A. Pengertian Ghanimah
Dalam bahasa Arab, harta rampasan perang disebut dengan ghanimah (غنيمة). Dan kata ghanimah sendiri bermakna al-fai'u (الفيء). Disebutkan : غنم الشيء غنما berarti (فاز به) memenangkan atau mengambilnya. Sedangkan secara istilah fiqih, ghanimah oleh para ulama disebutkan dengan beberapa definisi yang berbeZa.
1. Al-Hanafiyah
Mazhab Al-Hanafiyah menyebutkan bahawa yang dimaksud dengan ghanimah adalah :
اسْمٌ لِلْمَأْخُوذِ مِنْ أَهْل الْحَرْبِ عَلَى سَبِيل الْقَهْرِ وَالْغَلَبَةِ
Nama untuk sesuatu yang diambil dari musuh dalam perang lewat kekuatan dan mengalahkan.
2. Asy-Syafi'iyah
هِيَ اسْمٌ لِلْمَأْخُوذِ مِنْ أَهْل الْحَرْبِ الْمُوجَفِ عَلَيْهَا بِالْخَيْل وَالرِّكَابِ لِمَنْ حَضَرَ مِنْ غَنِيٍّ وَفَقِيرٍ
Nama untuk sesuatu yang diambil dari musuh dalam perang dengan menggunakan kuda atau tunggangan, khusus bagi yang ikut hadir dalam perang itu baik orang kaya atau miskin.
B. Perbedaan Dengan Fa'i, Jizyah, Nafl, Salab
Selain istilah ghanimah, dalam syariat Islam juga dikenal beberapa istilah lain yang sangat erat kaitannya dengan ghanimah, di antaranya fai', jizyah, nafl dan salab.
1. Fa'i
Yang disebut dengan fa'i adalah :
الْمَال الْحَاصِل لِلْمُسْلِمِينَ مِنْ أَمْوَال الْكُفَّارِ بِغَيْرِ قِتَالٍ وَلاَ إِيجَافِ خَيْلٍ وَلاَ رِكَابٍ
Harta yang dihasilkan oleh umat Islam dari harta orang kafir tanpa peperangan, atau menunggang kuda atau kenderaan.
Kesamaan antara ghanimah dengan fai' adalah harta itu sama-sama milik orang kafir yang menjadi rampasan bagi umat Islam. Namun perbezaannya bahawa fai' di dapati tanpa peperangan atau kekerasan.
2. Jizyah
Yang dimaksud dengan jizyah adalah :
اسْمٌ لِمَا يُؤْخَذُ مِنْ أَهْل الذِّمَّةِ
Harta yang diambil dari ahli dzimmah(kafir zimmi)
Kesamaan antara ghanimah dengan jizyah adalah harta itu sama-sama diambil dari orang kafir. Namun perbezaannya bahawa jizyah itu adalah harta milik orang kafir ahli dzimmah yang dilindungi negara, sehingga cara pengambilannya pun tidak libatkan perang.
3. Nafl
Kata nafl (نفل) ini adalah bentuk tunggal, bentuk jamaknya adalah anfal (أنفال) sebagaimana nama surat kedelapan di dalam Al-Quran Al-Karim. Definisi nafl menurut para ulama adalah :
مَا خَصَّهُ الإْمَامُ لِبَعْضِ الْغُزَاةِ تَحْرِيضًا لَهُمْ عَلَى الْقِتَال
Harta yang diatur secara khusus oleh imam diperuntukkan buat sebahagian peserta perang kerana sebab khusus.
Persamaan ghanimah dengan nafal adalah sama-sama merupakan harta rampasan perang yang didapati pertempuran pertempuran fizikal.
Namun perbedaannya, nafl adalah kebijakan khusus bagi imam untuk memberikan bahagian khusus kepada sebahagian peserta perang, di luar dari ketentuan yang sudah ada sebelumnya.
Namun perbedaannya, nafl adalah kebijakan khusus bagi imam untuk memberikan bahagian khusus kepada sebahagian peserta perang, di luar dari ketentuan yang sudah ada sebelumnya.
4. Salab
مَا يَأْخُذُهُ الْمُقَاتِل الْمُسْلِمُ مِنْ قَتِيلِهِ الْكَافِرِ فِي الْحَرْبِ مِمَّا عَلَيْهِ مِنْ ثِيَابٍ وَآلاَتِ حَرْبٍ وَمِنْ مَرْكُوبِهِ الَّذِي يُقَاتِل عَلَيْهِ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ سَرْجٍ وَلِجَامٍ
Harta yang diambil oleh peserta perang yang muslim dari lawan tandingnya yang kafir di dalam peperangan, seperti pakaian dan alat perang, tunggangan, senjata atau senjata.
Persamaan ghanimah dengan salab adalah sama-sama merupakan harta rampasan perang yang dapat melalui pertempuran. Namun perbezaannya, salab ini merupakan bonus tambahan milik seorang peserta perang, di luar haknya secara umum.
Sayid Sabiq (ahli fikih asal Mesir) mengidentitikan ghanimah dengan nafal. Akan tetapi, menurut Wahbah Az- Zuhaili, guru besar ilmu fikih Universiti Damaskus, Suriah, keduanya berbeza.
Menurutnya, nafal adalah harta rampasan perang yang diberikan oleh imam secara khusus untuk tentera tertentu sebagai dorongan kepadanya agar aktif bertempur. Dinamakan demikian kerana ia merupakan tambahan hak seseorang atas rampasan perang, lebih dari hak (saham) yang dimilikinya dalam pembahagian harta ghanimah.
Salafa adalah perlengkapan perang (termasuk kuda atau unta yang ditunggangi) yang berhasil dirampas tentera Islam dari prajurit musuh yang dibunuhnya. Adapun fai adalah harta (rampasan perang) yang diperoleh dari musuh tanpa terjadinya pertempuran.
Harta fai dapat muncul melalui banyak cara, seperti melalui perdamaian, jizyah, dan kharaj (pajak tanah). Harta fai' dapat juga timbul kerana seorang musuh memasuki wilayah Islam membawa harta, kemudian hartanya diambil oleh umat Islam, atau terjadi kerana tentera musuh lari meninggalkan harta bendanya sebelum terjadinya peperangan.
Di zaman jahiliah, masa sebelum Islam, kabilah- kabilah Arab jika menang dalam berperang akan mengambil ghanimah (harta yang dapat dibawa, tawanan, dan tanah) dan membahagi-bahagikannya kepada orang yang ikut serta berperang. Ketua mereka mendapat bahagian yang besar.
Setelah Islam, adat kebiasaan yang sudah berjalan jauh sebelum Islam ini dikukuhkan. Ajaran Islam menyatakannya sebagai harta yang halal, dengan penambahbaikan tertentu berkenaan dengan cara pembahagiannya.
No comments:
Post a Comment