Monday 15 February 2016

DUKUN JILAT !!!



Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terpaksa membiarkan tubuh gebunya dijilat secara rakus oleh seorang dukun bagi membuang enam susuk yang ditanam di beberapa bahagian tubuhnya.
Pelajar tersebut yang berusia 23 tahun berkata, dukun yang berusia lewat 50-an itu memberitahunya semua susuk di tubuhnya itu cuma boleh dibuang secara rawatan mulut.
Disebabkan tidak faham maksud ‘rawatan mulut’, dia membenarkan dukun itu melakukannya asalkan penderitaannya selama setahun itu berakhir.
Setelah diarah untuk berbaring, dukun tersebut memulakan ‘rawatan mulutnya’ dengan mencium dan menjilat perut gadis comel itu serta beberapa bahagian lain seperti dahi, leher, payu dara dan kemaluan.
Walaupun pada awalnya dia membantah dan menangis, namun disebabkan kepandaian dukun tersebut memujuknya dengan alasan hanya cara itu sahaja susuk dalam tubuhnya boleh dikeluarkan maka dia membiarkan sahaja dukun tersebut meneruskannya.
Selepas mendapatkan rawatan daripada dukun tersebut, pelajar itu diserang pula kepanasan melampau setiap kali mendengar azan dan orang membaca al-Quran.
Dia mengatakan, setiap kali azan berkumandang sama ada dari masjid, surau atau melalui corong radio atau TV, tubuhnya macam kena panggang bara api.
Menceritakan permulaan dia pakai susuk, pelajar tersebut mengatakan yang dia hanya ingin hidup mewah dengan bekerja sebagai teman sosial di kelab-kelab malam dan di pusat karaoke.
Selepas beberapa lama memakai susuk, pelajar tersebut merasakan badannya sakit-sakit dan sukar tidur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuang susuk dengan dukun tersebut.
Selepas berubat dengan dukun durjana itulah tubuh dia diserang pula kepanasan melampau sehingga dia meracau-racau tidak dapat tidur.
Akhirnya dia mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz dan ustaz tersebut mengatakan yang dukun tersebut telah ‘menanam’ kuasa jin dalam tubuhnya.- warta perdana

No comments: