Wednesday, 26 March 2014

Oh Jijah OmEGA!!! Tunaikan Lah Janji-Janjimu!!!


Azizah Dah Lama Berehat Masanya 

Untuk Tunai Janji Di Kajang



Wan Azizah satu ketika dulu menyatakan kepada seluruh negara beliau mahu berehat kerana mahu menumpukan perhatian terhadap rumah tangga.Pada ketika itu Wan Azizah baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim.


Itu dulu dan jika di ambil kira keadaan terkini Wan Azizah sudah pun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi N25 Kajang.Serentak dengan itu maka sudah pasti Wan Azizah tidak lagi berehat dan mungkin waktu rehatnya sudah cukup untuk menjaga hal ehwal rumah tangga dan anak-anak.


Mungkin juga keadaan anak-anak yang kini sudah meningkat dewasa termasuk yang telah berumah tangga menjadikan Wan Azizah punya banyak masa untuk kembali ke kancah politik walaupun kehadirannya di bumi Kajang atas arahan Anwar Ibrahim.


Mungkin juga kerana tidak lagi mahu melihat wanita ini terperuk di rumah menjaga omega milik suaminya maka rakyat Kajang dengan berbesar hati telah memilih untuk mengangkat wanita ini sebagai wakil rakyat mereka.


Tahniah rakyat Kajang kerana undian itu sudah semestinya seikhlas mungkin dan sebagai rakyat Malaysia semua pihak menghormati keputusan yang di buat oleh rakyat Kajang khususnya penyokong-penyokong PKR dan pembangkang.


Kini setelah semua proses selesai maka menjadi tanggungjawab rakyat Kajang yang telah mengundi Wan Azizah pada PRK baru-baru ini untuk memastikan segala janji yang telah di buat oleh beliau di tunaikan.


Terdapar empat teras dalam manifesto yang di umumkan oleh Wan Azizah baru-baru ini iaitu membanteras jenayah, meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalulintas, pembangunan anak muda dan usahawan kecil dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran.


Entahlah apa yang menariknya tentang manifesto ini sehingga menjadi pilihan rakyat Kajang kerana jika di lihat dari segi logik akalnya manifesto tersebut sebenarnya membuka pekung kerajaan negeri Selangor sendiri.


Sejak 2008 yang lalu Selangor berada di bawah pentadbiran kerajaan PKR sehinggalah pada ketika ini dan jika itulah manifesto yang di bawa oleh Wan Azizah ianya bermakna kerajaan negeri selama ini GAGAL menyediakan keempat-empat perkara teras tersebut kepada rakyat Kajang.


Malah manifesto itu sebenarnya tidak langsung menunjukkan keikhlasan kerana semua pihak sedia maklum kerajaan persekutuan melalui agensi dan kementerian terlibat sudah pun dan sentiasa mengerakkan jenteranya dalam usaha untuk membanteras jenayah serta meningkatkan keselamatan melalui PDRM.


Menangani masalah kesesakan lalulintas , Kerajaan Persekutuan masih menjalankan tanggungjawab mereka dengan membawa masuk Projek Laluan 1 Transit Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang yang dijadualkan siap menjelang 2018.


Pembangunan anak muda , usahawan kecil dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran yang sebenarnya telah sedia di uruskan oleh pihak kerajaan persekutuan melalui agensi dan kementerian terlibat.Jika ada pun beberapa perkara yang di lihat boleh di sediakan oleh kerajaan negeri Selangor , mengapa waktu ini ? Kenapa tidak sejak 2008 yang lalu ?


Manifesto yang di lancarkan oleh PKR sempena PRK baru-baru ini tidak ubah sekadar manifesto ciplak yang sebenarnya di buat bagi mengkhayalkan rakyat Kajang.


Rakyat kini mahu melihat janji waktu berkempen di tunaikan sebelum berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.Jangan pula nanti perkara yang sama di ulang seperti mana sebelum ini.




Malah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut mengulangi desakan yang sama supaya Wan Azizah menunaikan janji yang telah di buatnya dalam PRK Kajang baru-baru ini.Baca Sini
 

Sebagai Presiden PKR , Wan Azizah harus ingat bahawa kemenangan di kajang merupakan amanah pengundi 
yang di pertanggungjawab kepada beliau.Namun seperti banyak pihak sedia maklum pemimpin PKR tidak pernah ambil kisah tentang nasib rakyat malah sering kali membiarkan rakyat dengan rungutan mereka kerana yang lebih penting adalah politik kepartian dan memenuhi nafsu untuk menguasai Putrajaya.


Kepada rakyat Kajang , penduduk Permatang Pauh cukup kenal dengan manusia-manusia ini mungkin kali ini giliran anda ! 

~UtaraNews.com


2 comments:

ADMIN said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

janji haprak BN lagi banyak yang tidak ditunaikan.sebab tu kajang kalah kalau org tua kat kampung blh la menipu..