Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus mendesak Datuk
Seri Najib Razak meletak jawatan kerana masalah yang
dihadapi masih mengenai pentadbiran perdana menteri
itu. – Gambar fail The Malaysian Insider
Saya tak akan putus asa usaha singkir Najib,
kata Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disiasat
kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak
dan pentadbirannya, berkata beliau tidak
akan putus asa dalam usahanya
menyingkirkan perdana menteri.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat
itu berkata, beliau percaya dalam melakukan
sesuatu yang berbaloi.
"Saya sentiasa percaya, apabila kita gagal, kita
bangun, dan cuba lagi dan lagi. Ia sama ada apa
yang kita buat itu berbaloi atau tidak," katanya
kepada pemberita pada satu majlis Proton di
Shah Alam hari ini.
Dr Mahathir berkata, masalah yang dihadapi
masih mengenai pentadbiran Najib, oleh itu
beliau akan terus mendesak perdana menteri
itu meletak jawatan.
"Saya masih menekankan keperluan untuk
Najib berundur. Semuanya kembali kepadanya
(Najib)," katanya ketika ditanya apa yang akan
dilakukan seterusnya.
Dr Mahathir lantang mengkritik Najib dan pentadbirannya yang dicemari dan diuji
skandal kewangan, iaitu firma pelaburan
negara sarat hutang 1Malaysia Development
Berhad, "derma" RM2.6 bilion yang dideposit
kan ke dalam akaun peribadinya, ekonomi
yang perlahan dan ringgit yang makin lemah.
Beliau turut menyeru Najib meletak jawatan,
malah menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada
Ogos lepas, di mana beliau mendakwa beberapa pemimpin Umno korup dan tidak membantah
langsung pentadbiran Najib yang terlibat dengan kontroversi.
Tulisan di blog beliau baru-baru ini, yang
membidas keputusan Peguam Negara Tan Sri
Mohamed Apandi Ali tidak mengambil tindakan
terhadap perdana menteri dan mengatakan
pendakwa utama negara itu tiada kredibiliti,
kerana kesalahan jenayah fitnah.
Dr Mahathir berkata, undang-undang di negara
ini tidak dilaksanakan dengan sewajarnya dan
bertanya jika pentadbiran negara adalah sebahagian
daripada demokrasi apabila orang yang bercakap
dan mengkritik akan ditimpa masalah.
"Undang-undang sedia ada tidak dilaksanakan
dengan betul. Undang-undang baru kemudiannya
digubal untuk tujuan lain dan orang ditangkap dan
dibicara.
"Saya tahu, ketika zaman saya, kita ada ISA (Akta
Keselamatan Dalam Negeri) tetapi saya tidak
menggunakannya untuk mengganggu orang,
mereka yang mengkritik saya.
"Kecuali apabila mereka melakukan sesuatu
kepada negara," katanya.
"Kalau anda kritik kerajaan sekarang, anda akan
ditahan, disoal dan dibicarakan. Kalau ada tidak
boleh mengkritik, mana demokrasinya?
"Undang-undang berbeza digunapakai, bergantung
kepada siapa anda. Jadi, seseorang perlu katakan
sesuatu. Saya perlu mengatakannya kerana saya
mahu negara mempunyai reputasi yang baik."
Dr Mahathir berkata, reputasi Malaysia kini busuk
dan ia sesuatu yang memalukan apabila orang
bertanya apa yang berlaku kepada negara ini.
"Orang bertanya kepada saya apa yang berlaku
kepada negara anda? Ia memalukan. Semuanya
kerana kepimpinan seorang individu."
-themalaysianinsider
MENGKRITIK BOLEH TAPI FITNAH DAN MEREKA
-REKA CERITA ADALAH JAUH TIDAK BERMORAL
DAN TIDAK BERAGAMA.
5 comments:
Salam. Seburuk buruk Mahathir , beliau telah mengharumkan nama Malaysia dan agama Islam tetapi adakah pemakan dedak dan penjilat Najib juga telah melakukan perkara seumpamanya?
Menanti 2018.
Setakat ambik sikit tak apa..ni pi samun macam harta mak bapak dia punyaa, lepas tu bunuh orang, buat undang2 untuk kepentingan diri macam firaun...haaa panggil dia pampusss
Bila dah tercekek dedak beginilah bunyinya.. Tak pernah Tun M membuat deklarasi bahawa beliau manusia plaing sempurna. Yang ditegurnya adalah kemungkaran yang dilakukan dengan pemimpin semasa konon kononnya untuk agama, bangsa dan negara.
Memang Kutukan Dewata mengangap dia dewata dan layak menegur manusia yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Kutuklah dan engakau akan dikutuk sebagai pandai mengutuk untuk dapat bekalan dedak sahaja. Tak asama taraf denagn orang yang dikutuknya.
anon 12.47 pun serupa dengan dewa pujaannya menuduh orang membunuh tanpa bukti kukuh di mahkamah.inilah contoh fitnah manusia berhati setan.mengharumkan islam konon.yang menghina islam selama ini siapa? siapa yang kata kalau jalan hudud ramai yang kudung jari.siapa kata nabi panjang janggut sebab tak ada pisau cukur masa tu?siapa kata hudud tiada dalam alquran?dia balun 6 bilion duit petronas untuk selamatkan anaknya sikit kau orang kata.dia guna duit kwsp untuk ytl dan ananda risna untuk menara berkembar berbilion2 rm tu sikit kau orang kata.siapa penyamun besar yang sebenarnya.asal nama aje umno dah tentu perangai macam penyamun sentiasa balun duit negara?kami orang pas dah masak perangai umno.nak tahu apa itu maksud umno? U= untuk M= masuk N= neraka O= Ok.
Post a Comment