Monday, 22 February 2016

DIA YANG BINA DIA JUGA YANG RUNTUHKAN !!!


Tun Musa Hitam berkata Tun Dr Mahathir tidak membina pemimpin untuk jayakan Wawasan 2020 tetapi hanya membina penyokong setia kepadanya. Dalam lain kata, Mahathir hanya bina tentera pentaksub.

Pentaksub ini terima bulat-bulat pembohongan, penipuan dan putarbelitnya hingga tiada kebolehan rasional untuk membezakan fakta dan mitos.

Mereka boleh ditipu bulat-bulat oleh idola mereka untuk percaya RM42 billion lesap dari 1MDB dan setelah seluruh rasionalisasi dilakukan mereka masih tidak menyedari Mahathir telah tipu mereka.

Ramai masih tidak sedar fakta sebenar telah disembunyikan dari mereka dalam isu jambatan bengkok yang ditulis LSS SINI. Mahathir sensasikan kapalterbang SAS masuk ruang udara kita tetapi saja tidak beritahu tentang perjanjian ketenteraan 5 negara yang benarkan RMAF masuk ruang udara Singapura.

Yang bina usahawan korporat seperti Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Wan Azmi, Tan Sri Rashid Hussein, dan banyak lagi adalah Mahathir. 

Akhirnya dia juga yang jahanamkan hasil kerjanya. Yang tinggal untuk perjuangkan ekonomi Melayu hanya Syed Mokhtar dan anak-anaknya yang keupayaan terhad.

Dia juga mahu bina negara menjadi maju, dan majukan Melayu tetapi kini dia juga yang jahanamkan agama, bangsa dan negara.SnapShot.

4 comments:

Anonymous said...

Botoi tu. Sokong Musa Hitam.

Anonymous said...

Betoi beoi idup musa.......

Anonymous said...

Sudah le Musa...
Aku dulu respect ko..tapi bila ko mengaku ketika berucap di University of Hartford selepas berhenti jadi TPM, disebabkan kesempitan wang ko pi rujuk balik kat Tun. Tun pon maafkan ko dan ambil balik jadi wakil Msia dan tinggal di New York.

Murahnya princip ko. Rupanya duit yg ubah prinsip ko.

So aku cukup yakin... duit juga yang ubah prinsip ko sekarang. Dan cakap ko pon mungkin beralaskan duit.

Pooorah...

Anonymous said...

huh.hebat betul mangkuk hayun ni.dia boleh tahu nat musa.dia boleh tahu musa buat semua ni sebab duit.boeh jadi dewa hindu dia ni.