Thursday, 20 March 2014

BERAPA SANGATLAH NILAI HARGA NYAWA DIA NI???NAK TUKAR DENGAN PRAMUGARI PUN TAK CUKUP NILAINYA!!!


Seandainya aku di beri pilihan utk buat tebusan, aku rela pilih kucing dari mahpus omar nih...ni kan pula mahpus berbanding 238 nyawa, obama pun guling2 kalau mcmni.....

#PrayForMH370 #LLLM #PRKKajang #KajangMove
Tambah kapsyen



  





Seandainya aku di beri pilihan untuk buat tebusan, 
aku rela pilih kucing dari mahpus omar nih...
ni kan pula mahpus berbanding 238 nyawa, 
Obama pun ketawa guling-guling kalau macam ni.....

Semalam, Mahfuz menawarkan diri menjadi 
tebusan sebagai tukaran dengan kesemua 239 
penumpang pesawat berkenaan bersama-sama 
dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan) 
yang lain, sekiranya benar proses rundingan 
bermula. 


Tambahnya lagi, untuk tujuan itu, beliau meminta 
Anifah mengaturkan perkara tersebut kerana apa 
yang penting katanya ialah keselamatan penumpang 
dan anak kapal.

Dalam ceramah malam tadi juga Mahfuz membidas 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung 
kenyataan pemimpin tersebut yang mendakwa 
juruterbang pesawat mengalihkan haluan ke arah 
lain.

Kenyataan seumpama tersebut katanya hanya akan 
menghilangkan kepercayaan orang ramai, sama ada 
dari dalam mahupun luar negara terhadap kredibiliti 
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

"Negara dalam krisis, yang mereka dah tak mampu (tangani), 
takkan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada 
BN? Kalau bagi kepada BN, dengan tuan-tuan sekali 
kena culik, kena rampas," Ujarnya berseloroh.

Najib pada Sabtu lalu pada sidang medianya di 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 
(KLIA) dilaporkan sebagai berkata, radar utama 
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menunjukkan 
pesawat MH370 berpatah balik dan terbang semula 
ke arah barat Semenanjung Malaysia, sebelum 
membelok ke arah barat laut.

Katanya lagi, pergerakan yang dikesan menerusi 
radar itu menunjukkan pergerakan hasil tindakan 
secara sengaja oleh seseorang yang berada di 
dalam pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, Najib tidak menamakan secara 
spesifik atau membayangkan mana-mana 
juruterbang mendalangi perbuatan itu.

Berdasarkan penemuan itu Najib kemudiannya 
mengumumkan usaha mencari dan menyelamat 
memasuki fasa kedua apabila mensasarkan 
pencarian di dua koridor iaitu koridor utara 
yang menjangkau lebih kurang dari sempadan 
Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara 
Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia 
hingga ke selatan Lautan Hindi.

Pengumuman Najib itu dilihat melegakan banyak 
pihak terutama ahli keluarga dan harapan agar 
kesemua penumpang pesawat itu selamat, masih 
ada.

Hari ini adalah hari kesebelas MH370 dilaporkan 
hilang dan setakat ini sebanyak 14 negara, 43 
kapal dan 58 pesawat terlibat dalam usaha 
mencari dan menyelamat.

MH370 dilaporkan terputus hubungan dengan 
Pusat Kawalan Udara Subang,  jam 2.40 pagi 
pada 8 Mac lalu.

Sejumlah 239 penumpang dari pelbagai negara 
termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan 
tersebut. 

2 comments:

anti-syiahGaban said...

Mahfuf Bean tawaq diri ganti jadi tebusan.....kahkahkahkah...kucin aku tu tengah dok guling2 tahan ketawa....tolonglah...jangan buak joke lagu ni lagi...kang kucin aku ketawa guling2 sampai putus urat kentut dia, siapa yang susah....kahkahkahkah....

Kutukandewata said...

HE HE HE HE!AKU PUN SERUPA!!!KERAS PERUT!