Wednesday 3 February 2016

DI PERU PELACUR BERTANDING CALON PILIHAN RAYA! DI MALAYSIA PELACUR POLITIK JADI CALON!!!





Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.


Pekerja seks selama 30 tahun itu mengambil keputusan bertanding kerana ingin meningkatkan pendidikan kaum wanita dan mahu menghapuskan penyeludupan manusia, lapor Peru This Week.

Angela yang berkempen untuk menghapuskan keganasan terhadap wanita dan gadis merupakan calon baru parti kongress iaitu parti Frente Amplio.

"Kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana kewangan, kami tidak mempunyai akses kepada mana-mana insurans, kami terdedah kepada jenayah dan kumpulan samseng.

"Perkara ini meletakkan kami dalam keadaan yang terlalu lemah," kata Anggela.


Dalam sebuah video Al Jazeera pula, Angela memberitahu:


'Bagi saya perempuan murahan adalah sinonim kepada kebebasan.

"Kami (pekerja seks) berkata demikian kerana
kongres merupakan rumah pelacuran pertama.

“Ia merupakan rumah pelacuran di mana kesedaran, kepercayaan, etika dan prinsip-prinsip adalah untuk dijual," katanya lagi.

No comments: