Saturday, 13 February 2016
RAKYAT MALAYSIA HIDUP SUSAH KERANA SANGAT PEMURAH TERHADAP PENGEMIS!!!
Benarkah majoriti rakyat Malaysia semakin susah?
Kenapa pengemis warga asing semakin banyak?
Kenapa mereka tak mengemis di USA ke atau negara
-negara Arab?
Memang benar bila ada orang kata rakyat Malaysia
pemurah. Tapi kalau kata kehidupan semakin terhimpit
akibat kenaikkan harga barang dan GST kenapa masih
mampu beri wang pada pengemis?
Paling kurang pun RM1 sedangkan seringgit tu besar
juga nilainya. Boleh beli sebungkus ban gardenia.
Lepas untuk sarapan pagi walau pun dengan sebiji
ban gardenia yang berharga 60 sen.
Ada pulak yang kata walaupun kita dalam keadaan
susah kena juga bersedekah. Nak bersedekah tak
salah tapi bukan kepada orang yang tak tentu tahap
kemiskinannya. Banyak tempat boleh bersedekah.
Di tabung masjid, rumah anak-anak yatim, pusat
zakat, sekolah-sekolah tahfiz dan lain-lain.
Di Kuala Lumpur kalau pengemis mula 'bekerja'
mulai jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam ada 500
orang yang bermurah hati menghulurkan RM1
maka pendapatannya sehari ialah RM500. Yang
'sedekah' RM1 tersebut pendapatanya sehari
tak sampai pun RM500.
Kalau bagi 10 sen seorang pun pengemis sudah
boleh dapat RM50.00 tanpa bekerja keras seperti
pekerja ladang.
Benarkah rakyat Malaysia sudah jatuh miskin
kerana kenaikkan harga barang dan GST?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment