Sunday, 23 March 2014

KEKEJAMAN YANG SERUPA!!!

Ngeri!!! Askar Assad yang ditawan 

oleh pemberontak, diikat, 

ditelanjangkan dan ditembak di kepala.


Ngeri: Diikat, ditelanjangkan 
dan ditembak di kepala oleh 
pejuang pemberontak.

Mayat-mayat tentera Syria yang 
dibunuh ditempatkan di dalam 
satu lubang kubur.




Kerajaan Bashar al-Assad sering 
dipersalahkan di atas keganasan 
yang berlaku di Syria. 


Amerika Syarikat malah sedang
mempertimbangkan untuk 
menyerang tentera Syria atas 
dakwaan penggunaan senjata kimia 
oleh tentera Syria terhadap 
orang awam.


Masalahnya, benarkah tentera Syria 
sengaja mensasarkan senjata kimia 
kepada orang awam? 


Ada kah kerajaan Assad sememangnya 
mahu memporak-perandakan 
negaranya sendiri? 


Apa kah penjuang pemberontak 
boleh dianggap sebagai tidak 
bersalah dan tidak berdosa ke 
atas perang saudara yang telah 
mengorbankan lebih 100,000 
ribu nyawa setakat ini? Allahu A'lam


Pada bulan April 2012 satu kejadian 
ngeri difilemkan, didokumenkan 
ke dalam video dan diseludup keluar 
dari Syria beberapa hari lalu oleh 
seorang bekas pemberontak yang 
berkata dia menjadi terkejut oleh 
taktik kekejaman yang digunakan 
oleh bekas rakan-rakan seperjuangan
nya. Beliau memberi rakaman itu 


Pada awal tahun ini, satu lagi video 
meloyakan dirakam, menunjukkan 
pemimpin pemberontak memakan 
jantung seorang tentera kerajaan 
yang berjaya ditumpaskan.


Klip itu memaparkan seorang 
lelaki, dipercayai pengasas terkenal 
Homs 'Farouq Briged Abu Sakkar', 
berdiri di atas mayat beruniform 
dalam parit. 


Menggunakan pisau, lelaki 
berkenaan membuka batang tubuh 
mayat dan mengeluarkan dua 
organ sebelum memegangnya 
di depan kamera 
seraya berkata: 


'Saya bersumpah kepada Allah, kami 
akan makan jantung anda dan 
hati anda, anda anjing askar Bashar'.


Dia kemudian merapatkan satu 
daripadanya ke mulut lalu menggigit.

No comments: