Tuesday, 23 February 2016

MELAYU MEMANG BODOH,BAHALOL DAN BANGANG???




Benarkah orang Melayu yang menyokong Barisan Nasional (BN) bodoh, bangang dan bahalol?

Seorang pemimpin Melayu pembangkang dalam ucapannya di hadapan pemimpin dan penyokong pembangkang bukan Melayu mengatakan orang Melayu yang menyokong BN adalah bodoh, bangang dan bahalol.

Berapa ramaikah orang Melayu yang menyokong BN adalah bodoh, bangang dan bahalol?

Pemimpin tersebut mengamuk sehingga melemparkan microfon dalam satu program di luar 'Resort Sungai Buloh' kerana kehadiran beribu-ribu orang yang diharapkan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang hadir.

Bukan kerana penyokong2nya ramai yang tidak hadir sebaliknya parti pimpinannya tidak ramai pengikutnya. Hanya gembar-gembur sahaja mengatakan partinya akan menggugat kerajaan BN. Ada yang menggelar partinya adalah Parti Angkat Najis kerana menjadi suruhan parti lain untuk berkokok.

Pada PRU13 pembangkang meraih 53% undi manakala BN hanya mendapat 47% sahaja. Mereka kata sepatutnya mereka yang sepatutnya membentuk kerajaan. Tetapi mereka lupa bahawa Malaysia mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen bukan sistem 2 parti.

Walaupun BN meraih 47% undi tetapi 63.7% adalah undi Melayu. Ini bermakna hanya 36.3% sahaja orang Melayu yang mengundi pembangkang.

Mengikut bilangan ahli parlimen Melayu pula BN memenangi 98 kerusi manakala pembangkang hanya menang 39 kerusi sahaja.

Tak perlulah nak membodoh, membangang dan membahalolkan orang yang tidak menyokong kamu atau parti kamu. Nilailah diri sendiri dan parti kamu. Jika kamu dan parti kamu yang terbaik sudah tentu orang Melayu akan menyokong parti kamu.

Namun 63.7% pengundi Melayu tidak bodoh, bangang atau bahalol kerana menyokong dan mengundi BN seperti yang kamu katakan. Mereka lebih bijak memilih parti yang benar2 memperjuangkan rakyat, melunaskan janji2nya dan tidak meminggirkan kaum2 lain.

Benarkah orang Melayu yang menyokong pembangkang itu jauh terlalu terlebih bodoh, bangang dan bahalol ....?

No comments: