Wednesday, 17 February 2016

PEMBALAKAN DI LATAR BESEN SEBENARNYA KEPENTINGAN SIAPA?


Penduduk Kg Baharu Jerantut dilaporkan membantah pembalakan di kawasan yang didakwa 'kawasan tadahan air Lata Besen' sejak beberapa minggu lalu. Hakikatnya Lata Besen tidak pernah diwartakan sebagai kawasan tadahan air masyarakat dan tidak juga sebagai hutan simpan.

Dikawasan dimana didakwa sumber air diambil bagi kolam-kolam ikan hanya terdapat 3 batang 'poli paip', bagaimana ada pihak mendakwa air berkenaan jadi sumber bagi kolam ternakan ikan sebanyak 30 buah kolam? Benarkan ada 30 buah kolam yang beroperasi di Kg. Baharu?

Selain itu, gambar dan video yang diambil bagi menunjukkan bahawa sebuah jalan balak dibena terlalu hampir dengan sungai adalah tidak benar sama sekali. 

(Foto dibawah) Sebenarnya itu adalah jalan yang dibina bagi menyeberangi sebuah anak sungai untuk menghubungi laluan utama ke kawasan kebun sawit tanah milik atas permintaan pemilik tanah tersebut.

Kita menyanjung tinggi usaha murni Ketua Belia Kg Baharu yang menjadi orang penting dalam isu menentang pembalakan dikawasan berkenaan atas usaha beliau menempah 'banner' dan sepanduk-sepanduk dengan pembiayaannya sendiri hasil dari menabung sejak kecil lagi.

Sudah pasti tidak mungkin seseorang yang sedang merayu dan mengumpul dana untuk membayar kos guamanannya kerana kes yang sedang dibicarakan dimahkamah masih ada duit untuk 'sponsor' banner dan sepanduk-sepanduk tersebut.

Bukan sedikit mereka melakukan perkara yang betul dengan alasan salah, sebagaimana orang yang melakukan perkara salah dengan alasan yang betul, cuma harapnya kita bukanlah dalam kalangan mereka itu-Pahang3.

 Laluan ke ladang sawit yang didakwa kononnya 
sebahagian dari aktiviti pembalakan


 
Apakah hanya 3 batang paip bagi membekalkan kepada 30 buah kolam? 
Kahkahkahkah ... siapa nak jawab?

No comments: