Thursday, 25 February 2016

DOSA DISEBALIK TUDUNG!!!

HATI HATI WANITA!!!

 Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedar.

Memakai tudung bukanlah sesuatu yang baru bagi muslimah 
wanita islam,namun seiring dengan perkembangan zaman dan 
teknologi bukan sedikit wanita muslimah yang memakai 
tudung hanya untuk kelihatan cantik.

Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa 
api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadist 
yang sahih tentang Aurat wanita,mereka wanita mengena
kan tudung hanya sekadar trend masa kini agar terlihat 
islamik.

Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya 
sekarang? Dan apa hukumnya?

Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan 

mahram, dua perkara mesti ada.

~Pertama, kalau wanita menutup aurat, hendaklah menutup 
dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat
-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan 
jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.

Contohnya baju kebaya yang mempunyai kain yang nipis 
sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan 
tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah 
fitnah.

Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan 
bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu 
Alaihi Wassalam berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh 
Allah Subhanahu wa Taala di akhirat nanti kerana merosakkan 
akhlak orang ramai.

~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk 
tubuh, melainkan illa mazaharo minha (tidak dapat ditutup). Maka 
janganlah pakai seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. 
Hukumnya HARAM dan berDOSA. 

Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak 
mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.Dan bila ia jatuh 
atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti mazaharo 
minha, ia dimaafkan pada syara. 


Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? 
Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya 
ialah HARAM.

Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan 
terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Taala. Banyakkan 
beristighfar Astaghfirullahalazim kerana Allah Maha 
Pengampun.


Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju 

itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. 
Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah 
besar dan baju itu labuh daripada punggung.

Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya 
haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA 
AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian punggung 
ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.

Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang  
bermaksud: 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan 
yang beriman supaya menyekat pandangan 
mereka (daripada memandang yang haram), 
dan memelihara kehormatan mereka; dan 
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan 
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; 

dan hendaklah mereka menutup belahan 
leher bajunya dengan tudung kepala mereka; 
dan janganlah mereka memperlihatkan 
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada 
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa 
mertua mereka atau anak-anak mereka, atau 
anak -anak tiri mereka, atau saudara- saudara 
mereka, atau anak bagi saudara-saudara 
mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara
-saudara mereka yang perempuan, atau 
perempuan- perempuan Islam, atau hamba
-hamba mereka, atau orang gaji dari orang
- orang lelaki yang telah tua dan tidak 
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak
-kanak yang belum mengerti lagi tentang 
aurat perempuan; dan janganlah mereka 
menghentakkan kaki untuk diketahui orang 
akan apa yang tersembunyi dari perhiasan 
mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian 
kepada Allah, wahai orang -orang yang 
beriman, supaya kamu berjaya. 
[An-Nur:Ayat 31]

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam kepada 
Asma binti Abu Bakar, 
"Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila 
telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampak
kan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan 
wajah dan telapak tangannya".
[HR Abu Dawud].

No comments: