Punca Penyakit:
3.Gelagat pemimpin.
Cuba lihat kebanyakan pemimpin Umno.Mereka seolah-olahnya tidak kisah kalau parti yang dipimpin mereka kalah.Apa mereka peduli.Kalau kalah mereka sudah senang atau kaya reba.Yang menanggung akibatnya nanti tentulah anak cucu mereka.Tak hairanlah kalau Tun Dr Mahathir kata sepuluh tahun lagi melayu akan kehilangan kuasa.
Pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya seolah-olah tidak dapat mengawal kerakusan pemimpin yang di pilih oleh perwakilan dalam perhimpunan agung umno bahagian.
Lihatlah perangai pemimpin umno bahagian dan pegawai-pegawainya yang banyak menimbulkan rasa meluat dan menyampah rakyat.Baik peringkat cawangan mau pun peringkat bahagian mereka ini hanya pandang ke depan tanpa menoleh ke kiri mau pun ke kanan.Tanpa melihat ahli umno marhaen yang susah.
Lihatlah bagaimana pemimpin dan pegawainya mencipta projek untuk di agihkan kepada kroni dan moni nya saja.
Peruntukan "one touch" bernilai RM 2 juta tidak sampai ke sasaran nya dan hanya mengenyangkan se gelintir manusia yang sememangnya sudah senang.Lepas dia,dia.Ada apa-apa ke?
Cuba bayangkan wang sebanyak itu habis di ratah mereka dan kelompok mereka saja.
Kalau setakat membersihkan sungai?mungkin parit dan longkang tak perlu sampai RM 20000.Buncitlah yang dapat projek bagi ni.Dia ajelah merasa kek ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.Apa salahnya berikan kepada JKKK.Buat secara gotong royong.Bukan susah setakat pikul cangkul dan parang.Memanglah kalau bagi kepada kontraktor cepat sikit siapnya.Tapi perlu lah berpada-pada.Berikan kepada kontraktor yang belum merasa lagi.Ini beri kepada yang dah banyak dapat projek.Lagi satu beri kepada mereka ni perlu sewa jentera.situ dah berapa banyak habis wng peruntukannya.
Kalau beri kepada JKKK penduduk kampung bergotong royong dapat juga merasa upahnya walau pun tidak selumayan mana pun.Janji mereka ini di hargai sumbangannya.Boleh sangat buat macam tu sebab KD pernah melihat bapak mertuaku buat kerja bersih sungai beramai-ramai bersama orang kampung.Kemudian dia tersenyum panjang kerana khidmatnya dihargaiMerasa juga duit kerajaan.Usah dikempen sokong pembangkang dapat penerajanglah kita jawabnya.Masih terdapatkah penyokong fanatik macam ni?Ada tapi boleh dibilang dengan jari.Sebabnya?Sebabnya ialah mereka tidak di beri perhatian oleh pemimpin.
Ada sebuah kisah benar salahlaku pemimpin Umno peringkat cawangan di DUN Tahan.ADUN Tahan pada sesi lawatan di kawasannya telah mendapati sebuah rumah yang agak daif keadaannya.Beliau terpanggil untuk membantu tuan rumah yang susah itu.
Beliau memperuntukkan sebanyak RM5000 duit poketnya sendiri.Maka beliau menyerahkan tugas membaiki rumah tersebut kepada pemimpin peringkat cawangan yang kebetulannya seorang kontraktor.
Apakah kesudahan cerita ini?Jeng!jeng!jeng!jeng!
Pemimpin tersebut hanya menukarkan 3 keping atap zink dan 3 keping papan lantai.Huh!!!ini dubuk tahap sundal ni !!!!!!!.Naye sungguh tuan rumah yang malang itu.Semasa rumahnya mula di baiki dia sungguh riang gembira.Berbuih-buih mulutnya mengucapkan terima kasih.
Selang beberapa hari kemudian,lawyer kampung tak bertauliah telah bukak cerita bukak rahsia bahawa YB sumbang RM 5000.Melenting si tuan rumah yang malang itu.Celaka binatang babi anjing.Bersembur-sembur macam peluru raifel asytier menuju sasaran.Aku tak akan undi BN babi anjing.Seluruh keturunan aku tak akan undi BN babi anjing.Haram!!!!!!
Kisah ini sampai ke pengetahuan ADUN Tahan yang comel itu.Menyingalah beliau.Dia pergi jumpa sendiri tuan rumah dan beri RM5000 ke tangan tuan rumah.Makcik carilah dan upahlah tukang kat kampung ni baiki rumah mak cik.Apa kata makcik tu?Pilihan raya nanti kalau saya pangkah BN pun kerana YB.Kalau selain YB, sori.Huhh!!!cakap orang putih dia walaupun sepatah.Memperkasakan bahasa melayu,Memertabatkan bahasa inggeris.Tengok tu deme.Makcik tu sahut seruan kerajaan.Inilah bab yang membuatkan KD sokong YB Tahan sebab KD tahu hati budinya.Orang nak kata KD pencacai kata lah.Tak jadi Kudis Pekung pun.
Itu hanya sebahagian gelagat pemimpin yang tak senonoh.Ada banyak lagi dalam poket KD ni.Tunggu masa giliran aje.
Ubat penyakit:
1.Buang pemimpin dan pegawai yang buat onar ini.Mereka inilah yang mencemar imej umno.Yang buat rakyat meluat dan menyampah.
2.Ketua cawangan yang terlalu lama dan jadikan jawatan tu macam harta pusaka serta buat perangai musibat patut cermin diri dan letak jawatan.Beri kepada orang baru yang belum ada taik.Sokongan rakyat akan pulih.
3.Kek ekonomi kerajaan agih secara adil kepada rakyat.baru rakyat marhaen hormat dan sayang umno.Sebabnya?Sebabnya,kas nak gatek!!!!
Berani ke ahli umno mengubatinya?Beranikah ahli umno mengubah sistem dan keadaan yang ada pada hari ini?
TEPUK PUNGGUNG TANYALAH TAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
10 comments:
...keh sokong ong KD..payoh nak ubat umno nih..selagi Ku Lan jadi ahli parlimen nih..dah lah tak duduk kat jtut, balik pun jarang2..kalu balik penuh juak2nye mengikut..mereka nilah yg merosakkan Ku Lan..dengar cerite juak yg bernama Sheikh tu asik mintak je duit ngan kak Key..sebagai balasan nye Ku Lan kenalah bagi projek kpd dabuk betina ni ngan pasangannya...kalau deme tak caya tanyalah kat Mizi SUK dia pon ader syer sama...satu lagi juak Ku lan yang bernama Rahmat tu baru2 ni langgar anak Adun 410 (anak sedara aziz Ketua caw umno ulu tembeling)bukan nak tolong hantor ke spital dia maki hamun nak belasah lagi budak tu..kalu minta maaf tak pelah jugak tapi dok cakap keta dia mahal... tak mampu bapak budak tu nak repair..serata-rata org dok bercerita hal ni kat kedai kopi....malu amat weh kita dek perangai juak2 Ku Lan nih...
Jadi tugas kitalah sekarang menyedarkan ahli umno yang lain,yang dah sedar keburukan mereka.yang dah nampak mana kaca dan mana intan.Kita gerakkan mereka dengan satu suara satu undi iaitu pilih yang betul-betul ikhlas kerana parti bukan yang hanya tahu menggunakan kedudukan menyebat dan meratah harta rampasan perang.Singkirkan puak koperat yang tak menyumbang kapada parti.Ahli koperat yang menyumbang kepada kekuatan parti kita kekalkan mereka.Sebab mereka diperlukan untuk kekuatan parti kerana mereka tidak berkira mengorbankan wang ringgit untuk kepentingan parti.Kita adalah silent majoriti.Berikan kesedaran kepada majoriti ahli Umno yang telah sedar akan kepincangan yang ada.Pemilihan pucuk pimpinan akan datang lebih menyeluruh ke seluruh cawangan-cawangan.Tak terduit juga puak ni.Lakukan perubahan di cawangan-cawangan yang ketua cawangannya bersubahat dengan salah laku -salah laku pemimpin curang di peringkat bahagian.Kita perlu lakukannya jihad nafsu jika ingin melihat umno terus berkuasa.
dah terlambat...
Dah terlambat ke,dah tercepat ke,kita ahli umno yang marhaen perlu fikirkan nasib anak cucu kita.Pemimpin yang buat hal dan mencemar nama umno dia dah senang.tak kisah pun nasib kita.kita yang susah ni tentukan nasib sendiri.
bagus YB Tahan dari UMNO ni ..... dua bulan gaji dia digunakan untuk baiki rumah .... dasyat .... Kalau YB PAS memang tak merasalah nak tolong orang baiki rumah guna duit poket sendiri ....
tuan,
mohon linkkan blog Jerantut Daily ~ http://jerantutdaily.blogspot.com/ , terima kasih,
Admin.Jerantut Daily,
Blog anda sudah dilinkkan.Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
tak perlulah nak memuji sana mengutuk sini, fikirkan rasionalnya...
selama pemerintahan mereka, senaraikan semua buruk dan baik, buat perbandingan, kalo asyik nampak yang buruk aje buruklah orang tuh.. kalo asyik tonjol yang baik, baiklah orang itu...
dalam politik ni mana ada yang suci bersihnya.. pagi kita berkawan, tghari kita bergaduh, ptg kita bermusuh, malam berbaik semula..
bila ada semua ada PHD, apa pun tak boleh, letaklah siapa pun calonnya.. kalau hebat sangat, siapa yang kuat mengkritik tu, cubalah tawar diri jadi calon lepas ni
masalahnya deme tak calon ke kome,kalau calon ke kome gerenti menang.tanding bebas duit tak ada bak kata KD rakyat Marhaen
pemimpin atasan dah menjalankan tanggungjawap..tapi bila tiba pemimpin bawahan, hah macam nilah jadinya..last last yang kena maki pemimpin atasan tu juga.
Post a Comment