Thursday 11 February 2016

TEGURAN TGH HADI UNTUK DR ASRI & USTAZ ZAMIHAN.


Debat MAZA VS Zamihan.


Ini nasihat daripada Presiden PAS.



"Setiap pihak perlu mengetahui terlebih dahulu 

tujuan penganjuran debat bagi menggelakkan berlakunya salah faham".

Jika dalam sesi berkenaan setiap pihak hanya 
berdebat untuk mencari kemenangan, ianya 
merupakan satu tindakan yang sia-sia 
memandangkan tiada istilah berkenaan 
dalam isu keagamaan.

“Kalau sekadar semata-mata nak nyatakan 

pendapat, tak perlu debat. Benda Khilaf ini 
takkan selesai kerana melalui debat mereka 
hanya nyatakan pandangan masing-masing."
Isu yang sedang ditangani oleh TGHH bagi 
menyatukan umat islam daripada peringkat 
jkkk (belahan negeri kecil) sehinggalah dunia 
(blok-blok benua).

Kita sesama orang islam perlu merendah diri 

dengan orang islam. Kemudian perlu tegas 
dan berani dengan orang kafir. Orang islam 
perlu merendah diri sesama orang islam 
walaupun berbeza pendapat dan masing-
masing perlu bersabar.

Dengan orang kafir, orang islam perlu berani 

menentang. Imam Assyafie, ketika solat di iraq, 
beliau tidak membaca qunut & tidak sujud sahwi 
dalam solatnya bagi menghormati Imam Ahmad 
bin Hanbal.

Orang islam sekarang sibuk berbalah dengan 

wahabi vs sunni vs syiah. Sedangkan perbalahan 
inilah yang membuka ruang kepada orang kafir 
untuk menghancurkan orang islam daripada 
dalam kerana mereka tak nak orang islam 
bersatu.

Islam pasti dan akan kuat apabila berlaku 

kesatuan ummah.


Kuliah Dhuha,
Tuan Guru Presiden PAS,
Masjid Rusila, Marang, Terengganu. 

1 comment:

Anonymous said...

Amanat songsang tok guru hadi bila nak tarik balik...