Sunday, 9 March 2014

KES LIWAT ANWAR TAK LIBATKAN KERAJAAN!!! TAK ADA PASAL PULAK KERAJAAN NAK CAMPUR KES LUCAH NI!!!TAK ADA KEPENTINGAN UNTUK NEGARA PUN!!!



- Hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah keputusan Mahkamah Rayuan dan bukannya keputusan pihak kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini menegaskan, Malaysia mempunyai sistem kehakiman yang bebas.

Hakim-hakim pula, katanya, akan mencapai keputusan mereka hanya setelah mempertimbangkan semua bukti yang ada dengan cara yang seimbang.

''Anwar dan barisan peguam belanya mempunyai hak untuk merayu keputusan hari ini ke Mahkamah Persekutuan.''

Kes tersebut membabitkan dua individu dan hanya melibatkan mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

''Oleh itu, demi menghormati proses undang-undang dan hak-hak mereka yang terlibat, adalah tidak wajar bagi kerajaan untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu,'' kata kenyataan tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya hari ini mendapati Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah meliwat Mohd. Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan ke atas pembebasannya.

No comments: