Luahan hati seorang wanita:
Dia selalu bangun awal hari, memasak bubur yang panas untuk ayah, kerana perut ayah tidak baik, pagi hari hanya boleh makan bubur.
Setelah itu, masih perlu memasak nasi untuk anak-anak, kerana anak-anak sedang dalam masa pertumbuhan, perlu makan nasi, dengan begitu baru tidak akan lapar seharian di sekolah.
Setiap petang, ibu selalu membongkokkan badan memberus periuk, setiap periuk di rumah kami boleh dijadikan cermin, tidak ada noda sedikit pun.
Menjelang malam, dengan giat ibu membersihkan lantai, mengemop seinci demi seinci , lantai di rumah kelihatan lebih bersih berbanding sisi tempat tidur orang lain, tiada debu sedikit pun meskipun berjalan dengan kaki telanjang.
Ibu saya adalah seorang wanita yang sangat rajin.Namun, di mata ayah, dia (ibu) bukan pasangan yang baik. Dalam proses pertumbuhan saya, tidak hanya sekali saja ayah selalu menyatakan kesepiannya dalam perkahwinan, tidak memahaminya.
Ayah saya adalah seorang laki-laki yang bertanggung jawab,tidak merokok, tidak minum-minuman keras, serius dalam pekerjaan, setiap hari berangkat kerja tepat waktu, bahkan saat cuti juga masih menetapkan jadual sekolah anak-anak, menetapkan masa istrirahat anak-anak.
Dia adalah seorang ayah yang penuh tanggung jawab, mendorong anak-anak untuk berpretasi dalam pelajaran. Ia suka main catur, suka larut dalam dunia buku-buku kuno.
Ayah saya adalah seorang laki-laki yang baik, di mata anak-anak, ia maha besar seperti langit, menjaga kami, melindungi kami dan mendidik kami.
Hanya saja, di mata ibu, ia juga bukan seorang pasangan yang baik, dalam proses pertumbuhan saya, kerap kali saya melihat ibu menangis teresak secara diam diam di sudut halaman.
Ayah menyatakannya dengan kata-kata, sedang ibu dengan aksi, menyatakan kepedihan yang dijalani dalam perkahwinan.
Dalam proses pertumbuhan, saya melihat juga, mendengar ketidakupayaan dalam perkahwinan ayah dan ibu, sekaligus merasakan betapa baiknya mereka, dan mereka layak mendapat sebuah perkahwinan yang baik.
Malangnya, dalam masa-masa kehadiran ayah di dunia, kehidupan perkahwinan mereka lalui dalam kegagalan, sedangkan saya, juga tumbuh dalam kebingungan, dan aku bertanya pada diriku sendiri:
Dua orang yang baik mengapa tidak diiringi dengan perkahwinan yang bahagia?
Pengorbanan yang dianggap benar. Setelah dewasa, saya akhirnya memasuki usia perkahwinan, dan secara perlahan lahan saya pun mengetahui akan jawapan ini.
Di masa awal perkahwinan, saya juga sama seperti ibu, berusaha menjaga keutuhan keluarga, memberus periuk dan membersihkan lantai, dengan sungguh-sungguh berusaha memelihara perkahwinan sendiri.
Anehnya, saya tidak merasa bahagia; dan suamiku sendiri, sepertinya juga tidak bahagia. Saya merenung, mungkin lantai kurang bersih, masakan tidak enak, lalu, dengan giat saya membersihkan lantai lagi, dan memasak dengan sepenuh hati.
Namun, rasanya, kami berdua tetap saja tidak bahagia. Hingga suatu hari, ketika saya sedang sibuk membersihkan lantai, suami saya berkata:
isteriku, temani aku sejenak mendengar alunan muzik! Dengan mimik muka tidak senang saya berkata:
Apa tidak melihat masih ada separuh lantai lagi yang belum di bersihkan?
Begitu kata-kata ini terlontar, saya pun termenung, kata-kata yang sangat tidak asing di telinga, dalam perkahwinan ayah dan ibu saya, ibu juga kerap berkata begitu sama ayah.
Saya sedang mempertunjukkan kembali perkahwinan ayah dan ibu, sekaligus mengulang kembali rasa tidak puas hati dalam perkahwinan mereka. Ada beberapa kesedaran muncul dalam hati saya.
Yang kamu inginkan? Saya hentikan sejenak pekerjaan saya, lalu memandang suamiku, dan teringat akan ayah saya? Ia selalu tidak mendapatkan pasangan yang dia inginkan dalam perkahwinannya, Masa ibu memberus periuk lebih lama daripada menemaninya.
Terus menerus mengerjakan urusan rumah tangga, adalah cara ibu dalam mempertahankan perkahwinan, ia memberi ayah sebuah rumah yang bersih, namun, jarang menemaninya, sibuk mengurus rumah, ia berusaha mencintai ayah dengan caranya, dan cara ini adalah mengerjakan urusan rumah tangga.
Dan aku, aku juga menggunakan caraku berusaha mencintai suamiku.Cara saya juga sama seperti ibu, perkahwinan saya sepertinya tengah melangkah ke dalam sebuah cerita, dua orang yang baik mengapa tidak diiringi dengan perkahwinan yang bahagia.
Kesedaran saya membuat saya membuat keputusan (pilihan) yang sama. Saya hentikan sejenak pekerjaan saya, lalu duduk di sisi suami, menemaninya mendengar muzik, dan dari kejauhan, saat memandangi kain buruk di atas lantai seperti menatapi nasib ibu.
Saya bertanya pada suamiku:
Apa yang kamu perlukan?
Aku memerlukanmu untuk menemaniku mendengar muzik, rumah kotor sedikit tidak apa-apa-lah, nanti saya carikan pembantu untukmu, dengan begitu kau boleh menemaniku! ujar suamiku.
Saya kira kamu perlu rumah yang bersih, ada yang memasak untukmu, ada yang mencuci pakianmu?. dan saya mengatakan sekaligus serentetan hal-hal yang diperlukan.
Semua itu tidak penting-lah! ujar suamiku. Yang paling kuharapkan adalah kau boleh lebih sering menemaniku.
Ternyata sia-sia semua kerja yang saya lakukan, hasilnya benar-benar membuat saya terkejut. Kami meneruskan menikmati keperluan masing-masing, dan baru saya sedari bahawa dia juga telah banyak melakukan kerja-kerja yang sia-sia.
Kami mempunyai cara masing-masing bagaimana mencintai, namun, bukannya cara pihak kedua. Jalan kebahagiaan Sejak itu, saya menderetkan sebuah senarai keperluan suami, dan meletakkanya di atas meja buku.
Begitu juga dengan suamiku, dia juga menderetkan sebuah senarai keperluanku. Puluhan keperluan yang panjang lebar dan jelas, seperti misalnya, waktu senggang menemani pihak kedua mendengar muzik, saling memeluk kalau sempat, setiap pagi memberi sentuhan selamat jalan bila berangkat.
Beberapa perkara cukup mudah dilaksanakan, tetapi ada juga yang cukup sukar, misalnya dengarkan aku, jangan memberi komen. Ini adalah keperluan suami.Kalau saya memberinya usul, dia cakap akan merasa dirinya akan kelihatan seperti orang bodoh.
Menurutku, ini benar-benar masalah ego laki-laki. Saya juga meniru suami tidak memberikan usul, kecuali dia bertanya pada saya, kalau tidak saya hanya boleh mendengar dengan serius.
Bagi saya ini benar-benar sebuah jalan yang sukar dipelajari, namun, jauh lebih santai daripada mop, dan dalam kepuasan keperluan kami ini, perkahwinan yang kami jalani juga kian hari semakin penuh daya hidup.
Saat saya lelah, saya memilih beberapa hal yang senang dikerjakan, misalnya menetapkan muzik ringan, dan kalau lagi segar bugar merancang perjalanan keluar bandar.
Menariknya, pergi ke taman flora adalah hal bersama dan keperluan kami, setiap ada pertikaian, selalu pergi ke taman flora, dan boleh menghibur gejolak hati masing-masing.
Sebenarnya, kami saling mengenal dan mencintai juga kerana kesukaan kami pada taman flora, lalu bersama kita menapak ke tirai merah perkahwinan, kembali ke taman boleh kembali ke dalam suasana hati yang saling mencintai bertahun-tahun yang silam.
Bertanya pada pihak kedua: apa yang kau mahu , kata-kata ini telah menghidupkan sebuah jalan kebahagiaan lain dalam perkahwinan.
Keduanya akhirnya melangkah ke jalan bahagia. Kini, saya tahu kenapa perkahwinan ayah ibu tidak boleh bahagia, mereka terlalu berkeras menggunakan cara sendiri dalam mencintai pihak kedua, bukan mencintai pasangannya dengan cara pihak kedua.
Diri sendiri lelahnya setengah mati, namun, pihak kedua tidak dapat merasakannya, akhirnya ketika menghadapi penantian perkahwinan, hati ini juga sudah kecewa dan hancur.
Kerana Tuhan telah mencipta perkahwinan, maka menurut saya, setiap orang pantas dan layak memiliki sebuah perkahwinan yang bahagia, asalkan cara yang kita pakai itu tepat, menjadi orang yang diperlukan pihak kedua!
Bukannya memberi atas keinginan kita sendiri, perkahwinan yang baik, pasti boleh diharapkan. Diambil dari: Pelbagai Sumber
No comments:
Post a Comment