Friday 21 March 2014

10 Perkara Yang Membuat Anda Awet Muda!!!



1. 
Dilahirkan ketika ibu anda masih muda

Berdasarkan kajian dari University of Chicago, ibu muda masih mempunyai sel telur yang sangat baik untuk persenyawaan, yang membolehkan untuk menghasilkan anak yang lebih sihat, kuat dan berumur lebih panjang. 


2. Mengambil Teh 

Lebih dari 40,500 orang wanita mahupun lelaki di Jepun yang terlibat kajian tentang kesan mengambil teh terhadap kesihatan menunjukkan risiko penyakit jantung dan stroke yang lebih rendah berbanding mereka yang jarang mengambil teh. 



3. Lebih suka jalan kaki 

Berbanding naik kenderaan Orang-orang yang fit selalu mengutamakan jalan kaki, apakah itu hanya untuk makan tengah hari atau pergi ke mall. 

Berjalan kaki 30 minit setiap harinya akan memanjangkan umur, berdasarkan kajian terhadap 2.603 wanita dan lelaki. 


4. Elakkan minuman-minuman bersoda 

Para penyelidik di Boston mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman soda setiap harinya meningkatkan risiko penyakit diabetes, jantung dan gangguan metabolik lain. 

Meminum jus akan lebih sihat untuk tubuh anda 



5.Mempunyai kaki yang kuat 

Menurut Robert Butler, MD, dari International Longevity Center-USA in New York City, mereka yang mempunyai otot-otot kaki yang lemah dijangka tidak akan berumur panjang kerana mudah mengalami komplikasi pada tulangnya.


6. Mengkonsumsi makanan berwarna ungu 

Buah-buahan seperti anggur, blueberry dan makanan lain yang berwarna ungu kaya akan polifenol yang sangat baik untuk mengurangkan penyakit jantung, Alzheimer dan meningkatkan kemampuan sel-sel otak. 


7.Mempunyai berat badan ideal dan sihat 

Sebuah kajian dalam Journal of Pediatrics yang melibatkan 137 orang Afrika dan Amerika menyebutkan bahawa mereka yang mempunyai kelebihan berat badan pada usia 14 tahun ke atas mempunyai risiko diabetes dua kali ganda pada masa dewasanya. 


8. Sering berinteraksi dengan teman - teman."

Hubungan interpersonal yang baik bertindak sebagai pelawan stress dan pengimbang hidup anda, "ujar Micah Sadigh, PhD, seorang pakar psikologi dari Cedar Crest College.

Mempunyai orang-orang yang menyokong anda akan membuat anda lebih sihat secara fizikal dan mental. 

Mereka yang stress akan mempunyai daya tahan tubuh yang lemah dan boleh memendekkan umur hingga 4-8 tahun. 


9. Menyukai Cabaran. 

"Apabila anda merasa tercabar mengerjakan sesuatu, perhatian anda akan memberi tumpuan dan otak akan mempunyai kekuatan yang lebih besar, dan hal itu boleh memanjangkan hidup anda, "ujar Robert S. Wilson, PhD, profesor neurological sciences and psychology at Rush University Medical Center in Chicago. 


10. Tidak mempunyai pembantu di rumah

Berdasarkan kajian terhadap 302 orang dewasa dengan umur 70 dan 80 tahun, hanya dengan mengemop, mencuci atau membersihkan tingkap beberapa jam, seseorang boleh membakar 285 kalori dan menurunkan risiko kematian sehingga 30 peratus.

2 comments:

Anonymous said...

Aku nak tambah,
Senyum selalu, jgn marah marah, maafkan semua org, berbuat baik kpd semua dan hubungkan silaturrahim.

Kutukandewata said...

tq,bro!cakap bro tepati ciri2 orang yang muda jiwa dan hatinya!