Thursday, 13 March 2014

PILIH TEBU ATAU TEBERAU???

Calon Kafir Yang Tolak Seks Luar Nikah atau Calon Bertudung Yang Telah Acap Kali Menipu???

Calon BN ini pernah meletak jawatan 
Timbalan Menteri Kerajaan Pusat atas 
sebab perinsip. Beliau menolak Presiden 
partinya yang terlibat dengan seks luar 
nikah. Walaupun Presidennya itu telah 
mengaku bersalah dan menyesal malah 
telah meletakkan semua jawatan dalam 
kerajaan.

Calon PKR pula pernah memfitnah 
Kerajaan Malaysia kononnya meracuni 
suaminya dengan racun Arsenik ketika di 
dalam tahanan. Mendakwa suaminya 
bakal disuntik virus HIV. Yang peliknya 
suaminya hidup sihat segar-bugar sampai 
ke hari ini. 

Calon PKR ini juga membiarkan 
suaminya menipu rakyaat Malaysia pada 
tahun 1998/99 kononnya beliau hampir 
lumpuh, berjalanpun perlu dipapah 
kerana dipukul ketika ditahan dalam kes 
Liwat I tetapi ketika di dalam bilik dihospital 
jauh dari penglihatan umum dan ketika 
berjumpa dengan keluarga, suaminya itu 
boleh berjalan malah berdiri sambil 
bersilang kaki.

Bagaimana pula dengan ancaman 
bunuh, bersembunyi di rumah Duta Turki???

Bagaimana pula dengan jam tangan Omega??? 

Calon PKR ini juga pernah meletak jawatan 
MP Permatang Pauh semata-mata 
untuk memberikan laluan kepada 
suaminya bertanding, suami yang 
moralnya diragui. Malah baru-baru ini 
telah dijatuhkan hukuman kerana 
meliwat pembantunya sendiri.

Lebih ironi PRK ini sebenarnya 
tidak perlu.-bumiyang 

No comments: