Friday, 12 February 2016
DOA NABI IBRAHIM.
Dalam surah al Baqarah 124 Allah berfirman:
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia".
Ibrahim berkata: "(Dan aku mohon juga) dari keturunanku".
Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim".
Dari surah ini, dan dari sejarah-sejarah yang ada, Allah telah memenuhi janjinya terhadap nabi Ibrahim,iaitu Dia telah menjadikan keturunan nabi Ibrahim dari isterinya yang pertama (Sarah) iaitu Musa dan Isa sebagai rasul pemimpin dunia.
Musa yang mengalahkan Firaun, dan Isa menggerunkan tentera Romawi.
Dari keturunan hajar juga Allah telah menjadikan Muhamad sebagai pemimpin dunia. Dan nabi Ibrahim mempunyai isteri ketiga, iaitu keturah, yang melahirkan bangsa melayu, maka secara tidak langsung akan ada pemimpin dunia lagi yang mengikuti jejak nabi Isa dan Musa serta Muhammad yang mana akan muncul dari bangsa melayu, boleh jadi di Malaysia, Indonesia, atau negara lain yang mempunyai keturunan melayu.
Allah mempunyai janji dengan nabi Ibrahim, dan Dia telah memenuhi sebahagian daripada janji-Nya, maka kita akan menanti janji Allah bagi kita, keturunan nabi Ibrahim dari keturah, untuk menjadi pemimpin dunia selanjutnya.
Rasulullah telah menyatakan akan lahir dari sulbi Saidina Ali keturunannya yang akan memimpin dunia pada akhir zaman nanti.
Dan siapa pula Pemuda bani Tamin dari timur yang akan membantu Mahdi pada akhir zaman nanti?Tidakkah bertaburan di nusantara ini keturunan Qeturah dan keturunan Saidina Ali?
Hal ini bukanlah mustahil kerana banyak ramalan-amalan yang ada yang menyokong analisis ini.
Disamping itu juga, kita cukup teruja dalam membaca situasi dan kondisi, maka hal ini tidak lama lagi akan terlaksana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment