Apakah perbezaan antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Semenanjung Malaysia?
Kesilapan kebanyakan anak Melayu moden pada masa kini menganggap bahawa Semenanjung Tanah Melayu dan Semenanjung Malaysia itu adalah sama walhal ada perbezaan besar di antara keduanya.
Definisi atau takrif Semenanjung Malaysia (Peninsular of Malaysia) adalah mengikut takrif politik moden,iatu merangkumi 11 negeri dalam Malaysia yang luasnya hanyalah dari Perlis hinggalah ke Johor.
Manakala definisi Semenanjung Tanah Melayu (The Malay Peninsula) adalah mengikut takrif budaya dan geografi iatu sebuah semenanjung yang luasnya dari Segenting Kra (turut meliputi wilayah selatan Tennaserim di Myanmar) hinggalah ke Singapura dan Kepulauan Riau-Lingga (yang kini menjadi wilayah Republik Indonesia).
Pemikiran kebanyakan anak Melayu di Malaysia kini yang hanya menganggap Semenanjung bermula dari Perlis sampai ke Johor itu jugalah yang membuatkan mereka lupa tentang tamadun Melayu yang satu ketika dulu pernah wujud bukan sahaja di wilayah Pattani,Satun dan Songkhla sahaja malahan di sekitar wilayah Segenting Kra juga.
Segenting Kra (The Kra Isthmus) adalah wilayah yang paling sempit dalam Semenanjung Tanah Melayu,yang terletak di utara semenanjung tersebut serta berada di antara Laut Andaman (Andaman Sea) dengan Telukan Siam (Gulf of Siam).
Pantai barat kawasan tersebut mempunyai banjaran gunung yang memanjang dari Banjaran Himalaya dan bersambung ke Banjaran Titiwangsa.Banjaran-banjar an gunung ini pula menjadi hulu kepada beberapa batang sungai yang mengalir ke pantai timurnya seterusnya menuju ke Teluk Siam.Keadaan geografi yang baik ini menjadikan daratan di sekitar pantai timurnya menjadi kawasan subur untuk kegiatan pertanian.
Keadaan tanah yang subur mendorong manusia membuka penempatan di sana seterusnya menjadi saksi kepada permulaan terbinanya beberapa buah negara-negarakota Melayu purba di sekitar Segenting Kra yang dijangkakan telah bermula sejak sebelum Masihi lagi.
Salah satu negarakota Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay city-states) yang paling terkenal dan terkuat pada masa itu ialah TAMBRALINGGA.
Pada masa dahulu,kebanyakan pedagang asing,terutamanya pedagang Cina akan menggunakan Segenting Kra sebagai jalan pintas dalam jalan perdagangan antara India dan China.Menurut sumber Cina dipanggil Fu-kan-tu-lu menyatakan perjalanan singkat melalui Segenting Kra ini hanya mengambil masa cuma kurang dari 10 hari berbanding menyusuri Selat Melaka yang mengambil masa 2 bulan.
Apabila perdagangan antarabangsa ini semakin meningkat selepas kurun pertama Masihi,sudah tentu orang tengah di antara perdagangan antarabangsa ini untung besar.Orang tengah yang dimaksudkan itu ialah merujuk kepada beberapa buah negarakota Melayu (Malay city states) di Segenting Kra yang akhirnya muncul sebagai pusat perdagangan utama hasil dari perdagangan antarabangsa tersebut.Namun yang paling terkuat,terbesar serta termasyhur di antara negara-negarakota Melayu Segenting Kra tersebut ialah Tambralingga.
Tambralingga sememangnya sangat dikenali oleh para pedagang bangsa asing pada waktu itu.Ini terbukti dengan panggilan orang luar terhadap kerajaan ini mengikut lidah bangsa masing-masing sememangnya sangat meriah dalam catatan negara luar.Tambralingga dalam rekod kerajaan China turut digelar sebagai Poling,Holing,Danmaling atau Tanmaling.Dalam rekod India pula,kerajaan itu digelar sebagai Tambralingam (bahasa Pali),Madamalinggam atau Tambralingarth (bahasa Tamil).
Tambralingga diperkatakan telah wujud seawal abad pertama Masihi lagi dan pernah berada di bawah naungan Kerajaan Funan,sebuah kerajaan Melayu purba yang terletak di Indo China,sekitar abad ketiga dan keempat Masihi.Kekayaan negarakota Tambralingga ini juga mendorong Empayar Srivijaya,satu lagi empayar Melayu agung dari selatan untuk menguasainya pada kurun keenam dan ketujuh Masihi.
Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu yang bersifat thalosokrasi (thalassocracy) iatu kerajaan yang meluaskan kuasa dan pengaruhnya secara maritim,samada melalui perdagangan atau ketenteraan laut.Melalui penguasaan Empayar Srivijaya ke atasnegarakotaTambralingga,maharaja
Srivijaya dapat menguasai kekayaan dan keuntungan dari perdagangan maritim antarabangsa di Segenting Kra.
Tambralingga juga menjadi terkenal dalam catatan-catatan China kerana penghasilan minyak wangi yang terbaik selain pernah menjadi pusat pengajian agama Buddha terkemuka pada zaman itu.Sebagai sebuah negarakota Melayu yang beragama Buddha,Tambralingga menjadi antara wilayah penting dalam Empayar Srivijaya dan menjadi pusat pengajian agama Buddha di Asia Tenggara yang terkemuka di samping Palembang.
Pada ketika itu,orang Tai (etnik majoriti di Thailand kini) masih lagi berada di sekitar wilayah Yunnan di selatan China dan masih berpegang kepada kepercayaan tahyul,sehinggalah apabila berlakunya pengijrahan kaum Tai ini ke tanah besar Asia Tenggara,yang pada masa itu sudah ada kaum peribuminya yang terdiri dari kaum Khmer,Mon,Pyu (sudah pupus) dan Melayu.
Dikatakan ketika Tambralingga masih lagi berada di bawah kekuasaan Srivijaya,kerajaan Melayu Segenting Kra ini masih boleh menunjukkan kekuasaanya ke utara dan juga berjaya membawa sedikit sebanyak perubahan dalam landskap politik di Kerajaan Khmer di Angkor.
Dicatatkan dalam kitab Jinakalamalipakaranam,Mula sana dan Chamadevivamsa (riwayat sejarah orang Mon di Burma) yang dicatat pada kurun ke 15 menceritakan secara ringkas mengenai peristiwa tersebut;
“Seorang raja Haripunjaya yang bernama Atrasataka (Trabaka) menyerang Lavo, dimana Ucchittachakravatti (Ucchitta) sedang bertakhta. Pada masa itu, apabila kedua-dua raja ini bersedia untuk bertempur, Raja Sujita dari Sri Dharmanagara pula mendarat di Lavo dengan angkatan ketenteraan dan armada yang besar. Terkejut dengan serangan mengejut ini, Trabaka dan Ucchitta berlari kearah Haripunjaya. Ucchitta tiba dahulu dan berkahwin dengan permaisuri agar dapat menggelarkan dirinya raja.”
“Sujita pula menggelarkan dirinya penguasa Lavo. Tiga tahun seterusnya, penggantinya menyerang Ucchitta di Haripunjaya tetapi ditewaskan dan terpaksa kembali ke ibu negaranya.”
~Jinakalamali~
Petikan di atas menceritakan tentang dua kerajaan orang Mon di utara iatu Haripunjaya (Haripunchai) dan Lavo (Lopburi) yang hendak berperang namun akhirnya terganggu apabila kedatangan satu angkatan tentera dari selatan,atau lebih tepat lagi dari wilayah Tambralingga,yang diketuai oleh seorang raja Melayu bernama Sujita (atau Socchita).Sri Dharmanagara iatu tempat asal raja Sujita adalah diyakini merujuk kepada Tambralingga,yang turut terkenal dengan panggilan Nagara Sri Dharmaraja.
Raja Sujita itu juga turut digelar sebagai Raja Jivaka dalam catatan Jinakalamali tersebut.Adalah dipastikan bahawa “Jivaka” atau “Javaka” merupakan label atau panggilan umum oleh teks-teks berbahasa Pali kepada kaum-kaum rumpun Melayu yang menuturkan bahasa-bahasa kelompok Austronesia.Istilah ini bukan secara sempit hanya ditujukan kepada orang-orang dari Pulau Jawa, tetapi kepada semua ahli rumpun Melayu yang sangat luas.
Dalam petikan tersebut juga,kita mendapati bahawa putera dan pengganti Sujita,yang digelar sebagai Kambojaraja.
Siapakah Kambojaraja itu?
Ahli sejarah bersepakat dan bersetuju bahawa “Kambojaraja” dalam kitab Jinakalamali dan Camadevivamsa itu adalah merujuk kepada Suryavarman I,raja kerajaan Khmer di Angkor.
Di sebalik kekuasaan yang ditunjukkan oleh Tambralingga dalam konflik politik negara-negara Mon,kerajaan ini juga mampu meluaskan pengaruh politiknya ke atas takhta Kerajaan Angkor (Kambuja) yang merupakan antara kerajaan yang termasyhur dalam sejarah Asia Tenggara.
Suryavarman I menjadi Obyuvaraja (raja kedua) kepada Jayaviravarman (Preah Botomvaravamsa) pada tahun 1002 Masihi (924 Saka) dan berdasarkan inskripsi Phimaneakas (BEFEO XIII, K292, P 12),mendapati pada tahun yang sama juga,beliau naik takhta sebagai pemerintah Sri Dharmaraja (Tambralingga).
“Dhati vrah pada kamraten kamtvan an cri suryavarmmadeva ta sakata svey vrah dharmaraja nu 924 caka.”
Suryavarman I naik takhta Angkor menggantikan Jayaviravarman yang meninggal dunia pada tahun 1007 Masihi.Pada masa pemerintahan beliau,kekuasaan kerajaan tersebut meluas sehingga ke negeri-negeri Mon di lembah sungai Menam (Menam Chao Phraya) sehingga ke dataran tinggi Korat di tengah Thailand kini.
Beliau juga mengamalkan toleransi agama di kerajaannya yang pada masa itu menganut agama Hindu Vaishnava,pada saat beliau sendiri beragama Buddha Theravada.Antara monumen kerajaan Khmer yang terkenal dibangunkan oleh beliau sendiri ialah Preah Vihear di atas Pergunungan Dangrek (yang menjadi perebutan di antara Thailand dan Kemboja kini).
Suryavarman I akhirnya meninggal dunia pada tahun 1050 Masihi dan mendapat gelaran Nirvanapada (yang mengecapi kebahagiaan nirvana) dan digantikan oleh para penggantinya iatu Udayadityavarman II (1050~1066) dan Harshavarman III (1066~1080).
Setelah Empayar Srivijaya mulai merosot sekitar abad ke
12 Masihi,dipercayai Tambralingga telah membebaskan
diri mereka dari penguasaan Srivijaya dan menjadi sebuah kerajaan yang berdaulat.Sepanjang abad ke 13 dan 14,
dipercayai kerajaan ini telah menguasai seluruh
Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Temasik.
12 Masihi,dipercayai Tambralingga telah membebaskan
diri mereka dari penguasaan Srivijaya dan menjadi sebuah kerajaan yang berdaulat.Sepanjang abad ke 13 dan 14,
dipercayai kerajaan ini telah menguasai seluruh
Semenanjung Tanah Melayu sehingga ke Temasik.
Sejak itu juga,Tambralingga mula dikenali sebagai Negara (atau Nagara) Sri Dharmaraja dalam rekod sejarah luar,
terutamanya dalam rekod sejarah Thai yang menggelarkannya sebagai Nakhon Si Thammarat.Dalam rekod klasik Melayu,
kerajaan ini lebih dikenali sebagai Benua Siam (dalam Sulalatus Salatin) dan juga Legur atau Ligor.
Dua ratus tahun selepas kemangkatan Suryavarman I,sekali lagi kerajaan Tambralingga mencetuskan kejutan dalam sejarah Asia Tenggara.Peristiwa ini bermula sekitar abad ke 13 Masihi apabila seorang raja Melayu bernama Chandrabhanu Sri Dharmaraja (1230~1270) memerintah Tambralingga dan berjaya membebaskan kerajaanya dari naungan Srivijaya.
Sebelum kita menceritakan lebih lanjut mengenai raja tersebut,mari kita semak kitab riwayat sejarah Sri Lanka yang dinamakan sebagai Culavamsa.Diceritakan dalam kitab Culavamsa ini bahawa pada masa pemerintahan seorang raja Sri Lanka bernama Parakramabahu II (1236~1270) yang berpusat di Dambedeniya,satu angkatan tentera dari luar datang menyerang pulau tersebut.Berikut ialah terjemahan petikan dari kitab Culavamsa tersebut;
“Pada tahun ke-11 pemerintahaan Raja Parakramabahu II, seorang raja dari Javaka bernama Raja Chandrabhanu tiba dengan angkatan ketenteraan Javakanya yang mengakui diri mereka sebagai penganut-penganut Buddha. Mereka menyerang setiap tempat dengan panah beracun seperti bisa ular, tidak berhenti menekan kehidupan rakyat setinggan, dan membuat kacau di seluruh pulau Lanka.”
~Culavamsa~
Adalah dipastikan bahawa raja Javaka yang bernama Chandrabhanu ini berasal dari kerajaan Tambralingga yang pada masa itu sudahpun merdeka dari naungan Srivijaya.Ini dibuktikan dengan catatan dari riwayat Sri Lanka sendiri iatu Hatthavanagallaviharavamsa yang menyatakan ciri-ciri dan tempat asal raja Javaka tersebut;
“Seekor singa yang tidak terkalahkan di atas gajah yang gagah, yang di mana sang singa ini adalah raja untuk banyak negara lain, yang telah mempamerkan kepada dunia khidmatnya yang tidak terbalas pada dunia dan agama, yang mempunyai kekuatan angkata tentera yang hebat, yang mempunyai tekad untuk menawan kerajaan asing Lanka (Sri Lanka atau Ceylon), yang datang daripada sebuah kerajaan bernama Tambalinga dan ditemani oleh raja-raja daerah.”
~Hatthavanagalla viharavamsa~
Baginda telah mencipta kejutan dalam sejarah Asia Tenggara,dengan menghantar kekuatan tentera ke pulau Sri Lanka untuk menakluk pulau itu dan mengambil satu relik gigi Buddha (dikenali sebagai Phra Sihing) di pulau tersebut.Percubaan telah dibuat oleh baginda sebanyak dua kali untuk menyerang pulau tersebut.
Pada tahun 1247,baginda menghantar kekuatan tentera Melayu dari Tambralingga ke bahagian utara pulau tersebut dan berjaya mengawal Kerajaan Jaffna di kawasan tersebut.Baginda cuba menakluk seluruh pulau tersebut namun dihalang oleh tentera kerajaan Sri Lanka sendiri yang diketuai oleh Putera Virabahu,anak saudara kepada raja Parakramabahu II.
Dalam pertempuran antara tentera Chandrabhanu dan tentera Dambedeniya (Sri Lanka),tentera Dambedeniya berjaya mengatasi serangan panah beracun dari askar Javaka dan berjaya menghapuskan ancaman Chandrabhanu dan tentera panah beracunnya dari mara ke Dambedeniya.
Dalam catatan Sri Lanka,tentera Melayu dari Tambralingga tersebut dikenali sebagai Javakas atau Malalas.Walaupun raja tersebut berjaya menguasai utara Sri Lanka ketika itu,namun baginda tidak menjarah sepertimana kebiasaan raja-raja zaman dahulu,namun baginda telah membaiki dan membayar penghormatan kepada beberapa buah tempat ibadat Buddha dan cuba memenangi hati orang Buddha di sana,
memandangkan baginda sendiri beragama Buddha sebenarnya.
Sekali lagi pada tahun 1258 ketika cuba mengukuhkan kuasa di utara Sri Lanka,Chandrabhanu telah menerima satu musuh baru dari selatan India,iatu sebuah kerajaan Tamil bernama Pandyan.Kekuasaan Chandrabhanu di pulau tersebut dikalahkan oleh tentera Pandyan yang diketuai oleh Jatavarman Sundra Pandyan dalam satu perang pada tahun 1270 dan dikatakan Chandrabhanu sendiri terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Pandyan tersebut.
Selepas kematian Chandrabhanu,kerajaan Tambralingga (Negara Sri Dharmaraja) mula merosot namun walau bagaimanapun pengaruhnya ke atas Semenanjung Tanah Melayu ketika itu masih kuat sehinggalah zaman sekali lagi berubah.
Sekarang mari kita sambung penceritaan kita mengenai kekuasaan Tambralingga di semenanjung satu ketika dahulu pula.
Sepertimana Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang merupakan rekod sejarah yang khusus menceritakan mengenai keagungan Kesultanan Melaka,sepertimana Kakawin Negarakertagama yang menjadi rekod sejarah menceritakan mengenai keagungan Majapahit,seperti itulah juga Tambralingga (Negara Sri Dharmaraja) yang gah dengan riwayat sejarahnya yang dinamakan sebagai Riwayat Sri Dharmaraja (The Chronicles of Sri Dharmaraja).
Riwayat Sri Dharmaraja telah menceritakan mengenai 12 wilayah istimewa dalam kerajaan Sri Dharmaraja (Tambralingga) yang menguasai seluruh semenanjung ketika itu yang digelar oleh orang Thai sebagai kota Naksat.Kesemua 12 wilayah dalam Sri Dharmaraja itu dilambangkan dengan nama haiwan oleh orang Thai mengikut kalendar Naksat Pi,kalendar purba yang digunakan oleh orang Kedah Tua/Langkasuka pada masa silam untuk meramal musim penanaman padi.
Berikut ialah senarai 12 kota Naksat yang pernah menjadi wilayah istimewa dalam kerajaan Sri Dharmaraja dahulu;
1. Negeri Sai Buri (Narathiwat) membawa lambang Chut (Tikus)
2. Negeri Patani membawa lambang Chelu (Lembu)
3. Negeri Kelantan membawa lambang Khan (Harimau)
4. Negeri Pahang membawa lambang Thauh (Arnab)
5. Negeri Sraiburi (Kedah) membawa lambang Merong (Naga)
6. Negeri Phattalung (Bedelong) membawa lambang Mahleng (Ular)
7. Negeri Trang membawa lambang Mahmia (Kuda)
8. Negeri Chumpon membawa lambang Mameh (Kambing)
9. Negeri Jaya (Krabi) membawa lambang Wouk (Beruk)
10.Negeri Thaa Thong (Kanchanadit) membawa lambang Raka (Ayam)
11.Negeri Takuapa-Thalang (Phuket) membawa lambang Cho (Anjing)
12.Negeri Kraburi membawa lambang Kun (Kura-kura)
Menurut Chand Chirayu Rajani,seorang sejarahwan Thai berpendapat bahawa 12 kota Naksat ini berfungsi sebagai kota kota pertahanan yang mengelilingi pusat pentadbiran kerajaan Sri Dharmaraja (sekarang di wilayah Nakhon Si Thammarat,
Thailand) dan kesemua 12 kota tersebut disambungkan melalui jalan darat supaya dapat menyalurkan bantuan ketenteraan antara kota-kota tersebut sekiranya berlaku peperangan secara mengejut.
Thailand) dan kesemua 12 kota tersebut disambungkan melalui jalan darat supaya dapat menyalurkan bantuan ketenteraan antara kota-kota tersebut sekiranya berlaku peperangan secara mengejut.
Namun kewujudan 12 kota yang menjadi wilayah istimewa kerajaan Sri Dharmaraja ini sebenarnya adalah bukti bahawa kerajaan Melayu purba ini satu ketika dahulu mempunyai kekuasaan ke atas seluruh Semenanjung Tanah Melayu sehinggalah melepasi Segenting Kra di utara.
Kekuasaan dan pengaruh Negara Sri Dharmaraja ketika itu diperkatakan dari muara sungai Chao Phraya dan di Segenting Kra di utara sehinggalah ke Pahang dan berakhir di Singapura.Kerajaan tersebut menjadi kerajaan yang paling kuat di Asia Tenggara ketika itu.
Namun seiring dengan peredaran zaman sejajar jua dengan fitrah alam bahawa setiap kerajaan di dunia ini dari zaman kegemilangannya pasti akan menuju zaman kemerosotannya.
Begitulah juga dengan kerajaan Negara Sri Dharmaraja ini yang akhirnya mula menuju zaman kemerosotannya selepas kedatangan kuasa-kuasa baru yang mengasak wilayahnya dari arah utara dan selatan.
Seiring dengan peredaran zaman apabila muncul satu entiti politik baru yang ditubuhkan oleh satu kaum rumpun Tai-Kadai yang berasal dari selatan China.Orang Tai di bawah pimpinan dua ketua mereka,Bang Klang Hao dan Phre Muang berjaya memerdekakan wilayah orang Tai dari penguasaan kerajaan Khmer.Bang Klang Halo seterusnya mengisytiharkan dirinya sebagai raja orang Tai pada tahun 1238 Masihi dan memakai gelaran Sri Indraditya.Bermula dari saat itulah tertubuhnya kerajaan orang Tai yang pertama iatu kerajaan Sukhotai.
Putera ketiga Sri Indraditya iatu Raja Ram Khamhaeng (1279~1298) telah meluaskan kuasa kerajaan Sukhotai sehingga bertembung dengan kerajaan Sri Dharmaraja di selatan.Menurut inskripsi Ram Khamhaeng (bertarikh tahun 1298) yang sehingga sekarang menjadi rujukan utama sejarah Sukhotai di Thailand,menyatakan bahawa Kerajaan Sri Dharmaraja menjadi negeri naungan kepada Sukhotai.Namun ramai yang sudah lama mengetahui bahawa inskripsi tersebut adalah palsu dan bukannya diukir pada zaman Sukhotai oleh Ram Khamhaeng sendiri,sebaliknya diukir pada zaman Raja Mongkut.
Kerajaan Sri Dharmaraja hanya mempunyai hubungan keagamaan yang rapat sahaja dengan Sukhotai dan tidaklah menjadi wilayah naungan,jauh sekali menjadi tanah jajahan.Adalah diyakini oleh sesetengah ahli sejarahwan bahawa kerajaan Sri Dharmaraja inilah yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Buddha Theravada kepada kerajaan Sukhotai dan orang Thai sehingga menjadi agama rasmi dan dominan di Thailand sehingga kini,walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan penyebaran ajaran Buddha tersebut kepada orang Thai dibuat oleh orang Mon.
Kami lebih yakin bahawa kerajaan Sri Dharmaraja inilah yang menjadi penyebar utama ajaran Buddha tersebut kepada orang Thai,kerana sekitar abad ke 13,Sri Dharmaraja menjadi pusat penyebaran ajaran Buddha Theravada yang terkenal dan tiada kerajaan Mon berkaliber yang boleh menyebarkan ajaran tersebut pada masa itu berbanding Sri Dharmaraja sendiri.
Antara salah faham yang selalu berlaku dalam sejarah Melayu di Malaysia ini ialah menganggap bahawa sebelum Kesultanan Melaka,seluruh semenanjung ini berada di bawah naungan Siam (yang bagi kita Siam itu Thai) sehingga menganjur ke Temasik (Singapura).
Sebenarnya tiada rekod bahawa kuasa orang Thai pernah menetap malah menguasai seluruh semenanjung sehingga ke Temasik.Setelah sekian lama kita menganggap bahawa Ayutthaya pernah menguasai semenanjung sebelum kenaikan Melaka sebagai kerajaan besar.
Sebenarnya tiada rekod bahawa kuasa orang Thai pernah menetap malah menguasai seluruh semenanjung sehingga ke Temasik.Setelah sekian lama kita menganggap bahawa Ayutthaya pernah menguasai semenanjung sebelum kenaikan Melaka sebagai kerajaan besar.
Catatan Sulalatus Salatin menyebut bahawa kesultanan Melaka sering berperang dengan satu kerajaan bernama Benua Siam,terutama sekali dalam konflik merebut Pahang.Jika kita menganggap Benua Siam itu Thai atau Ayutthaya,maka ketahuilah bahawa Ayutthaya tidaklah pernah menguasai Pahang.Maka kita kena rujuk kembali senarai 12 kota istimewa Sri Dharmaraja yang kita baca sebelum itu.
Ya,Benua Siam ketika itu bukannya merujuk kepada Sukhothai ataupun Ayutthaya,namun merujuk kepada Sri Dharmaraja.Dalam penulisan teks Sulalatus Salatin,orang Siam yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada orang Melayu Segenting Kra yang mempunyai darah Mon,Khmer dan tidak mustahil juga Thai.
Pemerintah Sri Dharmaraja dalam teks klasik Melayu tersebut digelar sebagai Paduka Bubunnya yang mempunyai pembesar-pembesar seperti Awi Dicu,Cau Panden dan Dewa Sura.Ini juga bermakna yang Kesultanan Melaka dalam sejarah pada awalnya tidak mempunyai konflik dengan Ayutthaya,tetapi Sri Dharmaraja.
Kesultanan Melaka yang ditubuhkan sekitar tahun 1402 mula berkembang daripada sebuah negarakota pelabuhan maritim (seperti Singapura kini) kepada sebuah empayar besar.
Kesultanan Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1445~1459) telah menghadapi ancaman kerajaan Sri Dharmaraja di Batu Pahat namun berjaya dipatahkan oleh kebijaksanaan strategi Tun Perak,seperti yang tercatat dalam Sulalatus Salatin sendiri.
Apabila Kesultanan Melaka mula menjadi kuat pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah (1459~1477),kerajaan tersebut berjaya menawan salah satu dari 12 kota penting Sri Dharmaraja di semenanjung iatu Pahang.
Negeri Pattani dan Kedah juga mengaku tunduk kepada kekuasaan Melaka sekitar akhir abad ke 15.Sekali lagi pada pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1481~1511),kesultanan Melaka menghadapi konflik dengan Sri Dharmaraja yang pada masa itu telahpun dikenali dengan nama Ligor (Legur).
Negeri Pattani dan Kedah juga mengaku tunduk kepada kekuasaan Melaka sekitar akhir abad ke 15.Sekali lagi pada pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1481~1511),kesultanan Melaka menghadapi konflik dengan Sri Dharmaraja yang pada masa itu telahpun dikenali dengan nama Ligor (Legur).
Di utara Sri Dharmaraja pula,sebuah kerajaan orang Thai naik dalam persada politik Asia Tenggara ketika itu iatu Kerajaan Ayutthaya.Berbeza dengan Sukhothai,Ayutthaya merupakan sebuah kerajaan Thai yang berpaksikan budaya yang dipengaruhi (atau lebih tepat lagi dicedok) dari orang Khmer,Mon dan Melayu Segenting Kra (siapa lagi kalau bukan Sri Dharmaraja?).
Disebabkan persamaan agama,Sri Dharamaraja yang beragama Buddha Theravada ini lebih rapat dengan Ayutthaya berbanding dengan saudara sebangsanya di selatan seperti Kedah dan Pattani yang sudahpun menjadi negeri Islam.
Disebabkan persamaan agama,Sri Dharamaraja yang beragama Buddha Theravada ini lebih rapat dengan Ayutthaya berbanding dengan saudara sebangsanya di selatan seperti Kedah dan Pattani yang sudahpun menjadi negeri Islam.
Diceritakan dalam Riwayat Sri Dharmaraja (The Chronicles of Sri Dharmaraja) pula bahawa raja pemerintah Negara Sri Dharmaraja yang bernama Bana Sri Dharmasokaraja yang tinggal bersama pemerintah Ayutthaya iatu Maha Chakkraphat (1548~1564) di istana Ayutthaya.Ketika itu Bana Sri Dharmasokaraja sakit dan merasakan hidupnya tidak lama lalu menyampaikan wasiat kepada Raja Maha Chakkraphat;
“Bana Sri Dharmasokaraja memohon kepada raja (Maha Chakkraphat) untuk mempersembahkan 3 lelaki dan 3 wanita,dan 100 lelaki dalam rombongan daripada tiga orang lelaki dan tiga wanita tersebut.
Baginda meminta raja untuk menerima anak-anak dan cucunya iatu tiga lelaki dan tiga perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai,dan baginda berjanji bahawa ketiga-tiga orang lelaki dan perempuan itu akan berkhidmat untuknya selepas kemangkatannya.”
Baginda meminta raja untuk menerima anak-anak dan cucunya iatu tiga lelaki dan tiga perempuan sebagai wakil untuk mengutip cukai,dan baginda berjanji bahawa ketiga-tiga orang lelaki dan perempuan itu akan berkhidmat untuknya selepas kemangkatannya.”
~The Chronicles of Sri Dharmaraja~
Menurut riwayat itu lagi,ketiga-tiga orang lelaki dan perempuan yang dimaksudkan itu ialah merujuk kepada Nay U dengan isterinya,Nan Keo, Nay Ku dengan isterinya Nan Cam dan Nay Yu dengan isterinya,Nan Gambejra.
Ketiga-tiga orang Nay ini merupakan keturunan dari Bana Sri Dharmasokaraja dan selepas kematian baginda,kesemua mereka dikatakan berkhidmat kepada Maha Chakkraphat dan menjadi penguasa baru kerajaan Negara Sri Dharmaraja yang secara automatiknya sudah diserap masuk ke dalam naungan Ayutthaya.
Ketiga-tiga orang Nay ini merupakan keturunan dari Bana Sri Dharmasokaraja dan selepas kematian baginda,kesemua mereka dikatakan berkhidmat kepada Maha Chakkraphat dan menjadi penguasa baru kerajaan Negara Sri Dharmaraja yang secara automatiknya sudah diserap masuk ke dalam naungan Ayutthaya.
Sejak itu,Sri Dharmaraja dilantik menjadi “supervisor” oleh kerajaan Ayutthaya untuk mengawal negeri-negeri Melayu di utara semenanjung ketika itu,termasuklah Kedah dan Pattani.Jika kita membaca sejarah Pattani,kita akan lihat permusuhan berpanjangan antara Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat) dengan Kesultanan Pattani walaupun mereka sebenarnya bersaudara cuma berbeza agama.Negara Sri Dharmaraja selalu diperintah oleh Ayutthaya untuk menyerang Pattani.
Setelah sekian lama Sri Dharmaraja di bawah naungan Ayutthaya,peluang terbuka untuk pemerintah Sri Dharmaraja untuk membebaskan diri tatkala berlakunya Perang Siam-Burma (1765~1767) yang menyaksikan Ayutthaya akhirnya jatuh ke tangan kerajaan Burma Konbaung.Pemerintah Sri Dharmaraja ketika itu iatu Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah mengambil peluang tersebut untuk merdeka dari penguasaan Ayutthaya.
Namun keadaan ini tidak lama apabila Burma kembali semula ke tanah air mereka untuk berperang dengan China pada tahun 1767 dan beberapa buah kawasan Ayutthaya cuba membebaskan diri termasuklah Negara Sri Dharmaraja.
Seorang jeneral Ayutthaya berketurunan Cina Hokkien,bernama Taksin (1767~1782) mengisytiharkan dirinya sebagai raja kerajaan Thai yang baru dan cuba menakluk dan menundukkan kembali negeri-negeri yang telah membebaskan diri termasuklah Sri Dharmaraja.
Ini menyebabkan Yamtuan Syarif Abu Bakar dan keluarganya terpaksa berundur ke Singgora kemudian ke Legeh (di selatan Pattani) dan kemudiannya memasuki Kedah dan bermastautin di Kota Mengkuang berhadapan dengan Sungai Wang Tepus.
Ini menyebabkan Yamtuan Syarif Abu Bakar dan keluarganya terpaksa berundur ke Singgora kemudian ke Legeh (di selatan Pattani) dan kemudiannya memasuki Kedah dan bermastautin di Kota Mengkuang berhadapan dengan Sungai Wang Tepus.
Walau bagaiamanapun,tentera Taksin tidak akan melepaskan keturunan Yamtuan Syarif Abu Bakar ini sehingga sanggup mengejarnya sehingga ke Kedah.Tentera Thai dan tentera Sri Dharmaraja bertempur dengan hebatnya di Kota Mengkuang.
Namun tentera Thai berjaya menawan kota tersebut dan membunuh Yamtuan Syarif Abu Bakar dan keluarganya.
[Diserap Menjadi wilayah Thai sepenuhnya]Namun tentera Thai berjaya menawan kota tersebut dan membunuh Yamtuan Syarif Abu Bakar dan keluarganya.
Sejak Tragedi Kota Mengkuang itu,raja-raja Thai dari Dinasti Chakri terus menguatkan cengkamannya ke atas Negara Sri Dharmaraja (Ligor) dengan melantik pemerintah bonekanya di sana.Pemerintah boneka inilah yang digelar sebagai “Putera Ligor” dalam hikayat sejarah Melayu.
Jikalau kita membaca sejarah perjuangan Kedah melawan Siam (Thai),kita akan lihat watak Putera Ligor ini yang berfungsi sebagai wakil kerajaan Thai untuk mengawal negeri-negeri Melayu di utara ketika itu,terutamanya Kedah.Putera Ligor ini juga ditauliahkan sebagai orang tengah dalam hal ehwal antara kerajaan Thai di Bangkok dengan penjajah asing seperti British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu di utara semenanjung ketika itu.
Apabila berlaku reformasi Thesaphiban yang dilakukan oleh Putera Damrong Rajanubhab sekitar akhir abad ke 19 Masihi,wilayah Negara Sri Dharmaraja ini diserap secara langsung ke dalam pentadbiran Siam dan Dinasti Chakri.
Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat) menjadi satu wilayah “monthon” dan mempunyai kuasa ke atas pentadbiran Phatthalung (Berdelung) dan Songkhla (Singgora).Apabila sistem monthon dihapuskan,Nakhon Si Thammarat hanya menjadi sebuah ibu kota daerah sahaja,dan secara langsung menjadi wilayah Thailand secara mutlak.
Negara Sri Dharmaraja (Nakhon Si Thammarat) menjadi satu wilayah “monthon” dan mempunyai kuasa ke atas pentadbiran Phatthalung (Berdelung) dan Songkhla (Singgora).Apabila sistem monthon dihapuskan,Nakhon Si Thammarat hanya menjadi sebuah ibu kota daerah sahaja,dan secara langsung menjadi wilayah Thailand secara mutlak.
-RAD-
No comments:
Post a Comment