Sunday, 21 February 2016

MINAH "MERECIK" NI TAK BERGANTUNG PADA JANTAN!!!



Kilafairy menegaskan bahawa dia 
mahu memberikan sepenuh 
perhatian kepada kerjayanya dan 
tidak mahu bergantung kepada 
mana-mana lelaki apabila melibat
kan perkara yang menjadi 
impiannya.

Kata Kila yang sering dilabel 
sebagai "Angelina Jolie Malaysia" 
itu, dia tidak peduli soal cinta atau 
kekasih, dan jarang sangat berbicara 
tentang alam perkahwinan dengan 
keluarga mahupun rakan-rakannya.
“Memang saya tolak tepi dahulu soal cinta. Keluarga dan rakan-rakan memahami saya seorang yang kuat bekerja dan sebab itu mereka tidak banyak bertanya soal jodoh," katanya.
Jelas anak gadis kepada penyanyi 
80'an Rohana Jalil ini,  dia mahu 
memenuhi beberapa impiannya 
terlebih dahulu sebelum memikir
kan soal rumah tangga.
“Ada yang ingin saya capai dahulu sebelum berkahwin seperti memilik rumah sendiri dan beberapa buah kereta. Saya tidak mahu bergantung pada lelaki dan biarlah saya peroleh semua itu dengan usaha sendiri,” jelas Kila kepada sebuah portal hiburan.
Selain itu, pelakon yang memiliki bibir 
seksi ini juga turut menyatakan bahawa 
dia bersedia untuk melangkah lebih 
serius dalam percintaan bersama 
pelakon Indonesia, Hardy Hartono.

Kiranya, dia yakin yang dia boleh 
hidup buat masa ni tanpa lelaki 
biarpun ramai jantan kat luar 
sana yang memang geram nak 
menghimpit dia. Dalam erti kata 
lain, tak semestinya tanpa lelaki 
orang pompuan tu tak boleh 
berjaya!!!

No comments: