Friday, 12 February 2016
TEMPIAS EKONOMI STADIUM TUN ABDUL RAZAK JENGKA MELIMPAH KE JERANTUT!!!
SURAT TERBUKA BUAT WARGA JERANTUT
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kesan penggunaan Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kepada Bandar Jerantut.
Sebagaimana kita semua maklum bahawa Stadium Tun Abdul Razak di Bandar Jengka telah digunakan dan kita juga mendapat perkhabaran bahawa stadium tersebut bakal menjadi stadium rasmi bagi pasukan Felda United walaupun dalam laman web Felda United masih lagi menamakan Stadium Selayang sebagai stadium rasmi pasukan.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini, andai kata stadium di Jengka menjadi stadium rasmi Felda United dan seterusnya bakal menjadi venue perlawanan Liga Super dan Piala FA. Maka akan berlakulah tempias ekonomi dan melonjakkan pasaran hartanah di kawasan Jengka, Jerantut, Temerloh, Maran dan rancangan2 Felda di 3 buah daerah ini.
Setelah saya membuat sedikit research, maka saya mendapati bahawa daerah Jerantut merupakan Bandar yang terhampir iaitu 30 km dari Jengka. Kemungkinan besar bahawa Jerantut akan menjadi tumpuan pasukan pelawat berdasarkan kepada beberapa faktor :
1. Jarak. Jerantut merupakan Bandar terhampir iaitu 30 km. Manakala Temerloh sejauh 55 km dan Maran 48 km.
2. Fasiliti Sukan. Jerantut merupakan satu2nya daerah yang mempunyaI padang rumput sintetik sama seperti Stadium Tun Abdul Razak. Juga mempunyai banyak lagi padang2 untuk pasukan pelawat membuat latihan pemanas badan.
3. Kemudahan penginapan. Banyak terdapat hotel dan homestay di daerah Jerantut walaupun jumlah yang sedia ada tak dapat menampung kapasiti pelawat.
Mengapa saya katakan bahawa jumlah fasiliti penginapan tak dapat menampung jumlah kehadiran penyokong? Stadium Tun Abdul Razak dapat menampung antara 45,000 hingga 50,000 penonton. Pasukan pelawat diberi kuota antara 15,000 hingga 20,000 penyokong. Kalau penyokong Pahang, memang boleh balik terus. Kalau penyokong Perak? Sarawak? Kedah? Terengganu? JDT????
Cukup ke hotel dan homestay di Jerantut?
Saya bagi pihak Hotel DarulMakmur, sejak tahun lepas telah menghubungi pegawai2 Persatuan Bolasepak setiap negeri menawarkan penginapan untuk keseluruhan pasukan dan pegawai2 sahaja. Kami tak mampu untuk menawarkan kepada penyokong2 yang bakal hadir.
Perlu diingat bahawa setiap pasukan yang bertanding pasti mempunyai pasukan Ultras yang wajib hadir ke mana2 venue pasukan mereka bermain. Jumlah mereka adalah sekurang-kurangnya seramai 2 ribu orang. Ada pasukan yang mempunyai ultras yang lebih ramai. Termasuk ultraman.
Jadi,
Sebagai warga Jerantut yang bakal menyambut kehadiran tetamu-tetamu dari luar, suka saya mengingatkan diri saya dan warga Jerantut khususnya :
KEPADA PARA PENYOKONG.
Hormatilah tetamu kita. Jauhkanlah diri dari melakukan provokasi kepada pasukan lawan sama di padang latihan ataupun di mana2 tempat penginapan mereka. Meskipun mereka adalah musuh tradisi pasukan Pahang. Bolasepak hanyalah sukan. Habis musim maka habislah sokongan. Tapi semangat persaudaraan yang kita bawa akan berkekalan selamanya. Kehadiran mereka membawa rahmat kepada kita sebenarnya.
KEPADA PARA PENIAGA.
Berniagalah dengan jujur. Tak perlu menaikkan harga makanan dan minuman melampau-lampau. Buat macam biasa saja. Mungkin kena tambah jumlah makanan sahaja. Kita nak berniaga lama, bukan setahun je. Selagi Stadium Tun Abdul Razak Jengka masih kukuh berdiri, selagi itulah limpahan rezeki akan mengalir ke daerah kita. Liga Super dan Piala FA ni bukan semusim je. Setiap tahun ada. Mungkin legasi perniagaan kita akan disambung oleh anak cucu kita nanti.
KEPADA PARA PENDUDUK
Sama2 kita jaga tatasusila kita. Kebersihan Bandar kita dan Taman Perumahan kita adalah tanggungjawab kita bersama. Ianya bukanlah tugas MDJ dan Alam Flora sahaja. Malu kita jika orang luar datang ke bandar yang penuh dengan sampah. Penduduknya suka membuang sampah merata2. Mungkin kita tak mampu menjadi seperti orang Jepun atau Korea yang menjaga bandaraya mereka, tapi kita mampu untuk berubah.
Itu saja saya nak bagitau. Mungkin ada fakta saya yang terpesong jauh atau kesilapan kajian, mohon diperbetulkan dan maaf atas kesilapan tersebut. Mungkin juga segala yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan kerana tempias dari penggunaan stadium tersebut tidak sampai ke sini. Berpeganglah pada kata2 'Kalau rezeki, tak ke mana.'
Sekian, terima kasih.
Mansor FX
Hotel DarulMakmur
Jerantut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment