Tuesday, 23 February 2016

MUHYIDDIN WAJAR DIGANTUNG!!! DURI DALAM DAGING PERLU DIBUANG!!!


Muhyiddin Yassin wajar digantung pada mesyuarat MT akan datang jika berterusan menyerang Najib Razak.


Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya tutup mulut daripada mengkritik Perdana Menteri atau berdepan digantung jawatan dalam parti.


Memetik laporan Malay Mail Online, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi peluang terakhir kepada Muhyiddin untuk berhenti mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak.

Amaran terakhir perlu diberi kepada Muhyiddin. Umno  tidak boleh lagi menerima sikapnya yang tidak beretika dalam parti.

Jika beliau tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dan berterusan menyerang Presiden parti, perlu diusulkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang supaya menggantung jawatannya sebagai Timbalan Presiden.

Sebagai pemimpin nombor dua, tugas Muhyiddin adalah membantu Presiden menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Muhyiddin, yang digugurkan daripada Kabinet Julai lalu berhentilah menyifatkan dirinya sebagai ‘pemimpin yang diutuskan tuhan’ untuk menyelamatkan Malaysia.

Sikap angkuh Muhyiddin menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak disukai dalam parti.

Jangan terlalu yakin berasakan diri dah kuat. Delegasi UMNO yang mengundinya dalam pemilihan lalu tidak ambil peduli pun apabila dia digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kebenarannya ialah Muhyiddin tidak berfungsi sebagai Timbalan Presiden seperti yang diharapkan.

Sepatutnya Muhyiddin belajar daripada sejarah Tun Razak yang sabar melayan kerenah Tunku Rahman dengan memberikan kesetiaan dan kerjasama yang padu selama 13 tahun menjadi timbalannya.

Belajar juga bagaimana setianya Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir kepada bosnya.

Sabtu lalu, Muhyiddin memberi amaran kepada Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan MT agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap dirinya jika tiada bukti beliau melanggar peraturan dan Perlembagaan parti.

Mengutuk dan menghentam Presiden parti bukan suatu kesalahan ke? Lebih lebih lagi setelah Peguam Negara telah melepaskan Presiden Parti dari segala pertuduhan.

5 comments:

Anonymous said...


ADMIN DAN ANON
" Sebagai pemimpin nombor dua, tugas Muhyiddin adalah membantu Presiden menjalankan tugas dan tanggungjawab ".

TAMBAHAN : Sebagai Pemimpin No 2 yang dipilih oleh Rakyat bawahan , Muhyiddin juga bertanggung jawab menegur sebarang Salah Laku pemimpin no 1, supaya tidak terjebak dilorong Kemunafikan... Lebih2 lagi Pemimpin No 1 dikelilingi orang2 yang cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan beliau... Rakyat semakin bijak menilai kebobrokan pemimpin ini... Contohi Kepimpinan Khalifah Umar Alkhattab yang sentiasa menerima teguran dan mengutamakan Kepimpinan secara Islam.

Anonymous said...

isu nya sekarang berkaitan etika parti,bukan soal tegur menegur.kalau nak tegur pemimpin bukan di khalayak ramai.nabi dah pesan kalau nak tegur pemimpin tarik tangannya bawak jauh sedikit dari pada orang ramai.kemudian tegurlah.kalau dia terima teguran alhamdulillah.kalu dia tak nak dengar teguran tersebut maka tugas menegur itu sudah dilaksanakan. ini buat perjumpaan kutuk pemimpin sendiri dikhalayak ramai lebih2 lagi yang meramaikan majlis itu adalah pihak musuh.mana2 parti yang mendapati ada ahlinya buat perangai macam muhyiddin ni pasti akan kena tindakan tatatertib.lebih bagus muhyiddin dan mahathir keluar parti.jadi wajarlah mereka menegur najib sampai meleleh air liur pun tak apa.

Anonymous said...

Isu Utamanya sekarang... Kalau diluar Parti... Mantan Pemimpin akan DI BENAM jauh kedasar ... . Berbagai Isu dimainkan oleh media bagi memburukkan mantan peminpin.. So perjuangan didalam PARTI adalah lebih munasabah berbanding diluar ... lebih2 lagi Isu yang melibatkan hak rakyat dan keselamatan negara ... teguran dan perjumpaan secara tertutup telah dibuat tapi x berubah,,, MAKA TERPAKSALAH ditegur secara terbuka... CUBA melihat ISU yang dibangkitkan secara jelas... Kami Rakyat bawahan perlukan pemimpin yg telus dan tidak berbohong dengan PENERANGAN dan maklumaT yang sering berubah2...Tolonglah jauhi kemunafikan ini... TDM dan Muhyidin Hanya penyampai hasrat rakyat... Andainya mereka mati.... Rakyat juga akan terus bersuara mungkin dengan cara lain .... MAKA FIKIR2KAN LAAAHHH.

Anonymous said...

itu cakap pentaksub TDM dan TSMY!kalau cakap muhyiddin tak di dengar kenapa masih nak duduk dalam parti? tak ke pandir namanya.tengok nuar brahim,lagi bijak drp dua kuda tua ni.dia keluar buat parti baru.lagi hebat dan berani. ini keluar tak mahu kerana masih tak yakin dengan diri sendiri atau masih berharap nak berkuasa melalui parti umno.tegur cara tertutup tak nak dengar,tegur cara terang masih tak dengar.apa tunggu lagi? keluarlah cari rumah baru lah.kalau teruskan cara begini tunggu ajelah kena tendang keluar.kau orang yang sokong kuda2 tua in boleh join sekali.apa takut? kan rakyat ramai bersama kau orang?

Anonymous said...

Kepada Pentaksub Najiib ... teruskan kesetiaan anda... gunakan tempoh dua tahun ini untuk daptkan habuan....InsyaAllah kebenaran akan mengatasi kemunafikan..