Saturday, 13 February 2016

JERITAN NYARING HANTU CINA BILA TEMPEKAN KERTAS KUNING DI DAHI BERNILAI KECIL!!!



"Saya akan nasihatkan Najib suapaya membayar balik 'derma' RM2.6 bilion kepada Perbendaharaan sebagai cara menyelesaikan skandal derma RM2.6 bilion itu ketika perbahasan bajet 2016 sekiranya Dewan Rakyat tidak menggantung keahlian saya selama enam bulan .


"Saya percaya cadangan tersebut akan mendapat sokongan bukan sahaja daripada rakyat Malaysia, tetapi majoriti daripada tiga juta ahli Umno.


"Adakah mana-mana ahli parlimen BN atau Umno berani membuat sebarang cadangan kepada Najib pada perbahasan Parlimen mengenai Bajet 2016," soal Lim Kit Siang


https://www.malaysiakini.com/news/317141



Kenapa perlu bayar balik kepada Perbendaharaan? Duit derma itu bukan duit Perbendaharaan negara.Itu duit derma daripada seseorang.



Mengapa pembangkang terutama DAP membesar-besarkan isu wang derma 2.6 billion? Tukang-tukang maki dan fitnah tumpang sekaki mereka cipta cerita yang memanaskan hati orang-orang yang pendek akalnya.



Kekuatan sesebuah parti bukan sahaja kepada kekuatan, perpaduan, kerjasama dan semangat perjuangan. Jika tidak dikembari dengan dana kewangan untuk membiayai segala aktiviti sudah tentu pergerakan sesebuah parti kurang bermaya. Tiada sebuah parti pun yang tidak menggunakan sebarang dana untuk bergiat dan melaksanakan program serta aktiviti partinya. Presiden Obama pun memerlukan dana untuk kempennya.



Ada sesiapa yang boleh buktikan bahawa parti anutan mereka tidak perlukan dana untuk gerakkan sebarang program dan aktiviti partinya?



Sebagai contoh, siapa yang membiayai kos mencetak poster, bendera, t-shirt, risalah, buku-buku, manifesto, banner dan lain-lain. Ada yang membiayai melalui kautan-kautan derma tin milo setiap malam. Ada yang membiayai melalui komisen-komisyen dari projek-projek mega janji. Ada yang terima dana-dana dari sumber yang disembunyikan.



Kenapa perlu disembunyikan? Adakah kerana ada penyelewengan? Adakah untuk kegunaan sendiri? Perlukah diceritakan segala-galanya A hingga Z kepada ahli dan umum?



Mengapa ahli parti lain mempertikai sumber dana parti yang lain? Mengapa mereka tidak bertanya tentang kewangan atau dana parti mereka dari sumber apa dan dari siapa? Mengapa mereka tidak meminta kepimpinan parti mereka mengisytiharkan jumlah dan sumbernya sama ada yang yang tersurat dan tersirat.



Derma yang diberikan oleh keluarga jutawan arab kepada DS Najib ternyata menggusarkan pihak pembangkang. Dengan dana yang sebesar 2.6 billion ternyata boleh menutup peluang mereka untuk menawan Putrajaya. 



Walaupun UMNO sebuah parti terbesar dan telah mendominasi kekuatan di dalam Barisan Nasional dan memiliki dana yang besar sudah tentu menjadi kesukaran untuk pihak pembangkang menumbangkannya. 


Dengan dana sebesar itu UMNO akan tetap gagah dan mampu membiayai jentera-jentera parti disetiap bahagian dan cawangan. Keadaan ini sangat menggusarkan pembangkang.


Mengapa jutawan arab sanggup menderma sehingga 2.6 billion? Tanya diri kita sendiri mengapa kita memberi derma dalam tabung-tabung bergerak setiap hari Jumaat atau kepada tabung-tabung membina masjid? Ataupun tanya kepada USA mengapa memberi sumbangan dan bantuan kepada Israel yang berbillion-bilion. Bukankah dengan tujuan untuk menguatkan Israel supaya dapat melawan musuhnya.



Dengan membesar-besarkan isu derma 2.6 billion musuh-musuh UMNO berharap UMNO akan menjadi kucar-kacir, berbalah sesama ahli baik ahli di akar umbi atau pemimpin di cawangan, bahagian atau pusat. 


Dengan berlakunya kekecohan dan kucar-kacir ini akan melemahkan UMNO seperti ahli-ahli hilang keyakinan sehingga sanggup mendesak presiden meletakkan jawatan atau lebih dahsyat lagi pembangkang sangat berharap ahli2 UMNO berpaling tadah dengan tidak mengundi BN dalam PRU, PRN atau PRK.

Ahli-ahli yang bijak dan tiada kepentingan diri tentu tidak mudah terpengaruh dan mampu berfikir dengan waras. Bukankah ahli-ahli juga yang bising-bising setiap kali PRU, PRN atau PRK ..... tak ada duit macam mana nak buat kerja? ..... tak ada duit macam mana nak beli peralatan? ..... 



Tak ada duit minyak macam mana nak angkut pengundi ke pusat mengundi? ..... baju tak ada ke? ..... topi tak ada ke? ...... payung, kipas, kanopi tak ada ke? ..... macam mana nak bukak bilik gerakan kalau tak ada peruntukan? ..... yang buat kerja pasang bendera, gantung poster tak kan tak ada duit minum dan rokok? Kalau tak diberi dan disediakan mereka akan mogok menyebabkan jentera tidak berfungsi. Duit untuk semua tu datang dari mana?


UMNO mempunyai lebih kurang 21,245 cawangan. Kalau UMNO beri setiap cawangan RM1,000.00 untuk buka bilik gerakan kosnya sudah mencecah RM21.2 juta. Ini tidak termasuk lagi peruntukan kepada Pergerakan Wanita UMNO 19,871 cawangan, Pemuda UMNO sebanyak 15,111 cawangan manakala Puteri UMNO sebanyak 10,048 cawangan. 


Belum kira lagi kos mencetak poster, bendera, banner, topi, payung, duit minyak kereta dan motosikal untuk petugas dan jentera dan lain-lain. Itu belum kira yang ambil kesempatan mohon itu ini seperti mohon kanopi, kerusi, jersey, bola, pinggan mangkuk, dan lain-lain. Kalau tak beri ugut tak akan undi BN.


Perlukah kita bertanya apa yang ahli minta itu ini sumbernya dari mana? Tanggungjawab ahlikah untuk mencari dana tersebut? Terfikirkah kita bagaimana pemimpin-pemimpin parti mendapatkan dana demi untuk jentera dan ahli di akar umbi? 


Kenapa jentera dan ahli asyik mempersoalkan urusan pemimpin sedangkan tugas dan jawatan yang disandang di akar umbi tidak dilaksanakan sepenuhnya? Sudahkah usaha-usaha dijalankan untuk mendaftarkan 1.8 juta orang Melayu yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pengundi? 


Dari tahun 2013 hingga 2014 UMNO hanya berjaya mendaftarkan pengundi baru berjumla 5,939 orang atau 26.57% sedangkan DAP berjaya mendaftarkan seramai 9,309 orang atau 41.65%.


Sudah-sudah lah mempertikai kerja-kerja yang dilakukan pemimpin kita. Ada yang perlu dirahsiakan dan ada yang boleh dihebahkan kepada ahli dan umum seperti juga dalam hal-hal rumahtangga kita, yang dalam kain tak kan nak diceritakan kepada orang lain.



Buatlah kerja yang diamanahkan kepada kita. Biarlah pemimpin buat kerja mereka. Bersatu Bersetia Berkhidmat untuk parti.

No comments: