Saturday, 27 February 2016

Umno Akan Terima Padah Dalam PRU ??? RENUNGAN BUAT MUKHRIZ !!!

Mukhriz: Umno akan terima padah dalam PRU..


Umno diramal bakal menerima padah dalam 

pilihan raya umum akan datang susulan 

keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu 

menggantung tugas timbalan presidennya

 Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.



“Adakah tindakan terkini MT itu mampu menarik semula sokongan rakyat terhadap
 parti?

“Saya percaya yang sebaliknya berlaku.

“Umno dan BN bakal menerima padah di PRU14 
nanti,” kata bekas menteri besar 

Kedah itu yang juga menjadi mangsa 
pengguguran sebelum ini.

Dalam kenyataannya, anggota Dewan 

Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam 
berkata beliau amat kecewa dengan 
petang tadi dan menyifatkannya sebagai
 “keputusan menjelikkan”.

“Kononnya juga tindakan Tan Sri itu 

menjejas nama baik Umno, walhal 
umum tahu skandal-skandal melibatkan 
presiden partisebenarnya punca rakyat 
mulai menolak Umno, malah imej negara 
juga tercemar di persada dunia,” katanya
-Wak Labu Farm.


KD:


UMNO adalah sebuah parti yang berstruktur 
yang mana ianya bukanlah harta pusaka mana
-mana individu.Datang dan perginya seseorang pemimpin adalah suatu proses biasa dalam 
mana-mana parti.

Menyatakan parti akan menerima padah 
dek kerana kehilangan seseorang pemimpin 
adalah kenyataan berbaur emosi.Biasanya 
kenyataan sebegini adalah kenyataan yang 
memihak.

Hakikatnya,mana-mana parti akan pinggirkan 
mana-mana pemimpinyang menentang arus,
apatah lagi kalau pemimpin tersebut gunting dalam lipatan, api dalam sekam.

Ianya umpama membuang gengren agartidakmelaratdanmembahaya
kan tubuh.

Membuat sesuatu yang akan melemahkan 
jemaah adalah perbuatantak beretika.
Menghentam jemaah hanyakerana tak 
sebulu dengan kepimpinanyang ada bukanlah 
tindakan terpuji.

Apatah lagi menghentam di khalayak ramai 
dan di hadapan musuh yang mana akan 
mencemarkan imej parti.Pada pandangan 
yang memihak aliasyang satu spesis dengannya memanglah disulami dengan emosi.

Mukhriz sepatutnya muhasabah diri dan
menilai diri sendiri serta juak-juaknya.Kenapa semasa bertindak dahulu tidak fikirkan akibat yang akan mendatang.Adalah lebih keluar parti dan serang dari luar.Itu baharulah nampak gentleman.

Jangan hanya dengar cakap orang yang belum tentu sahih atau benar maka kita menghukum orang.


Rasulullah S.A.W memerintahkan umat Islam ta’at kepada pemerintah “bagaimanapun keadaannya”;


أطيعوا أمراءكم مهما كان ، فإن أمروكم بشيىء مما
جئتكم به
فإنهم يؤجرون وتؤجرون بطاعتهم، فإن أمروكم بشىء مما لم
آتكم به فإنه عليهم وأنتم منه براء۔۔۔۔۔)رواه الطبرانى(



“Ta’atilah para pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya; jika mereka perintah kamu melakukan perkara yang menepati ajaran yang aku bawa, maka mereka di beri pahala, dan kamu juga diberi pahala kerana menta’ati mereka; jika mereka perintah kamu melakukan perkara yang tidak menepati ajaran yang aku bawa, maka dosanya ditanggung oleh mereka, dan kamu terlepas daripada dosa .....




“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]


RENUNGAN BUAT MUKHRIZ.



MENASIHATI PARA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH

Telah sepakat para ulama yang berdiri di atas paksi ahlus sunnah bahawa menasihati dan menegur kesilapan penguasa/pemimpin adalah merupakan perintah dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. 


Namun ia bukanlah dilakukan di khalayak ramai atau umum, tetapi dilakukan secara peribadi iaitu di kalangan mereka yang berilmu. Menegur pemimpin di khalayak umum adalah salah satu contoh sikap yang tidak sopan yang mana adalah menyalahi sunnah, malah merupakan kejahatan hawa nafsu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)
Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:

“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul-Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)

Syara’ tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. 


Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 


Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)". (Musnad Imam Ahmad, 2/376)

Maksud "Pemimpin kamu" ialah "Para pemimpin yang beragama Islam". Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:

“Bukanlah termasuk uslub (metode/kaedah) para ulama generasi awal dalam hal melakukan perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan (kerosakan) dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:

"Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya". (Hadis Riwayat Bukhari)

Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:

Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:

“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis”. (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)
Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berada di atas manhaj yang tulen. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:

“Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)



Berkata Ibn Abil 'Izzii rahimahullah:

"Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan".
Firman Allah Azza wa-Jalla:

"Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu". (an-Nisa 4: 59)

Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka. Ibnu Nahhas berkata:

“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan khalayak ramai. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)

No comments: