhijrah. 


Begitulah hakikat yang dilakukan kerajaan negara kita mencontohi tindakan rasulullah saw menggunakan kaedah dakwah kerana hakikat perjanjian merdeka negara kita di bawah kuasa penjajah.Kemerdekaan tanpa kekerasan!!! 


Pas syiah mengenakan kerajaan dengan tiket hudud sedangkan mereka sendiri tahu hakikatnya tidak dapat dijalankan di Malaysia kerana halangan dan kekangan perlembagaan negara. 


Hingga kini pas tidak melaksanakan hudud dengan syarat pelaksanaan dan tanggung jawab ditanggung pas kelantan sepenuhnya adalah kerana halangan dan kekangan perlembagaan negara. 


Jalan mudah dan singkatnya ialah menyalahkan sepenuhnya kepada kerajan persekutuan dengan menuduh dan mentohmah bahawa Umno tolak hudud.Kekangan dan halangan oleh perlembagaan negara yang jelas membantutkan hasrat Pas itu ditutup kemas dan rapi dan diabaikan dari difahami oleh penyokongnya.


Hakikatnya jika kita mengikut resmi Rasulullah saw dengan dakwah lembut tiada paksaan, seperti yang termaktub dalam hadis dan al qur'an,manusia akhir zaman akan memeluk islam. 


Semoga negara kita terpilih dalam mimbar dakwah pemerintahan berlandaskan sunnah wal jamaah secara konsisten.Kejayaan kita yang baik dalam perhubungan, pentadbiran dan ekonomi, boleh menonjolkan kegagalan idealogi barat hingga kecundang, akhirnya mengakui kaedah islam sunnah di malaysia.


Moga negara kita jadi penyumbang  mimbar dakwah. Semoga semuanya termasuk pemerintah dan pembangkang kembali kepada keunggulan sunnah wal jamaah,kembali kepada perintah Allah swt untuk mngakui nabi Muhammad saw dan alquran sebagai panduan utama.


Jika ini menjadi kenyataan maka Malaysia akan menjadi pemimpin dunia islam di kala majoriti negara islam berkecamuk dengan pelbagai masalah. 


Fikirlah wahai bijaksana, kejayaan yang benar dengan keyakinan sunnah yang kita amalkan,inshaAllah akan sentiasa mendapat perlindungan Allah swt!!!

No comments: