Sunday, 7 February 2016

KERAJAAN MELAYU MELAKA-MENJEJAK SUMBER CHINA !!!



Sejak sekian kalinya sudah begitu ramai umat 
Melayu memperkatakan tentang Sejarah 
Kerajaan Melaka Melaka sebagai sebuah 
kerajaan yang di segani di seluruh alam 
Melayu. 

Walaupun terdapat begitu banyak teori,hipotesis 
dan fakta-fakta yang dihujahkan selama ratusan 
tahun namun topik “Melaka” tetap hangat 
dibincangkan malah berkekalan hingga 
generasi hari ini. 

Mungkin akibat ia ditulis di media cetak dan 
elektronik menjadikan sejarah Melaka kekal 
mekar sebagai sebuah entiti yang berjaya 
menyatupadukan seluruh umat Melayu.

Sedar atau  tidak sudah banyak suara-suara 
yang mahukan sejarah Melayu itu diubah 
mengikut apa yang dibentangkan didalam 
pelbagai makalah sejarah. Antara yang 
terpenting sekali ialah apakah persenjataan 
kerajaan Melaka pada waktu itu selain 
daripada lembing,keris dan sumpit, 
dimanakah kedudukan asal Istana Melaka, 
rupa bentuk istana dan masjid Agung Melaka 
dan apakaah kota Melaka mempunyai tembok 
kubu.

Catatan yang paling hampir setakat ini 
ialah bersumberkan catatan Portugis 
memandangkan merekalah yang telah 
menjarah bumi Melaka pada tahun 1511. 
Namun kami yakin terdapat lagi sumber-
sumber lain selain daripada Portugis dan 
antara yang menjadi perhatian kami ialah 
rekod-rekod kerajaan Ming (Ming Shi Lu)[1] 
yang merupakan antara kerajaan luar yang 
paling awal mencatatkan tentang Sejarah 
kerajaan Melaka. 

Pada tahun –tahun berikutnya (didalam tempoh 
100 tahun) terdapat pelbagai perhubungan 
diantara kedua-dua negara. Antara yang direkodkan 
ialah duta Ming ke Melaka, perkahwinan Puteri 
Hang Li Po, kedatangan Laksamana Cheng Ho 
dan yang terakhir sekali ialah bantuan tongkang
-tongkang Cina kepada Portugis semasa Melaka 
diserang. 





Jika merujuk kepada segala aktiviti ini maka 
secara teorinya kerajaan Ming lah yang 
mempunyai rekod yang terpeinci seperti 
mana yang mereka catatkan apabila ke negara
-negara lain. Namun sehingga ke hari ini belum 
ada lagi sumber-sumber rasmi yang menyatakan 
keadaan sedemikian dan sekiranya ada sekalipun 
hanyalah potongan-potongan ayat didalam 
bahasa Mandarin yang perlu diterjemah 
kedalam bahasa Melayu/Inggeris.

Tujuan utama  Cheng Ho datang ke Selat Melaka 
ialah menghapuskan pedagang (orang tengah) dan 
lanun yang menguasai Selat Melaka. Sebenarnya 
terdapat beberapa penulisan yang menyatakan 
bahawa gerakan penghapusan orang tengah ini 
telah bermula dari dinasti Chou lagi dan para 
pedagang ini sentiasa dicurigai oleh para 
Maharaja kerana mereka sering kali terlibat 
didalam pemberontakan menggulingkan 
sesebuah dinasti.

Untuk mengambilalih dan menguasai 
perdagangan antarabangsa, Cheng Ho perlu 
menghapuskan sendiket perdagangan Cina 
yang menguasai Selat Melaka dimana kebanyakan 
kapal akan melaluinya. [2] Pada waktu itu 
Palembang merupakan kawasan penempatan 
utama bagi Cina selatan dimana mereka ini 
diketuai oleh seorang pedangang kaya bernama 
Chen Tsu-i[3][4]


Namun sebelum itu  terdapat seorang lagi 
pedangang Cina yang menguasai Palembang 
iaitu Liang Daoming [5]. Menurut kajian Prof 
Kong Yuanzhi setelah Majapahit menyerang 
Palembang Liang Daoming mengambil peluang 
untuk menguasai tempat tersebut dan manjadikan 
Palembang sebagai penempatan bagi imigran
Cina yang singgah berdagang ataupun terus 
menetap disitu. 

Pada tahun 1405 Kota Palembang dan Jambi 
jatuh ke tangan lanun-lanun ini. Setelah itu 
pelabuhan Palembang menjadi mundur  dan 
tidak berdaya saing lagi. Didalam catatan lain 
pula menyebut kerajaan Ming menganggap 
Melaka sebagai pewaris kerajaan Palembang 
(Sriwijaya).

Selain daripada itu Maharaja Yung Lo telah 
mengarahkan penubuhan jabatan bahasa asing 
untuk memudahkan hubungan di antara tetamu 
asing atau para perwakilan berinteraksi dengan 
negeri China. 

Mereka melatih kaki tangan kerajaan untuk 
menguasai bahasa Melaka supaya dapat 
menjalankan kerja-kerja istana melalui 
terjemahan, dengan tidak menimbulkan 
kekeliruan. Jabatan Bahasa Melaka merupakan 
salah satu jabatan di antara 8 jabatan bahasa 
asing.[6]

Apa yang dikongsikan disini ialah sebahagian 
dari jumpaan kami dan berdasarkan kepada 
sebahagian maklumat diatas ternyatalah dan 
sudah pastilah terdapat banyak lagi rekod
-rekod yang menyatakan keadaan dan rupa 
bentuk bumi Melaka sepanjang tempoh 100 
tahun itu. 

Harapan kami semoga  minat dan keinginan 
untuk melakukan kajian-kajian tentang 
Kerajaan Melaka ini tidak berhenti dan akan 
berterusan hingga generasi-generasi mendatang. 
Teruslah mara  demi generasi masa hadapan. 
Bangunlah dan binalah semula tamadun bangsa 
Melayu.  

Kita sudah berada jauh dari zaman 
kegemilangan Melaka, apa yang tinggal pada 
kita hari ini umpama sebuah kisah silam yang 
dipentaskan dengan penuh indah tanpa kita 
berasa untuk menangisi sedikitpun apa yang 
berlaku diwaktu itu. Kita dididik dan 
dengan kisah-kisah perjuangan mereka, kisah
-kisah tauladan dari mereka namun dalam tidak 
sedar kita amat-amatlah jauh dari semua 
kesempurnaan itu. 

Hakikatnya kita tetap merasakan bahawa kaum 
Melayu ini terlalu lemah dan sentiasa diperbudak
kan oleh Barat. Apakah kita tidak sedar bahawa 
kita sendiri takut kepada Barat?!. Bukan mudah 
untuk mengubah sejarah namun langkah telah 
dimulakan. Maka jangan berhenti dan teruskan 
melangkah!

-Kitab Sejarah Dunia/Melayu.

[1] Bermaksud Sejarah Dinasti Ming
[2] Steven Sterling, Lord of Rim ,Bantam Press 1995, ,Bantam Press 1995, 
hlm 83
[3] Juga dikenali sebagai Tan Tjo Gin dari suku Teochiu - Prof Kong Yuanzi, 
2013, Cheng Ho Muslim Tionghua, Yayasan Pustaka Obor,  hlm 93
[4] Peristiwa ini telah disebut didalam  Ming Shu Li (Catatan Dinasti Ming).
[5] Berasal dari Nan Hai (Guangzhou/Kanton) -  Ibid hlm 94
[6] Obaidellah b. Haji Mohamad, Kesultanan Melaka: Dari Bahan Sejarah 
China Melihat Aspek Ekonomi dalam Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1), 
Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008, hlm. 312

No comments: