KENAPA YE???
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlak
nya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi
kita insan yang mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami
& anak anak;
keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai
salah satu ciri2 8C tu.
[C1] CABAR -
[C1] CABAR -
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka
tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita
perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa
tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah
kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!
Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat
betul-betul isteri juga yang putih mata… :)
[C2] CABUL -
[C2] CABUL -
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga
seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya
bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa
menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & tutur
kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada
mertua…
[C3] CELUPAR -
[C3] CELUPAR -
Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya
celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu
cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada
suami
sehingga membuat suami jauh hati.
[C4] COMOT -
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini
samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya
yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-
tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah
baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot.
Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang
comel-comel aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami,
tapi kat rumah tak praktik pun.
[C5] CEMBURU -
[C5] CEMBURU -
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Memanglah
cemburu itu tandanya sayang.. Tapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan
membawa padah kepada perhubungan mereka.
Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak
dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih
-lebihan… sikit-sikit telefon suami kat tempat kerja.
Suami baru je balik kerja dah disoal macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-
bukan…
[C6] CEREWET -
[C6] CEREWET -
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh
itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak
suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau
suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class
-class aje... Restoran nak ada air-cond aje...
[C7] CINCAI -
[C7] CINCAI -
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah
pun cincai, jaga anak cincai. Suami paling benci bila
isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi
mak dok lepak depan tv lagi…
[C8] CUAI -
[C8] CUAI -
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai
terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya
apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada
masa yang ditetapkan si isteri masih sibuk bersiap,
bersolek, mengemas, itu ini...
Ia akan membuatkan mereka benci kerana situasi
sebegini.
No comments:
Post a Comment