Saturday 15 March 2014

DALAM KEKEJAMAN DUNIA,DALAM KEKEJAMAN DIA TERSEKSA!!!



Anak yatim jadi hamba seks selepas diselamatkan kes ugutan gambar bogel!!!
























Seorang wanita berusia 23 tahun yang tertekan 
selepas dipaksa menjadi hamba seks seorang 
lelaki sejak lima tahun lalu, cuba 

menamatkan 
riwayat hidupnya dengan meminum sejenis 
cecair antiseptik menyebabkan dia  terlantar 
di hospital.


Difahamkan, wanita yatim piatu itu tinggal 

serumah dengan lelaki berusia 37 tahun terbabit 
sejak berusia 17 tahun berikutan mahu membalas 
budinya yang menyelamatkan mangsa daripada 
kes ugutan menggunakan gambar bogel.


Bagaimanapun, selepas menyelamatkan wanita 

itu daripada masalahnya lima tahun lalu, wanita 
berkenaan dipelawa tinggal bersamanya sebagai 
kekasih gelap dan diminta melayan nafsu lelaki itu 
meskipun dia sudah mempunyai isteri dan dua 
anak.


Menceritakan kembali kejadian itu, mangsa yang 

mahu dikenali sebagai Vanitha, 23, berkata, 
bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 13 
tahun dan tinggal bersama kakaknya di Sri 
Petaling, dekat sini.

“Saya menjadi rapat dengan lelaki berkenaan 

yang mempunyai pertalian kekeluargaan ketika 
saya berusia 17 tahun dan menghadapi masalah 
dengan bekas teman lelaki selepas diugut 
menyebarkan gambar bogel di Internet jika 
enggan menyerahkan RM7,000.-UtaraNews

No comments: