Monday, 24 March 2014

TAHUKAH ANDA KENAPA ALLAH MENGHARAMKAN DAGING BABI??? ORANG ISLAM WAJIB BACA!!!



 Saya akan memberikan anda 2 sebab utama. 

[1] Dari sudut sains, [2] dari sudut psikologi.

DARI SUDUT SAINS
BAHAYA [1] 


Daging Babi mempunyai cacing pita yang mendiami di dalamnya. Saat anda minum air bikarbonat atau sebarang minuman masam, dia akan keluar dan mengerumuni kawasan perut anda. Ia sangat kotor dan jijik. Anda boleh lihat sendiri youtube yang menceritakan perkara ini.

Kisah tentang cacing pita yang berbahaya ini,  tabib perubatan terkenal cina seperti Yan Show Tan, Sun See Moa dan Lee Shih Ch’en pada zaman Dinasti Tang (sezaman dengan Nabi Muhammad S.A.W) dan Dinasti Ming telah memperingatkan tentang pelbagai mudarat yang boleh menimpa umat manusia yang memakan daging babi. 

Antaranya, mereka yang memakan babi akan mudah mendapat penyakit kemandulan, sakit tulang dan asma.

Daripada kenyataan tabib terkenal cina ini, dapat kita rumuskan bahawa bahaya yang menimpa manusia akibat makan daging babi kepada 3 iaitu serangan pada sistem pembiakan, sakit tulang merujuk kepada tubuh badan manakala asma menerangkan serangan kepada sistem pernafasan kita. 

Perlu kita ketahui lazimnya pengidap penyakit asma didahului atau bersama- sama dengan batuk dan selesema.

BAHAYA [2] 


Daging Babi juga mempunyai virus atau kuman dalam genetik babi yang akan menghasilkan puluhan  penyakit lainnya. Demikian menurut hasil kajian saintis barat.

Penemuaan yang mengejutkan telah dilaporkan oleh Journal of Virology 1997, kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin.

Penemuan mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus yang biasanya tidak menjangkiti manusia akan bertukar menjadi kuman yang berbahaya,menjangkiti dan membunuh manusia. 


Lebih membimbangkan lagi, menurut . Dr.Virginia Hinshaw, Dekan di Graduate School Universiti Wisconsin-Madison, sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan dari virus-virus ini.

Sebagai bukti yang hampir dan jelas seperti kenyataan yang dibuat oleh Profesor Robin Weiss, seorang pakar dalam bidang virologi dari Institut Kajian Kanser, London, berkata pada babi wujud retrovirus dari keluarga yang sama dengan kuman HIV. . Ia tidak dapat dibuang atau dipisahkan dari babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya.

Merujuk kepada kenyataan pakar-pakar sains, mereka menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman bertakung sebelum diubah ke bentuk yang berbahaya.’

Dan juga kenyataan DR Virgina Hinshaw, menurut pandangan peribadi saya, tidak hairanlah kuman HIV yang wujud sekarang ini adalah dari retro virus yang wujud pada babi yang telah dimutankan

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts dan juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan terdapat lebih daripada 25 penyakit yang boleh di jangkiti dari babi. 


Ada di antaranya penyakit-penyakit ini berkebolehan membunuh kita seperti :influenza dan leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Penyakit- penyakit tersebut ialah;

1. Anthraxc
2. Ascaris suum
3. Botulism
4. Brucella suis
5. Cryptosporidiosis
6. Entamoeba polecki
7. Erysipelothrix shusiopathiae
8. Flavobacterium group IIb-like bacteria
9. Influenza
10. Leptospirosis
11. Pasteurella aerogenes
12. Pasteurella multocida
13. Pigbel
14. Rabies
15. Salmonella cholerae-suis
16. Salmonellosis
17. Sarcosporidiosis
18. Scabies
19. Streptococcus dysgalactiae (group L)
20. Streptococcus milleri
21. Streptococcus suis type 2 (group R)
22. Swine vesicular disease
23. Taenia solium
24. Trichinella spiralis
25. Yersinia enterocolitica
26. Yersinia pseudotuberculosis

Pada tahun 1997, ahli-ahli sains telah menemui beberapa kuman virus lagi keluaran babi yang boleh menjangkiti manusia. Kuman-kuman ini belum pernah ditemui sebelum ini, antaranya ialah,


27. Porcine Torovirus.
28. Porcine Rotavirus (Variant 4F).
29. PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory 

Syndrome Virus).
30. H3N2 Swine Flu Virus.

31. retroviruses PERVS – Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain. 

Dengan penemuan ini, Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat / organ dari babi kepada manusia.

32. virus menangle dari kumpulan paramyxovirus, virus baru yang belum pernah ditemui oleh pakar-pakar sains dari Australia pada Ogos 1997.


Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia.

BAHAYA [3]. 


Memakan Daging Babi akan menyebabkan penimbunan asid urik yang berlebihan di dalam badan manusia. Ini kerana babi tidak boleh disembelih kerana secara alamiahnya, lehernya pendek. Pada saat ia dimatikan, darah tidak memancut keluar seperti darah lembu.

Ini bererti darah babi bertakung di dalam dagingnya. Kandungan asid urik yang tinggi di dalam darahnya akan memberi banyak kesan negatif kepada kesihatan manusia.


KEWUJUDAN FLU / SELSEMA

Kewujudan flu yang berbahaya. Pada tahun 1918, ia di kenali sebagai Spanish flu atau (H3N2). Ia  merupakan wabak yang paling teruk dalam sejarah dunia moden. 

Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan wabak ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I.

 Jangkitan kuman virus influenza ini, telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Malahan ada yang menganggarkan mangsa-mangsanya yang sebenarnya berjumlah 40 juta orang. Di ikuti dengan Asian flu pada tahun 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu pada tahun 1977.

Dan kini virus H1N1 atau dikenali juga selesema babi, satu lagi penyakit yang dibawa oleh virus babi menyerang dunia. 

Dan apabila Allah mengharamkan sesuatu, ia pastinya suatu yang keji dan memudaratkan. Seperti mana firmanNya di dalam Al-Quran: 

“Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi.” (Surah Al-Baqarah ayat 173).


SECARA PSIKOLOGINYA.

Seorang Non Muslim pernah bertanya kepada seorang ulamak Islam. Kenapa Tuhan kamu mengharamkan makan daging babi??? Ternyata ia sebuah soalan yang sinis. Ulamak itu tidak memberi apa-apa jawapan ilmiah.

Sebaliknya, ia menyuruh Non Muslim itu menyediakan 2 ekor ayam jantan ; seekor ayam betina. Ayam betina itu diregukan dengan seekor ayam jantan selama seminggu.

Cukup seminggu, dimasukkan seekor lagi ayam jantan ke dalam reban. Ayam jantan yang baru cuba mengawan ayam betina. Ayam jantan yang merupakan kekasih awal kepada ayam betina tersebut naik marah. Ia segera melancarkan serangan. Maka terjadilah pergaduhan.

Ujikaji di atas diulangi dengan menggunakan babi. Bila babi jantan yang kedua dimasukkan ke dalam kandang, babi jantan yang pertama tadi "cool" sahaja. Dia tidak membentak marah. Dia tidak melakukan apa-apa serangan kepada lawannya.

Ujikaji di atas menunjukkan bahawa umat Islam yang memakan daging halal mempunyai maruah diri yang tinggi. Dia tidak rela maruahnya diperkotak-katikkan oleh orang lain sesuka hatinya. Dia akan mempertahankan maruah dirinya, keluarganya, bangsanya, harta-bendanya, agamanya dengan seluruh kekuatan dirinya.

Ujikaji kedua pula menunjukkan sebaliknya. Non Muslim yang memakan daging babi yang haram mempunyai jiwa yang lemah. 


Mereka mudah terumbang-ambing dengan konsep hidup yang pelbagai macam. Kadang-kadang mereka berpegang kepada BORN TO ENJOY, BORN TO BE FREE, LIFE IS DANGEROUS dan macam-macam hal lagi.

Mereka juga membenarkan anak isteri mereka keluar dengan lelaki lain dan balik jauh malam. Pendek kata, maruah diri mereka sebagai suami atau sebagai ayah hilang begitu sahaja. Orang Islam sangat pantang tentang perkara tersebut.   

TERJAWAB SEGALA PERSOALAN


Dengan adanya artikel ini menjawab segala persoalan yang sering dilontarkan orang, kenapa Allah mengharamkan babi dimakan oleh umatnya

Penyakit yang dibawa oleh babi telah diketahui sejak dinasti Tang dan Ming di China. Beberapa rentetan sejarah moden juga telah membuktikan bahawa ia membawa bencana kepada umat manusia. Persoalannya,  kenapa ia masih diternak secara besar-besaran???.

Sebagai contoh, di Perancis sahaja,  jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000 orang.  Bagaimana pula dengan jumlahnya di negara Cina, Thailand dan juga di Malaysia sendiri.

Jika tidak mendapat sambutan di pasaran,  bagaimana mereka boleh menternak babi???. Persoalannya, bukankah 2/3 negara di dunia ini negara Islam. Kemanakah ia dipasarkan? Soalan ini sepatutnya membuka mata anda.

AWASILAH semua produk dari barat dan negara-negara bukan Islam. Memang dia tak datang dalam bentuk daging yang berkeping-keping, tetapi dalam bentuk lemak, kapsul, tisu, bulu dan sebagainya.

MAKANLAH makanan yang dihasilkan oleh tangan-tangan mereka yang bertakwa. Semoga nasihat ini berguna untuk anda.

No comments: