Monday, 24 March 2014

Sihatkah Vagina Anda? PEREMPUAN WAJIB BACA!!!





• • • Sehatkah Faraj anda? Ini Indikatornya • • •

detikHealth.com-Alat kelamin wanita atau faraj tidak hanya berfungsi sebagai alat pembiakan, melainkan juga ja lan lahir. 


Ironinya, masih banyak wanita yang merasa pantang larang untuk membincangkan perkara itu, walaupun dengan doktor sendiri. 


Tak banyak wanita yang berani bertanya, 'Apakah faraj saya normal?' Berbanding alat kelamin lelaki, faraj pada wanita memang lebih sering bermasalah kerana letaknya yang berada di dalam. 


Bila kebersihannya tak benar-benar dijaga dengan baik, gangguan seperti gatal, bau dan keputihan kerap kali terjadi. Malangnya, tidak sedikit wanita yang malu bertanya ketika dirinya merasa ada yang salah dengan alat vitalnya tersebut. 


Untuk menjawab permasalahan itu, dr. Ryan Thamrin dalam 'Dr Oz Indonesia' mendedahkan tiga penunjuk untuk menyemak sendiri keadaan faraj, iaitu sebagai berikut: 


1. Kadar kelembapan 


"Caranya mudah, masukkan jari kelingking ke dalam mulut dan sentuh dinding mulut anda. Rasakan kelembapan. Seperti itulah kira-kira kelembapan normal faraj," jelas dr. Ryan Thamrin. 


Kelembapan boleh berkurang kerana beberapa hal antara lain menopaus. Bila kelembapan berkurang, tidak perlu terlalu dipermasalahkan, kecuali bila anda merasa keadaan ini mengganggu hubungan intim anda dengan pasangan. 


2. Bau 


Biasanya faraj tidak berbau, namun bila muncul bau tidak sedap seperti bau hanyir, ada kemungkinan telah berlaku jangkitan cendawan dan bakteria. 


3. Lendir atau cecair yang keluar 


Normal tidaknya lendir atau cecair yang keluar dari faraj boleh dilihat dari warna dan kepekatannya. Biasanya, lendir berwarna bening dan kepekatannya seperti baby oil atau putih telur. 


Biasanya berlaku menjelang masa subur dan di saat masa subur. Bila warnanya putih dan lebih pekat seperti body lotion, masih tergolong normal kerana biasa berlaku selepas ovulasi atau masa subur berakhir atau ketika terangsang secara seksual. 


Keadaan yang tidak normal adalah ketika cecair yang keluar kental dan warnanya kekuningan, kehijauan, atau kecoklatan, kerana telah terjadi keradangan serta jangkitan bakteria dan cendawan. 


Penyebabnya antara lain penggunaan ubat antibiotik dalam waktu lama, sehingga keseimbangan flora normal terganggu. Boleh juga kerana sistem kekebalan tubuh yang tidak bekerja dengan betul, penggunaan pil KB, atau hubungan seks yang tidak sihat. 


"Pada umumnya, para wanita telah mengalami keadaan yang tidak normal. Tapi bila ini terjadi pada anda, ada baiknya segera berjumpa dengan doktor.


Selain itu, penggunaan minuman yang mengandungi probiotik boleh membantu menjaga keseimbangan flora normal di kawasan kewanitaan, "nasihat dr. Ryan. 

• • • By Crystal for women • • •

No comments: