Saturday 15 March 2014

KETUA BRIGED KESASTRIA BN CABAR RAJA BOMOH SEDUNIA!!!

KETUA BRIGED KESATRIA BN BERI AMARAN KERAS KEPADA RAJA BOMOH SEDUNIA AGAR JANGAN SESEKALI USIK WALAUPUN SEHELAI RAMBUT KJ!!!!!




Menyampah!!! Meluat!!! Memalukan!!! Itu diantara ayat - ayat yang dilemparkan oleh pengamal media sosial kepada 'Raja Bomoh' yang 
dianggap sewel ni. 

Apa pandangan anda kalau pemuda umno.malaysia kena.penampar dgn Ayahanda  Mahaguru

VS



Pergh!!! akhirnya Ketua Pasukan Kuntau UMNO sudah berbunyi setelah kisah Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP nak tampar KJ macam tampar buaya gara-gara KJ minta pihak berwajib tangkap Raja Bomoh yang buat malu negara satu dunia.

Punyalah Panglima  ini berang sampai tidak izinkan walau sehelai pun rambut KJ diusik dan di sentuh oleh Raja Bomoh Sedunia.

Dia ajak agar Raja Bomoh berdepan dengan dirinya dulu.

Jeng .. jeng .... jenggggggg ... Mari kita lihat ... siapa yang kenaaaaaa.

Diperturunkan kenyataan rasmi Panglima 
Briged Kesatria Muda.



Raja Bomoh Mai Jumpa Saya Dulu!!!!

Info@KesatriaMuda

Saya mewakili Briged Kesatria Muda (BKM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin menyatakan pendirian BKM berdiri teguh dihadapan YB Khairy Jamaluddin yang dicabar oleh Raja Bomoh hendak menampar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan BKM tidak akan benar walau sehelai rambut pun di usik . 

BKM merasakan kenyataan beliau Kebudak-budakan , tidak matang dan hanya hendak meraih publisiti murahan selepas  tindakan  beliau yg memalukan rakyat Malaysia  dalam isu MH370 di KLIA tempohari yang dilihat tidak menghormati perasaan keluarga mangsa malah seluruh rakyat Malaysia.

BKM ingin mencadangkan pada Raja Bomoh untuk mengambil rawatan sakit otak ke hospital psikiatri yang berdekatan dengan kadar segara bagi rawatan sakit otak pihak Raja Bomoh yang BKM sedia bayarkan pemeriksaan beliau.

BKM ingin menyatakan pada pihak beliau, YB Khairy Jamaluddin mewakili ratusan ribu anak muda yang akan berdiri teguh dibelakang beliau dan kami tidak gentar menghadapi mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan martabat Ketua Pemuda kami.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

No comments: