Perahu galah,pengangkutan utama Pembesar Tembeling.
Rumah di atas perahu menampakkan keunikan kenderaan ini.Sekurang-kurangnya 8 orang diperlukan untuk menggerakkan perahu ini menggunakan galah.
Oleh kerana itulah perahu galah ini melahirkan begitu ramai pahlawan yang gagah dan berstamina berasaskan aktiviti menggalah perahu yang besar dan berat ini.Buktinya betapa ramai pahlawan Tembeling menyertai perang saudara di Selangor bersama Datuk Bahaman dan Tok gajah.

Dalam sejarah negeri Pahang, banyak babak-babak peristiwa penting berlaku di Sungai Tembeling, sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka yang diperintah oleh Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) hiiggalah kepada peristiwa-peristiwa perjuangan Mat Kilau, Tok Bahaman dan Tok Gajah menentang penjajahan Inggeris.
Pada hari ini Sungai Tembeling amat penting bagi penduduk kawasan sekitar dan juga bagi aktiviti pelancungan di Taman Negara. Oleh sebab tiadanya jalan raya suatu ketika dahulu di kawasan Hulu Tembeling, maka sungai ini merupakan punca tunggal untuk pengangkutan manusia dan barangan dari Kuala Tembeling.

Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai. Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang.



Pasir Tambang tempat yang pernah melakar sejarah Kesultanan Pahang.Di sinilah Bendahara Wan Ahmad di daulatkan oleh Pembesar Tembeling dan Pembesar Maharaja Perba Jelai.




Pada zaman dahulu di Negeri Pahang Darul Makmur sungai-sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kuantan, Sungai Bebar, Sungai Rompin, Sungai Endau, Sungai Tembeling,Sungai Jelai, Sungai Semantan dan cawangan-cawangan sungai itu serta beberapa buah sungai kecil yang lain telah digunakan sebagai jalan perhubungan. Begitu juga perhubungan antara Negeri Pahang Darul Makmur dan negeri-negeri lain di sekitarnya. Orang yang hendak pergi ke Kelantan ikut Sungai Tanum anak Sungai Jelai atau ikutSungai Sat dan Sungai Sepia, kedua-duanya anak Sungai Tembeling.
Sungai Sepia itu boleh juga digunakan jika hendak pergi ke Negeri Terengganu. Perhubungan dengan Negeri Perak dihubungi oleh jalan-jalan yang lebih sukar iaitu ikut Sungai Bertam dan Sungai Lipis. Kedua-duanya adalah anak Sungai Jelai. Perhubungan dengan Negeri Selangor pula melalui Sungai Semantan dan cawangannya.
Jalan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu ialah jalan yang menghubungkan Negeri Pahang Darul Makmur dengan daerah-daerah di Hulu Muar dan Negeri Melaka. Jalan ini dari Negeri Pahang Darul Makmur ikut (mudik) Sungai Pahang; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar.
Dari Muar bolehlah pergi ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia. Jalan inilah yang telah diikuti oleh Sultan Mahmud Shah Melaka dan putera baginda Sultan Ahmad setelah ia dikalahkan oleh orang-orang Portugis di Pagoh dan Bentayan (Kuala Muar) pada akhir tahun 1511. Jalan ini juga yang digunakan oleh Sultan Ali (putera Sultan Husain Shah Singapura) dari Kampung Umbai, Melaka yang pergi berjumpa Bendahara Wan Ahmad di Pahang (Pekan) pada tahun 1863.
Manuel Godinho de Erédia, seorang pengarang dan pegawai Portugis di Melaka (tahun 1613) menyatakan: "Dari Melaka jalan menempuh Penarikan itu boleh sampai ke Pahang(dan sebaliknya), hanya enam hari perjalanan".










Kerbau di sungai tembeling adalah kerbau yang terbersih di dunia.Kerbau ini tidak pernah terpalit lumpur.



















No comments:
Post a Comment