Friday, 14 March 2014

ANDA GEMUK??? JANGAN RISAU,JUS KULIT MANGGIS ADA!!!

Cara membuat Jus kulit manggis.



Cara membuat jus kulit manggis yang baik akan saya beri berikut ini, tentunya ini semua kerana manfaat dari khasiat kulit manggis untuk menurunkan berat badan mungkin sudah biasa dengar.

 Tetapi kalau membuat jus kulit manggis tentunya ada cara tersendiri biar enak dimakan dan tak salah. 

Buah Manggis bahagian kulitnya mengandungi zat anti oksidan yang sangat tinggi. 

Tentunya sayang sangat kalau kita makan manggis dan membuang kulit manggis begitu aje tanpa mengolahnya jadi sesuatu yang menghasilkan manfaat bagi kesihatan tubuh padahal membuat jus kulit manggis senang sangat. 

Selain daripada para pakar, hasil penyelidikan juga banyak membuktikan khasiat kulit manggis bagi kesihatan sudah terbukti sangat mujarab untuk merawat ataupun mencegah penyakit. 

OK, tak usah terlalu panjang, nanti akan saya tuliskan tentang buah manggis dan khasiatnya, serta manfaat daripada kulit buah manggis bagi kesihatan, dan untuk sementara kita kembali ke topik untuk membuat jus dari kulit manggis. 

Bagaimana untuk membuat jus kulit manggis yang baik? 

1.Siapkan kulit manggis tentu saja bersihkan terlebih dahulu kulit manggis dengan membilasnya dengan air, kemudian anda korek bahagian dalam dari kulit buah manggis dengan kerukan atau sudu kecil, kemudian masukkan ke dalam blender. 

Tambah madu atau gula jawa untuk mengurangkan rasa pahit dan kelat. Banyak air untuk membancuh sesuaikan dengan banyak kulit manggisnya. 

Semakin banyak kulit manggis yang dipakai semakin pekat warnanya dan rasanya pun juga semakin kelat. Tetapi kalau kena bahagian yang hitam atau getah kuning jus manggis akan ada rasa pahit. 

2. Air rebusan dari kulit buah manggis boleh juga digunakan untuk membuat jus kulit manggis.Memang kalau kulit manggis langsung di blender rasanya memang kadang terlalu kelat dan pahit. 

Namun ada cara lain jika anda tak ingin rasanya terlalu pahit dan kelat, tentunya khasiatnya tak akan hilang begitu aje. 

Ambil 2-4 kulit buah manggis lalu anda rebus dalam air hingga mendidih, ukur juga banyaknya air yang digunakan sesuaikan dengan selera anda. 

Air rebusan dari kulit manggis itulah yang nantinya dijadikan jus, sehingga tak terlalu pahit. Anda boleh tambah gula secukupnya. 

3. Membuat jus kulit manggis dengan 
mengeringkan kulit manggis dan merebusnya . 

Manggis boleh dikeringkan dengan cara di jemur dibawah cahaya matahari, tentunya perhatikan panasnya cuaca agar kulit manggis tidak ada cendawan. 

Setelah kering, manggis juga boleh terus dibuat  jus, dan cara membuat jusnya sama seperti cara sebelumnya, cuci kulit manggis dengan bersih lalu blender dengan menggunakan madu dan air secukupnya. 

Ok itulah beberapa cara untuk membuat JUS kulit manggis dengan baik dan benar sehingga boleh memaksimumkan dalam mengambil khasiat dari buah manggis.

jus buah manggis





No comments: