Saturday, 13 February 2016

KEHANGATAN "ANU" LELAKI DAN WANITA BERBEZA !!!


Usia bukanlah faktor utama menyebabkan wanita dingin terhadap pasangan kerana masalah ini juga dialami oleh wanita lebih muda. Faktor psikologi merupakan punca penting untuk menentukan tahap keghairahan seksual seseorang kerana otak ialah organ utama yang mengawal pemikiran tersebut. Usahlah anda gusar kerana anda belum menopaus dan masalah kekeringan vagina yang anda alami bukanlah disebabkan peningkatan usia.
Rasa dingin lebih menguasai diri berbanding pemikiran dan tanggapan bahawa ini ialah tanggungjawab dan faktor yang menghangatkan lagi masalah rumah tangga pasangan itu. 

Satu kesilapan jika ada yang memandang ringan peranan hubungan di ranjang ini kerana ia bukan sekadar merangkumi aspek keseronokan fizikal, sebaliknya ‘kunci’ kemesraan suami isteri yang mempengaruhi hayat perhubungan itu. Tidak hairanlah jika ada yang berkata, dingin di ranjang boleh membawa dingin kepada perhubungan.
Tahukah anda, apa juga punca dan masalah yang mengundang kepada masalah kedinginan seks, sebenarnya banyak dipengaruhi faktor emosi serta tekanan berikutan beban kerja harian.
Hubungan seks bagi seorang lelaki ialah persetubuhan manakala seorang isteri pula beranggapan, sentuhan dan belaian paling penting di dalam perhubungan intim. 

Untuk pengetahuan anda, hubungan seksual terbahagi kepada dua iaitu seksual penetrative yang membabitkan hubungan seks (persetubuhan) dan non-penetrative yang tidak membabitkan hubungan seks tetapi wujudnya sentuhan dan belaian.
Fungsi dan kemahuan seksual bagi seseorang lelaki serta wanita amatlah berbeza. Justeru, penting bagi wanita mempelajari keinginan lelaki dan begitu juga sebaliknya bagi menjamin kejayaan hubungan.
Bagaimanapun, organ paling utama mengawal kehendak seksual ialah otak. Jadi, perubahan emosi, tekanan di tempat kerja serta rumah tangga juga sebenarnya menyumbang kepada kedinginan seks 
dalam kalangan pasangan.
Bagi menangani masalah kedinginan seksual, wanita boleh mengamalkan rutin senaman misalnya aerobik kerana regangan dilakukan dapat memberi kesan positif kepada tubuh badan malah setiap pergerakan senaman itu mempraktikkan pengamalan pengecutan otot faraj. 

Gaya hidup sihat ini boleh menjauhkan wanita daripada penyakit kronik seperti diabetes mellitus, hipertensi, hiperkolesterolemia dan lain-lain penyakit lagi malah dapat membantu mengekalkan stamina di ranjang.
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot di pelvik justeru, cengkaman otot ini menjadi kuat sekali gus dapat memberi kesan orgasma yang amat memuaskan kepada pasangan serta wanita itu sendiri.

No comments: